Dari Abdullah bin 'Amr RodiyAllahu anh, Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Friday, December 23, 2011

pencuri mengajar ayat kursi?


bismillahirrahmanirrahim~

Hadis sahih Bukhari, daripada Abu Hurairah r.a., katanya:

Rasulullah S.A.W menugaskan saya menjaga zakat Ramadhan (zakat fitrah). Kemudian datang seseorang lalu diambilnya segenggam makanan. Saya tangkap orang itu dan berkata kepadanya, "Nanti ku adukan engkau kepada Rasulullah S.A.W"

Katanya "Saya memerlukannya, kerana saya mempunyai keluarga dan keperluan yang amat sangat."

Kata Abu Hurairah: Kerana itu saya lepaskan saja dia. Esok pagi Nabi S.A.W bertanya, "Hai Abu Hurairah, apa yang dibuat engkau tawanan malam tadi? Jawabku, " Ya Rasulullah, katanya dia sangat memerlukan, dan dia mempunyai keluarga. Saya berasa kasihan dan saya lepaskan dia."

Nabi bersabda, "Sebenarnya dia berdusta kepadamu, dan dia akan datang lagi."

Saya pun yakin dia akan datang lagi, kerana kata-kata Rasulullah S.A.W itu, lalu saya intip dia. Memang benar, dia datang lagi, dan diambilnya segenggam makanan. Terus saya tangkap dia, sambil berkata "Nanti ku adukan engkau kepada Rasulullah S.A.W."

Katanya, "Lepaskan saya. Saya sangat memerlukan, dan saya punyai keluarga. Saya tak akan buat lagi."

Saya berasa kasihan, lalu saya lepaskan dia. Keesokan pagi, Rasulullah S.A.W. bertanya saya, "Hai Abu Hurairah, apa yang dibuat tawanan engkau malam tadi?" Saya jawab, " Ya Rasulullah, katanya dia sangat memerlukan, dan dia mempunyai keluarga. Saya berasa kasihan dan saya lepaskan dia."

Nabi bersabda,"Sebenarnya dia berdusta kepadamu, dan dia akan datang lagi."

Saya intip lagi dia untuk kali ketiga. Memang benar dia datang lagi dan diambilnya segenggam makanan. Lantas saya menangkap dia seraya berkata, "Aku akan adukan engkau pada Rasulullah S.A.W. Ini kai ketiga engkau kata tak akan datang lagi tetapi engkau datang juga."

Katanya, "Lepaskan saya, nanti saya akan ajarkan kamu kalimah-kalimah yang diberi manfaat oleh Allah, apabila kamu membaca kalimah itu." Kataku, "Apakah kalimah itu?"

Jawabnya," Apabila kamu hendak tidur, bacalah Ayat Kursi. Maka kamu akan sentiasa berada dalam peliharaan Allah, dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga ke pagi."


Setelah itu, saya pun lepaskan dia. Esok pagi Rasulullah S.A.W. bertanya saya, "Apa yang dibuat tawanan engkau malam tadi?" Jawabku, "Ya Rasulullah, dia mengajarkansaya beberapa kalimah yang katanya diberi manfaat oleh Allah apabila seseorang membacanya. Kerana itu dia saya lepaskan."

Nabi bertanya "Apakah kalimah itu?" Jawabku, "Dia mengatakan kepadaku, apabila kamu hendak tidur bacalah Ayat Kursi, kamu akan sentiasa berada dalam peliharaan Allah, dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga ke pagi."

Nabi S.A.W bersabda, "Sesungguhnya dia telah benar kepadamu, padahal dia sangat pendusta. Tahukah engkau dengan siapa engkau bercakap selama tiga malam itu wahai Abu Hurairah?" Jawabku, "Tidak."

Sabda baginda, "Itulah syaitan"

Saturday, December 17, 2011

walimah kita nanti.


bismillahirrahmanirrahim~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

**amaran: sesetengah orang mungkin memerlukan antiemetic sebelum membaca entry ini akibat keromantisan yang berlebih-lebihan. (heee) =P


Assalammualaikum,
Ku tujukan warkah ini buat bakal zaujku yang aku masih belum pasti siapakah orangnya cuma aku hanya ingin memesan sesuatu yang sangat penting bagiku. Semoga kau memahaminya.


