Dari Abdullah bin 'Amr RodiyAllahu anh, Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Wednesday, December 29, 2010

sangat sakit ok ( T T )

bismillahirrahmanirrahim~

ini hanya picisan yang merepek.
sekadar untuk meluahkan yang terpendam.
takde input sangat.
jangan baca ah.

sakit ok.
sakit sekali telinga ini.
tak tahu la kene infection atau inflammation?
(ke dua2 sama??)
entah.
dah 3 hari tak boleh tido
tapi semalam n harini paling hebat sekali
semalam lap meja yang berfungus akibat banjir haritu
mungkin kah fungus itu terbang lalu masuk ke dalam telinga??
aghh
entah lah,

finally, pegi klinik reddy
klinik panel UKM
well.
tak berapa memuaskan.

dr bagi painkiller.
dyfenamic.
iaitu sejenis mefenamic acid
tapi macam tak berkesan.
mefenamic acid ni kerjanya mengurangkan inflammation dan juga menginhibit pengeluaran prostaglandin yang menimbulkan rasa sakit.
tapi
kenapa sakit jugak lagi???
tak cukup dose ke hape??
ke sebab inflammation kat telinga ni menghasilkan lebih2 prostaglandin sampai ubat tu tak bagi kesan??

ok. jangan menyalahkan ubat.

rasa macam nak makan je banyak2 dyfenamic ni.
tapi nanti mesti lah ada side effect kan.
menurut en wiki,

mild side effects of mefenamic acid include headaches, nervousness and vomiting. Serious side effects may include diarrhea,hematemesis (vomiting blood), haematuria (blood in urine), blurred vision, skin rash, itching and swelling, sore throat and fever.

ok fine.
macam dah terlambat.
dah makan lebih dah pun.
dan still
takde kesan.
serius sakit! sob2.
dan masih berdenyut2 lagi.

p/s: mungkin ada la sikit info yang berkait farmakologi kot..huhu
maaflah, dua tiga menjak ini sekadar menghasilkan entry yang tak bermakna. hanya bermakna sebagai kenangan untuk diri sendiri saje..


Thursday, December 23, 2010

semoga dilindungi~


bismillahirrahmanirrahim~


imej diambil dari sini

ni dia doa memohon ilmu yang baik, rezeki dan kesihatan.

kesihatan.

kesihatan.

risau jugak.

di bilik yang agak lembab sebab tsunami .

memang banyak molds kat perabot2.

baru lap tadi, semoga tak ape2.

besok lap lagi. guna dettol pulak.

bukan ape lepas kelas mikrob dan toksikologi tadi

terfikir

bahaya gak duduk kat bilik lembab ni

risau pulak.

"Ya Allah, jauhilah hambaMu ini daripada segala penyakit. Sesungguhnya Kau yang Maha Kuasa untuk memberi dan menarik segala penyakit. Hanya padaMu aku berharap"




Tuesday, December 21, 2010

musibah..

bismillahirrahmanirrahim~
Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita "memberontak" hati akan bertambah kacau.
sekadar kata2 semangat untuk penulis meneruskan sisa-sisa hidup
kerana hari ini musibah besar melanda diri penulis
takde mood nak jelaskan dengan terperinci apa jenis musibah yang melanda
mungkin pada entry yang lain
bila rasa sedih itu mula reda
cukuplah hanya sedakar mention "tsunami di bilik ku"
( T T )
p/s: sem 6 dimulakan dengan tsunami yang melanda.
permulaan yang buruk. diharapkan pengakhirannya nanti baik2 sahaja.
"dan sungguh, yang kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan" [93,4]

Saturday, December 11, 2010

menuju wawasan..

bismillahirrahmanirrahim~


Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah

umat islam harus cemerlang
hari ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh

umat islam zaman lampau
taat perintah Rasulullah
bersama berusaha bersatu tuju wawasan
wawasan dunia dan akhirat

aqidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
ulama' warisan anbiya'
pegangan mereka harus diikut
ajaran sesat wajib hindari

umat islam harus cemerlang
hari ini mesti lebih baik dari semalam
umat islam sentiasa boleh

akhirnya islam cemerlang seluruh dunia

p/s: lagu ni ditujukan khas untuk sahabat-sahabat semua. sebagai penaik semangat untuk kita mulakan sem baru nanti =).. hayati bait kata2 nya, sangat bermakna =)