Dari Abdullah bin 'Amr RodiyAllahu anh, Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Sunday, March 28, 2010

bila ditimpa musibah~

Tidak dapat kugambarkan,
Rindu yang lahir dari hati ini,
Hanya yang mampu untuk kulafazkan,
Aku merinduimu..
Terasa amat jauh diri ini,
Kerana kau tiada di sisi,
Bergenang air mataku,
Bila terkenangkan wajahmu,
Ayah ibu dari jauh ku pohon restu,
Doamu titian kejayaanku,
Nasihat darimu ku ingat selalu,
Tersemat di kalbu...
Ya Allah,
Berkatilah ku dlm mencari ilmu,
Dengan redhaMu,
Moga kujejaki tempat yg dituju..
Ameen...

Aku merinduimu-devotees

bile sakit mesti sume org pun rindu kat family, parents dan terutamanya mak.. betul x?.. ak pun camtu gak..
hari ni tetibe lak ak tersiksa dek kerana acute pharyngitis.. ckp seksa..
tp sabar bile ingat balik yg sakit ni penghapus dosa2 kecil..




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Friday, March 26, 2010

pesta buku antarabangsa~

Ktorang jg cover majalah nur???!!! Biar benar weyh?? X caye?? Tgok bawah ni...

Haaaa.... betul kan??
Haha.. xde la, ni pengabadian kenangan kami masa g pesta buku semalam..
Ktorang decide unt mengabadikan kenangan dgn mengambil gambar kat situ..
Mahal la jgak kan tp xpe la nak d bandingkan dgn nilai persahabtan tu sendiri yg lbh bernilai..
Selain tu, ktorng gak tlh membeli fail yg sama...

Sebenarnya kata2 kat fail ni yg menarik perhatian kami..
sabda Rasululullah sollallahu 'alahi wassalam
"bersahabatlah dgn orang yg keadaannya sentiasa membangkitkanmu dan kata-katanya byk menyedarkanmu ke jalan Allah"


"Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah." (Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)
Ciri2 sahabat yg baik (mmg ada kat sahabt2 ak sume)..
X lupe jgak kat sue yg gambarnye xde sbb dy pulang berjumpa bonda kesayangan~
• Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
• Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
• Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
• Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
• Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
• Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
• Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
• Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
• Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
• Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
• Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
• Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
• Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
• Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
**************

Ok. Habes ttg sahabat. Sambung balik pesta buku td..
Ada la beberapa buku2 unt adik2 ak belikan... murah2 kot buku2 sekolah,rugi x beli.. so, ak pun call la mak tnye ade x nak beli ape2 unt adek n finally ak belikan buku2 latihan..


Pas jalan2, ade la 2 buah buku ni yg dah menarik hati ak unt beli..



Buku2 lain boleh pinjam kat sahabat2.. haha~
Jimat wang! =P
"Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan -Abdullah Mansur M.H"
Pelaburan terbaik di dunia adalah pelaburan pendidikan.

Thursday, March 25, 2010

doa+usaha+tawakal~




Alhamdulillah.. akhirnya habes da semua.. da tamat dah.. beberapa mggu ni sgt bz ngan hal2 catering n now br la relax sket tp ade lg yg menunggu......FINAL lg 2 WEEKS saje lagi!!!!!!! Ya allah, permudahkanlah hambamu ini.. semoga doaku diperkenanMu..

“..AKU KABULKAN PERMOHONAN ORG YG BERDOA APABILA DIA BERDOA KEPADAKU. HENDAKLAH MEREKA ITU MEMENUHI PERINTAHKU DAN BERIMAN KEPADAKU AGAR MEREKA BEROLEH KEBENARAN”- (AL-BAQARAH:186)

Entry kali ni ingin berkongsi ttg kem yang dijalankan hujung minggu lepas. Cadangnya haritu after je habes kem tu terus je nak wat satu entry kat blog unt review activity kat kem tut p alih2 TERpegi pesta buku.. balik plak da letih..hari2 kemudiannya plak bz unt persediaan catering nih.. sampai la ke ari ni..huhu
Kem motivasi yang dianjurkan aritu mule2 cam bosan.. tugas as co-facilitator ni cam x bermakne je sgt, xde kerja yg perlu dibuat..so, kami yg jadi co- faci ni duk je kat belakang masa motivasi yg 1st tu.. agak bez la tp impak nye xde.. bukan sbb motivator tu x bagus tp maybe sbb kami duk belakang.. ade yg study, n ak lak layan buku membe sebelah...bez gak.. ttg Ka’ab bin Malik yg merupakan antara 3 org yg taubatnya Allah swt tangguhkan.. tp syg, x bace smpai habes..ok fine.. lagi beberapa minute sbelum ceramah habes, ktorg yg co-faci ni pun cepat2 la turun nak siapkan makanan unt peserta2.. byk lebih kot makanan, sbb rmai peserta x hadir.. so, maknn yg byk2 tu sedekah la kat membe2 lain...