Duhai bakal zaujku
Inginku memesan sesuatu kepadamu. Sungguhku mahu kau ketahui bahawa akulah orang yang sangat bahagia ketika walimah kita nanti. Sungguh daku menantikan saat ini dari tempoh yang lama dahulu andai kau ketahui dan fahami.
Apa yang daku ingin tekankan di sini adalah tentang moment kita nanti. Walaupun bukanlah ia satu keperluan tetapi pasti, daku ingin segala memori walimah kita dipaterikan dalam bentuk foto juga video. Mana mungkin walaupun daku seorang jurufoto, pasti mahu walimahku dilakarkan kenangannya untukku tatap di masa hadapan sebagai kenangan saat berbahagia kita mula bertemu. Mulakan hidup baru sebagai suami isteri, kau halal bagiku juga daku halal bagimu. Segala sentuhan mendapat pahala daripada dosa yang menambah murka-Nya.


Duhai bakal zaujku

JANGAN kau biarkan daku dinoda jurufoto lelaki yang akan menangkap gambar kemesraan kita yang akan memalukan diri ini juga akan mencemari permulaan hidupku sebagai isterimu. Kemesraan antara kita biarlah menjadi rahsia kita dan Allah, tak perlu ia dicemarkan oleh orang lain yang ajnabi bagiku juga dirimu.


Pertahankanlah daku daripada bersalaman dengan lelaki ajnabi yang berada dalam kalangan keluargamu. Daku terlalu takut jari jemari yang mulus ini bersentuhan dengan lelaki ajnabi yang haram menyentuhku selain daripada menyentuh dirimu yang halal bagiku.


Fahamilah daku jika daku kelihatan malu untuk bergambar bermesra-mesraan denganmu agar maluku tidak berkurang, juga imanku tidak dicemar hanya kerana ingin merakam gambar untuk tatapan kita pada masa akan datang.


Duhai bakal zaujku
Dahulu daku sering tertanya-tanya juga daku risau,
"Adakah pengantin yang bersanding pada waktu Zuhur sudah menunaikan solat sebelum bersanding?"
Dan hari ini kita akan disandingkan selepas Zuhur, daku berharap kau akan terlebih dahulu menunaikan solat sebelum itu agar ia menjadi permulaan yang baik kepada kita dalam meniti hidup bersama. Daku tidak permulaan kita dicemari hanya kerana kita ingin bersanding. Lebih ku rela tidak bersanding daripada meninggalkan suruhan-Nya. Sebaiknya solatlah secara berjemaah, insyaAllah lebih ganjaran dan keberkatan-Nya.
"Peliharalah kehormatanku sebagai isterimu di kala walimah kita nanti agar ia menjadi permulaan yang baik kepada kita dalam meniti hidup bersama."

p/s: eh. eh. tapi... saya tanak sanding.. huhu


gambar2: google~
sesungguhnya, article di atas sudah tentunya bukan karya tangan saya. diambil dari ilmiislam.com~

p/s: apa kes saya ni kan? tetiba cerita tentang walimah yang entah bila akan terjadi.
saya bukan apa, rasa seronok temankan sahabat saya beli tudung nikah dia, sambil survey baju2 nikah. sekurang2 nya nanti saya tahu mana nak beli baju pengantih yang murah tahu?

p/s/s:seorang sahabat lagi pula akan menyusul survey cincin tunang. waaahh. ( * * ) *mata tetiba bertukar shining* saya? err.. saya belum jumpa lagi putera agama saya (wahaha. tolong jangan termuntah ye kawan2) dalam usia2 sebegini, kawan2 semua bincang hal2 macamni. mahu tak mahu, saya juga terjebak sama. bukan apa, kadang2 saya rasa awkward sebenarnya *pura2 innocent. hehe* sampai ada satu malam tu, tak tahu camne terus termasuk bab kenduri kahwen. saya pun join, macam tak percaya saya boleh join bukan? *sebenarnya, saya sangaaat malu nak bincang hal2 kawen ni*sireyes!!* (tapi, malu2 saya pun saya post jugak kan isu ni?. oke. mungkin ni post pertama dan terakhir saya akan sentuh isu kahwen2 ni) eh. eh. tapi saya dah pegi kursus kahwen tahu? saya hanya dalam proses bersedia, dan saya berharap dia (entah siapa yang Allah kurniakan untuk menjadi imam bagi saya dan anak2 nanti) juga sedang membuat persiapan. (wah.) bila waktunya? itu urusan Allah. saya pun tak tahu. huhu.

p/s/s/s: saya baru nak tengok balik gambar yang kawan saya pakai tudung yang dibeli tu. dah la tudung tu saya yang pilih (ngeee).. gambar pun saya yang ambil tahu? rupanya dia dah delete semua dari simpanan saya semasa saya tak sedar. pandai ya kamu? saya baru nak tengok..sob3~ *bau2 sedih*

p/s/s/s/s: seriyes, ini yang terakhir kali!

p/s/s/s/s/s: harap antiemetic itu berkesan untuk anda. haha.

Friday, December 16, 2011

DI MANA DIA DIHATIKU?


Bismillahirrahmanirrahim~


pada hari tersebut, ustaz Zaharuddin tak dapat hadir kerana ada urusan di istana Selangor. jadi, pada hari tersebut uztaz Zaharuddin diganti oleh ustaz Hasnan Kasan yang juga tak kurang hebaknya.

Ekceli, forum ni membincangkan tentang 'penghayatan 99 nama2 Allah' di mana kepada Allah lah tempat pergantungan kita semata2.

Tak kenal, maka tak cinta. Kenal dulu dengan Allah melalui nama-namaNya. Kita kenal sifat2 nya. Baru berputik rasa cinta itu. =D ..kerana Allah mengenalkan diriNya kepada kita dengan nama2 Nya. Dan kehidupan seharian kita ini seharusnya perlu kita kaitkan dengan nama2 Allah tersebut.

Allah tunjukkan sayangnya pada kita dengan menguji kita dengan pelbagai musibah.
Jadi, ketika sedih mahupun gembira, sebutlah nama Allah. Kerana Dia ingin diseru, dirintih dan dirayu. Analoginya,bila kita rindu pada kekasih, kita menyebut nama kekasih kita (macam lagu pulak. hee). Begitulah dengan Allah, Dian mahu namaNya disebut2 oleh hamba yang dicintaiNya.
Di dalam Asma-al-Husna itu sendiri terdapat suatu 'energy'. Yang dapat memberikan semangat kepada kita. Oleh itu, Prof Wan Masri menyarankan kita membaca Asma-al-Husna pada setiap pagi. Menurut Prof Wan Masri lagi, sebenarnya Allah telah memasukkan sedikit sifat Asma-al-Husna itu ke dalam diri manusia. Kerana manusia itu adalah khadam Allah.

Allah itu sangatlah dekat dengan kita. Malah, lebih dekat lagi dengan urat leher kita.


Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesiapan yang menjaga hak Asma-al-Husna, akan masuk syurga".


Di dalam solat pun sebenarnya, terdapat beberapa nama2 Allah yang kita sebutkan. Antara perasan dengan tak je, kita selalu sebut nama Allah di dalam solat kita pada setiap hari, Tapi, kenapa masih tak dapat lagi 'energy' tersebut? tepuk dada, tanya diri sendiri. Macam mana solat kita kita? khusyuk nya? faham bacaannya?

"solat yang sempurna, bermula dari wuduk yang sempurna".

Prof Wan Masri juga ada memberikan beberapa tips berkenaan Asma-al-Husna ini di mana kita perlu memahami satu2 maksud nama Allah ini dan boleh digunakan di dalam kehidupan seharian. Contohnya "Ya Latif" boleh digunakan untuk melembutkan hati yang keras. "Ya Nur" pula memancarkan cahaya bagi hati yang gelap. Dengan itu, berdoalah kita pada Allah dengan menggunakan nama-nama Allah di dalam Asma-al-Husna. Kaji maksud setiap nama-nama Allah untuk mengenali Allah.



p/s: Hati yang berkarat itu ubatnya tilawah Al-Quran dan mengingati maut [ustaz Hasnan Kasan]

Saturday, December 10, 2011

sampaikan aku kepada dia

bismillahirrahmanirrahim~

entry kali ini saya akan membuat review forum yang saya ada ikuti di K1 atas permintaan orang ramai eh. eh. mak na =P


forum pertama “Sampaikan Aku pada Dia”.



Saya tak dapat lah nak kongsi semua input dalam ni tau na, hanya apa yang saya ingat dan terkesan. Sory na, tapi rasanya miza record isi forum ini.


Cinta boleh di ibaratkan seperti Singa dan pedang, boleh menjadikan orang yang miskin menjadi kaya. Benci menjadi cinta. Dan err..err.. kesimpulannya, ini adalah cinta yang positif, yang membawa kita kearah kebaikan. =)



Cinta juga boleh jadi seperti arak yang memabukkan. Menjadikan yang celik itu buta. Untuk dipermudahkan cerita (sebenarnya dah lupa. Haha ) ini cinta yang bahaya. Cinta yang membawa kita kearah kebinasaan. Cinta pada harta, dunia dan juga sesama insan. Tak salah mencintai sesama insan, mencintai sahabat kita, saudara seislam. Yang salah bila kita bertuhankan nafsu semasa bercinta, dulukan yang kita cintai tersebut daripada Allah. (tak kira lah apa pun henset, laptop, apa2 pun)



Orang bercinta, pasti merindui yang di cintainya. Bahayanya jika rindu itu cenderung kepada kebodohan (As-Sabwah-na, bunyi nya begini, betulke ejaannya?). bila kita rindu pada yang tak sepatutnya, terkenang2, tersengih2 sorang2 tatkala membaca mesej dari orang yang kita cintai. Ini contoh rindu yang membawa kebodohan. Pasti lah Allah jeles, bila Allah mencintai kita, kita pula meletakkan cinta yang lain itu sebagai yang utama. Contoh biasa, kita selalu rindu dengan ibu bapa kita di kampung kan? Tahu kan macamana perasaan tu? Pernah kita ada perasaan begitu rindu pada Allah? (saya terkedu, terkena diri sendiri rasanya =’( ).



Di sini juga, ustazah Fatimah Syarha ada menerangkan 3 konsep cinta itu sendiri.

1. Cinta kepada Allah

2. Cinta kerana Allah

3. Cinta bersama Allah

“Cinta adalah mengutamakan yang dicintai”- Ibn Ali.

Jadi, siapa yang kita cintai? Siapa yang kita utamakan?. Tepuk dada, tanya iman.


Lagi yang menarik hati adalah soalan dari seorang akhi. Bunyi soalan lebih kurang begini lah ye.


“Ustazah, macamana nak elakkan rasa rindu pada kekasih? Saya dah cuba puasa, tapi kemudian rindu tu ada jugak, camne tu ?”


Then, ustazah Fatimah bagi penyelesaian yang baik, bila kita rindu dia, istighfar. Lama-lama nanti kita terbiasa begitu, dan lama2 nanti, bila kita teringat kat dia je, kita dah dapat pahala, sebab kita beristighfar. =)


“Di dalam hati ini, tidak banyak kekasih. Cinta jika dibahagikan banyak tempat, cinta pun akan berkurang”- Fatimah Syarha, 2011


Panel sorang lagi ni juga tak kurang hebatnya, Akh Zaidi. Dia ada menyebutkan tentang persiapan2 sebelum berkahwin tak silap saya, yang perlu ada dalam diri kita iaitu ilmu, akhlak dan juga menjada hubungan dengan Allah. Selain itu, turut menyentuh kekuatan yang ada dalam diri setiap dari kita iaitu kebaikan dan kejahatan di mana sering ada bisikan2 malaikat dan juga syaitan. yang penting banyak menyentuh persiapan sebelum perkahwinan.


Ada banyak lagi yang disentuh akh Zaidi dan banyak soalan yang ditujukan untuknya. Nak tahu dengan lebih lanjut boleh la ke blognya di sini. Oh, saya jumpa link ni di blog anda juga na. hehe =D


Hey, moderator pun oke. Menghidupkan suasana. Tapi, saya tak kenal sape. Sory. Huhu


p/s: tapi tu la, mendengar sendiri forum tu kat sana, memang best la. tak sama macam review ni. huhu


p/s/s: na, forum lagi satu nanti i update yep =D


Friday, December 9, 2011

jadikan islam cara hidup.

bismillahirrahmanirrahim.

>ISLAM ADALAH CARA HIDUP<

1.Jka kta marah-TOPUP wuduk untuk menyejukkan jiwa.

2.Jka kta bingung-KLIK doa agar tenang hati.

3.Jka kta dipuji-RELOAD syukur supaya tidak alpa.

4.Jka kta gagal-DOWNLOAD usaha untuk memberi semangat.

5.Jka kta kecewa-RESTART tenaga agar sentiasa sedar.

6.Jka kta bersedih-SELECT ibu bapa untuk meluah perasaan.

7.Jka kta berdosa-UNDO perangai itu dan bersolat taubat.

8.Jka kta berdendam-DELETE buruk sangka supaya bersih hati.

9.Jka kta berbohong-BACKSPACE kata-kata untuk memperbetulkan keadaan.

10.Jika kita buat maksiat-REGISTER SOFTWARE sikap baru dan bertaubat nasuha.


YA AZIZ, YA BAASITH, YA ALIYY, Buka hati dn lidah kami dan keluarga kami dikalangan yg sentiasa berzikir padaMU, tambahkan ilmu pengetahuan yg mendekatkan kami padaMU. Ampuni dosa kami YA GHOFFUR.

sumber: dari seseorang buat saya dan juga anda :)
moga bermanfaat.

Wednesday, December 7, 2011

sisi saya yang negatif. jangan ikut tahu!


bismillahirrahmanirrahim.



maaf. entry kali ni agak negatif. sebab saya nak buang semua yang negatif kat sini habis2 sebelum keluar bilik untuk collect data.

yes.

sebenarnya, saya dah putus harapan untuk collect data. hilang keyakinan diri, takde semangat dan trauma. (haaa. banyak kan? teruk betul rasanya (= . = )""" )

macam2 pengalaman ada time kutip data dan .....hasilnya, last2 saya jadi trauma dan rasa kutip data tu tak best. mungkin sebab perlu jumpa banyak ragam manusia dan saya.... saya tak dapat sesuaikan diri saya ='( .... dengan keadaan yang negatif . saya akan jadi hilang keyakinan diri (sambil pandang ke bawah).

berjumpa pekerja yang moody (mungkin stress sebab keje), lepas tu saya pulak datang nak tanya macam2 kan.. err.. mana saya tahu dia tengah moody? bersalah saya. tak tahu macam mana nak hadapi keadaan macam tu. haii..

sebelum ni selalu kawan2 yang teman, mungkin diorang tak nampak yang saya dah tak semangat sebenarnya. (atau perasan? tak saya rasa.). sebabnya, saya masih boleh bersenyum2, buat bodoh dan boleh bergaul mesra dengan subjek2 saya (errr... ) tapi, dalam hati... saya nak cepat2 habeskan semua ni. dah tak tahan. cepatla habes.cepatlah. cepatlah. ( @ @ )

takkan saya asyik nak kacau hidup kawan2 saya untuk teman saya ke hulu ke hilir colect data kan? saya kesian juga kat diorang, masing2 pun ada kerja.

saya harap harini segalanya dipermudahkanNya. saya sangat berharap.

p/s: perasaan untuk collect data seperti perasaan jasad yang sudah tak bernyawa (errr... perumpamaan baru dari saya..)


Sunday, December 4, 2011

7 golongan yang dilindungi Allah~


bismillahirrahmanirrahim~

1. Imam (pemimpin) yang adil
2. pemuda yang hidup dalam beribadat kepada Allah
3. Orang yang mengingati Allah ketika bersendirian lalu menitis air matanya
4. Orang yang hatinya tergantung kepada masjid
5. 2 orang yang saling berkasih sayang kerana Allah semata-mata
6. Lelaki yang digoda oleh perempuan berdarjat yang cantik, tetapi dia mengatakan "Aku takutkan Allah"
7. orang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dibuat oleh tangan kanan nya.

p/s:

Rasulullah mengisyaratkan tentang kelebihan puasa ‘Asyura sebagaimana sabdanya, “Adapun puasa di hari Asyura, aku memohon kepada ALLAH agar ia dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Hadis Riwayat Muslim)

esok dan lusa.


“Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah (puasa) di bulan Allah (bulan) Muharram, dan solat yang paling utama setelah solat wajib (lima waktu) adalah SOLAT MALAM."



Tuesday, November 22, 2011

ibrah dari pengumpulan data (data collection) hari ini

Bismillahirrahmanirrahim

Saat saya sedang menulis entry ini saya baru sahaja pulang daripada mengumpulkan data (data collection) bagi peringkat yang pertama.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Ada beberapa ibrah yang saya kutip pada hari ini di samping mengutip data. Haha. (Menyelam sambil minum air limau =P ).err..


1. “Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan” [Al-Insyirah: 5-6]


Janji Allah itu sentiasa benar. Daripada semalam saya asyik memikirkan kemungkinan yang negative untuk saya mengutip data hari ini. Saya amat risau jika tiada orang yang ingin memberikan kerjasama. Sungguh! Sudahlah saya ni tak pandai nak bermesra dengan orang2, tiada ayat2 manis untuk memerangkap menarik minat mereka menjadi subjek saya. Cukup risau.


Saya bukan mahu fikir negative sangat sebenarnya, saya hanya tidak mahu memberi harapan setinggi gunung everest dan kemudian harapan itu berkecai2. Saya hanya mahu beri gambaran perkara paling buruk yang bakal terjadi (the worst thing tat will happen) -à (cubaan membela diri =P)


Tapi, hari ini segala yang saya risaukan itu tidak berlaku dengan dasyatnya (maksudnya still ada insan2 yang baik hati dan sudi mrnjadi subjek saya. ) =) Alhamdulillah.


Lagipula, ada rakan2 yang sudi membantu. Malah, ada pula yang masak untuk lunch. Terima kasih. Alhamdulillah. =) sedap sungguh rasanya dapat makan nasi minyak percuma =P


Untuk sesi petang pula, baru hendak bermula, kami diduga. Seorang demi seorang kakitangan UKM (adakah terlalu spesifik? Haha. Saya tak bagi tahu bahagian mana kan? =P) menolak untuk menjadi subjek saya. Saya agak hampa di situ. Hati bagaikan disiat2 dengan pisau (errr...tipu.) tapi saya series sedih sampaikan hilang keyakinan diri. (Oh! Saya tipu lagi) =P


Saya Cuma sedih la. Alamak. Kesian kawan2 saya. Hari dah mula memetang, kerja kat bilik pun banyak lagi. Jadi, saya nekad nak pulang awal. Tak kiralah berapa saja subjek yang dapat. Saya redha. Tapi ni saya cakap dalam hati je, belum pun beritahu kat diorang. Huhu.


Alih2 kat library, akak tu suruh saya tinggalkan 20 borang soal selidik, dan ambil no fon (phone) saya sekali, katanya bila dah siap dia akan kontek (contact) saya. Weeeee... Alhamdulillah lagi =) gembira. Weee... Sesungguhnya, Allah telah mengaturkan yang terbaik buat kami. Alhamdulillah. Weeee lagi!


Jadi, banyak tak banyak pun harini adalah dalam 41 orang. Cukup cukup bersyukur. Sebab mula2 saya bajet 25 orang je =)


“Bersama Kesulitan itu ada kemudahan” =)


“Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah urusan yang lain dengan bersungguh-sungguh. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap “ [Al-Insyirah: 7-8].


Jadi, kami pun pulang saja lepas tu. Hari pun mula kepetangan kan. Nanti bolehlah kami focus pada growth chart(urusan lain) pula =) . (padahal, balik2 update blog dulu? Apa kes saya ni??? (--- __---)”””)


Err.. saya bukan apa, saya nak melepaskan tekanan (release tension)-cubaan membela diri lagi? (* __ * )’’



2. Jangan menilai buku hanya daripada melihat kulitnya (don’t judge a book by its cover)

Sebelum ni (semalam) saya rasa risau sangat nak collect data dari pak guard n beberapa pekerja ukm lain yang saya dah target takut nak tanya diorang sebab muka diorang..err..muka diorang... errr... garang. Huhu... mungkin juga kurang dengan manisan seperti senyuman barangkali. Huhu. Jadi, saya pun membuat konklusi mereka itu garang dan sukat untuk didekati. Jadi, bagaimana untuk saya yang juga tidak peramah ini mahu mengutip data? Arghhh! Dilemma. Seriyes saya rasa risau.


Tapi itulah, hari ni semuanya telah terbongkar. Rupanya yang muka garang yang paling saya takut tu la yang baik. Yang bantu saya. Yang bagi senyuman. Yang boleh buat lawak lagi sambil2 menjawab soal selidik. Alhamdulillah.


Fuhh.. sedikit lega dan menambah kakuatan saya. Hehe. Itulah saya ni, berdosa su’uzon pada orang. ( TT TT )


3. S Sudah beri air kotak, mahu Ferrari (errrr..)

Bersyukur. Walaupun saya hanya dapat 42 orang je harini. Saya tetap bersyukur. Sekurang2 nya ada yang sudi menjadi subjek kan =)


Errr? Ada kaitan ke dengan ‘sudah beri air kotak mahu Ferrari?’


-Ada lah! =P


4. Husnuzon and always positive.

Lepas ni saya nak sentiasa husnuzon and always positive. Positive and kekal positive. Biiznillah.

Semoga urusan selanjutnya juga dipermudahkan Allah hendaknya =)


p/s: saya tak boleh lagi menarik nafas lega. sesungguhnya perjalanan ini masih panjang lagi. banyak lagi jalan2 yang berlobang yang perlu saya elak supaya tidak jatuh dan tersungkur (oh! sungguh hiperbola!)


p/s/s: sesungguhnya, percayalah, data collection itu bukan sesuatu yang mudah. amat berbeza dengan teori yang kita belajar kita dalam dewan kuliah. ia adalah tentang komunikasi kita di dalam masyarakat. ia adalah tentang bagaimana kita dapat memujuk mereka menjadi subjek kita. ia adalah tentang kesabaran kita melayan kerenah mereka yang bermacam ragam. ia adalah tentang errrr....errr.... cukuplah tu . hehe~

Saturday, November 19, 2011

ukhuwwah fillah abadan abada~


bismillahirrahmanirrahim..

"ukhuwwah fillah abadan abada"

ungkapan yang boleh dikatakan biasa di dengar kan?


persaudaraan kerana Allah selama-lamanya (sila betulkan kalo saya salah) ermm maklumlah saya jahil bab bahasa2 arab ni. sungguh!


Ukhuwwah yang dijalinkan kerana Allah

Sungguh kool sekali!


Maksudnya di sini, selain kita sama2 berukhuwwah untuk mengejar kejayaan duniawi, atau kerana sunyi dan perlukan teman, (kan fitrah manusia, kena berteman. Tak boleh sorang2 duk kat dunia ni?sebab hanya kera saja yang boleh duduk sorang2 sebab tu la peribahasa kera sumbang tu wujud, bukan manusia sumbang, tahu?!) kita juga saling mengingati antara satu sama lain tentang hak2 yang kita patut lakukan sebagai hamba Allah.


Contohnya, mungkin saling berpesan2 antara satu sama lain (ya lah manusia kan mudah lupa.) ataupun saling bertukar2 ilmu yang berkaitan dengan agama mungkin..


“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan beramal soleh. Yang BERPESAN-PESAN dengan KEBENARAN. Yang BERPESAN-PESAN dengan KESABARAN” [Al-Asr]

Ini baru lah menunjukkan yang kita benar2 sayaaaaaaaang kat kawan2 kita... sebab kita nak dia berjaya bersama2 di dunia mahupun akhirat.. kann??


Dan saya rasa bulatan gembira (term ni saya curi dari inche gabbana ( ^ ^ ) V -peace) sangat memainkan peranan yang penting.

sangat kool bukan ( ^ ^ )V

Sangat penting oke!



Mempunyai sebuah bulatan gembira sungguh bergaya lagi kool!


Dan sudah tentu setiap ahli bulatan gembira itu saling sayang menyayangi kerana Allah.


Mungkin kita selalu duk sembang2 dengan kawan2 kita hal yang melaghakan atau borak2 kosong saja.. (err.. errr.. terkenabatanghidungsendiri)


Tapi, kalau dalam bulatan gembira, sekurang2nya ada hal2 berkaitan ukhrawi dapat dibincangkan bersama. Oh! Sungguh manis bukan?


Daripada terus menerus omong kosong. Mungkin dengan wujudnya bulatan gembira, kita tambahkan sesi perbincangan hal2 berfaedah pulak. Macam best! Saham akhirat pun meningkat tahu!


Kalau selalu jalan2 keluar makan angin dengan kawan2, dalam bulatan gembira pun kita boleh jalan2 jugak. Kita boleh berjaulah, jalan-jalan sambil ambil pelajaran dari apa yang kita jalankan.. errr.. pening.


Menarik. Sungguh best bunyi nya kan.


p/s : Walaupun masa saya muda2 dulu, saya selalu lari laju2 dari bulatan gembira saya, selalu sangat tapi saya bersyukur sebab saya tak terlalu menyimpang. Allah approach saya. Thank you Allah =)

p/s/s: oke. Mungkin tak semestinya perlu dalam bulatan gembira. Kalau kawan2 kita selalu ingatkan kita. Mungkin namanya dah bukan bulatan gembira.. mungkin mesej gembira? Errr.. kalau segiempat gembira dan segitiga gembira pulak gimana? Hoho. Merepek saja daku ni!

Wednesday, November 16, 2011

kisah hari sabat.

bismillahirrahmanirrahim~

ni saya copy paste je dari inche gabbana
semoga bermanfaat bagi pembaca sekalian


*******************************************
Alkisah inilah cerita orang dahulu kala, hikayat namanya, di sebuah negeri di tepi laut yang indah-indah belaka. Tersebutlah orang, negeri itu diberi nama Eilah adalah juga. Namun tiada siapa yang dapat mengesahkan ceritera nama melainkan pendeta yang bijaksana lagi mulia.

Tersebutlah firman Allahu Ta'ala, yang melarang penduduk Eilah kesemuanya bekerja dan mencari rezeki adanya, pada hari Sabat adalah juga, melainkan beribadah sepenuh masa sehari purnama. Maka kesemua rakyat jelata taat dan patuh pada perintah Tuhan yang Esa kerana takut ditimpa seksa yang maha dahsyatnya.

Arakian setelah lama masa berlalu, ikan-ikan di lautan tiada timbullah jua, melainkan pada hari Sabat setiap masa. Rakyat Eilah bertapak-tapak ke rumah ibadah terlihatlah juga gerangan ikan-ikan yang gemuk dan sihat belaka, melompat-lompat kegirangan ria. Maka kempunanlah juga mereka, terleleh air liur membasahi muka, dek tidak merasa kelazatan ikan Eilah adanya.

Tersebutlah perkataan sekumpulan pemuda, yang tidak menahan melihat riang rianya ikan-ikan Eilah di perairan, lantas memikir rancangan terlalu amat licik perinya.

"Ya kita semua menanggung ini bersama, setiap pagi Sabtu sebelum rahib bangun ke kuil memuja, kita dahulu ke tepian pantai memasang jala. Terbit sang suria penyeri alam buana, kita pantas bersama mereka pergi memuja Tuhan yang Maha Pencinta. Maka sebelum sang suria melabuh punggungnya, kita ke pantai semula menarik jala, pasti labanya terlalu amat berharga! "

Begitulah peri jahatnya rancangan mereka, mahu persenda Tuhan yang Esa. Lupakah mereka Tuhan yang Esa itu Maha Mengetahui lagi Melihat segala dosa noda mereka?

Arakian rancangan mereka berjalan lancar, sebagai tanda Tuhan menguji iman di dada. Saban Sabtu mereka berbuat onar, tatkala penduduk Eilah taat menyembah dan memuja. Sayugia mereka mendapat laba yang besar, sehinggakan penduduk Eilah menjadi curiga semuanya. Masakan mereka menangkap ikan-ikan di lautan sementelah tiada lagi ikan melainkan pada hari Sabat juga?

Maka sekumpulan manusia yang takut seksaan Tuhan menimpa, menasihati pembuat dosa dan noda, seraya berkata:

"Bertaubatlah wahai manusia, sedangkan pintu taubat itu senantiasa terbuka. Bertaubatlah wahai manusia, sebelum ajal datang menyentap jiwa. Bertaubatlah manusia, sebelum kau terlambat sesal tidak berguna!"

Sedangkan nasihat mereka tidak diendah, hatta dicaci dan dimaki jua adanya.

"Wahai bodoh juga kamu semua, masakan kami melepaskan pekerjaan yang mendatangkan keuntungan berganda..?"

Alangkah masygulnya hati, berduka lara dihamun sedemikian rupa. Arakian terlalu bersungguh juga hemat mereka, berputus asa bukan pilihan, sehinggalah semuanya tunduk pada Tuhan yang Esa. Maka mereka terus melarang jua, adapun nasihat mereka tidak diendahkan sama.

Tatkala itu, muncul pula sekumpulan manusia, memarahi dan mencerca:

"Wahai manusia hamba Rabb yang Berkuasa! Masakan kamu semua bahalol semuanya, tidak menggunakan akal di kepala? Mengapa mahu berjerih-perih menasihati mereka, adapun neraka jualah tempat mereka semuanya? Mengapa perlu berlelah letih melarang mereka, adapun Tuhan pasti akan mengazab mereka jua adanya? Pedulikan mereka semuanya! Ayuh kita kembali taat padaNya, pemilik kerajaan langit dan bumi, neraka dan sorga!!

Arakian naik murkalah Tuhan langit dan bumi, kerana penduduk Eilah membiarkan maksiat berleluasa melainkan sedikit sahaja. Lantas diturunkannya azab dan seksa, tiada siapa yang terlepas melainkan sedikit sahaja.

Penduduk Eilah yang menjala pada hari Sabat mulia, semuanya bertukar menjadi kera yang hina. Kelak tatkala mereka semuanya menghadap Rabb yang Esa, di alam akhirat yang tidak pernah tua, mereka diseksa berulang kali tiadalah peri belasnya.

[Kredit Gambar]
Adapun sekumpulan manusia Eilah yang takut akan seksaan TuhanNya, mereka terlepas jua daripada seksaan keras neraka durjana. Itulah balasan Tuhan yang Pengasih, kepada mereka yang di dunianya melarang dari maksiat berulit noda.

Sedangkan manusia tolol yang melarang dari ayat-ayat TuhanNya, sayugia mereka juga dihumban ke dalam neraka terlalu amat peritnya, hatta melecur terbakar mulut dan hati yang ingkar kepada perintah yang mulia. Demikianlah akibat manusia yang keras kepalanya, busuk hatinya, adapun berat menjadi saksi ke atas kebenaran yang nyata.

Ya Allah! Jauhkanlah kami daripada azab api nerakaMu! [Kredit Gambar]

Demikianlah alkisah penduduk Eilah adanya, kisah kitab suci yang benar-benar belaka. Menjadi pengajaran berguna hendaknya, buat manusia alam buana, agar sentiasa ditanam di jiwa, kebenaran itu wajib jugalah disaksikan sebegitu rupa.

***

Kisah penduduk Eilah ini terkandung dalam surah al-A'raf, diceritakan melalui empat ayat ringkas bermula daripada ayat 163 sehinggalah ayat 166, juga di dalam surah al-Baqarah, ayat 65 dan 66.

Pengkisahan semula kisah mereka seperti di atas adalah berdasarkan kreativiti penulis semata-mata, dengan harapan pembaca akan lebih terkesan apabila membacanya.

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada mereka yang meyembunyikan kesaksian yang telah diberikan Allah kepadanya?"
al-Baqarah, 2:140


Allahu A'lam. Moga mesej yang cuba hendak disampaikan berjaya meresap ke dalam jiwa. Dan moga kita semua akan menjadi saksi yang benar sebenar-benarnya di akhirat nanti..

p/s: blog inche gabbana agak menarik. stail penulisan agak santai, tapi ada mesej yang jelas. gaya bahasa agak klasik dan bersastera. yang pasti, bukan sastera indon! hekhekhek