Hari kedua lebih bermakna sbb LDK bersama lecturer mmbolehkan kami mndapat lbh byk tips2 belajar yg baik. Ak n kar hau bersama miss wong. Ok la. Byk yg miss wong kongsikan.. contohnya camne xnak bg tidur dlm lecture.. tp kami byk bincangkan masalah yg peserta hadapi n kami sama2 selesaikan masalah tu..Tamat je aktiviti dlm LDK, ktorg sume pun berkumpul balik, then bertukar2 tips yg lecturer dah bg dlm LDK td sesame co-faci ni td.

Apa yg paling menarik perhatian ak adalah tips yg diberi oleh Miss HH n Puan Hana. Hmm... diorg ni berpegang pada amalan solat Dhuha masa diorg study dulu.. Miss HH penah sakit selama 2 bulan, masa tu da nak final.. so, unt kejar balik sume silibus unt 2 bulan tu, dy study bersungguh2 + amalan solat dhuha tu.. n hasilnya result dy pada sem tu adalah result yg terbaik yg penah dy dpt sepanjang dy study..hebat kan! Usaha+doa+tawakal=Berjaya (insyaAllah)..



doa solat Dhuha:
Ya Allah, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu, kecantikan adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan pelindungan itu pelindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit maka turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah. Dengan berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hambaMu yang soleh.

Ameen~

Friday, March 19, 2010

sahabatku~







ku layarkan kerinduan
di lautan memori
mengimbau kenangan indah
yang menyentuh emosi
masih segar di ingatan
saat mesra berputik
hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi
sahabat..
kau sesungguhnya temanku di kala suka dan lara
tika ku buntu di selubungi sendu
kau tiupkan ketabahan
untuk ku ukir senyuman
bagaikan embun hilang diterbit fajar
kau pergi jauh mengejar cita
menggapai redha yang esa
duhai sahabat dengarkanlah bicara hati ku ini
meskipun jarak memisahkan
namun tiada noktah kasih
biarlah waktu menentukan nilai ukhwah yg terjalin
teruskanlah perjuangan hingga ketitisan darah terakhir
dan aku...
masih di sini
terus mendaki puncak tertinggi hidupku
dan aku...
terus menanti
saat yang manis akan berulang kembali..
sahabatku..

Tuesday, March 16, 2010

Monday, March 15, 2010

not perfect!

kerana aku bukanlah manusia yang sempurna,
maka aku tidak sempurna,
jadi, x sempurnalah!! Adoi~
don`t be perfectionist! Allah sentiasa mengingatkan kita untuk bergantung padaNya yang Maha Sempurna

..................
huhu, jgan marah.. siyes tgah tension kesan dr kerja2 yg melambak2..
Ketahui lah Rasulullah mengingatkan kepada Ali Abi Talib ": Jangan marah, jangan marah, jangan marah"

"Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang bersabar." (Surah al Baqarah ayat 155)

INGATAN DIRI! KERJA YG BELUM SETTLE!:
• SLP pak kas
• SLP dr Fadilah
• 2 resume unt cik sakinah n dr poh
• Kerja2 pemasaran unt dedication
• Tolong anis wat kuih
• Masak acar awak tu
• Kerja kaunseling
• Slide multimedia unt dinner
• Beli riben unt dedication
• Kutip duit dedication n hantar dedication
• Nak kene g campaign kat hutan pendidikan alam
• Kerja khidmat masyarakat

Kerja-kerja di atas ni akan dilakukan dgn hati yg seikhlas mungkin (insyaAllah)...


"Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang"


"Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan."
Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” al-Baqarah (2:286)
p/s:
”Wahai masa lalu yang sudah berlalu dan selesai, tenggelamlah kamu seperti tenggelamnya mataharimu. Aku tidak akan menangisi pemergianmu, dan kamu tidak akan melihatku termenung sebentar pun untuk mengingatimu. Kamu sudah meninggalkan kami semua, pergilah dan jangan kembali lagi”

”Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban. Maka aku tidak akan bermain dangan khayalan dan memperjudikan nasib dengan hanya satu agakan. Aku juga tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, sebab esok hari mungkin tidak ada sesuatu; esok hari adalah sesuatu yang yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan”.

Saturday, March 13, 2010

manusia yg sering terleka~


Mungkin kerana kita leka,
Sekali pena terlepas dari genggaman,
Ucapan ‘opsss’ mendahului YA ALLAH,
Bila perut kita kenyang,
‘haa..kenyangnya’ mengatasi ALHAMDULILLAH,
Bila terpegun dengan keindahan alam,
SUBHANALLAH ditutup oleh ‘cantiknyaa’
Bila dikunjungi berita malang,
‘kasihannya’ disebut kerana kita lupa pada INALILLAHIWAINNAILAHIRAJIUUN,
Kadangkala kita lupa kerana kita terbiasa..
Tapi ingatlah agar bila izrail mendekati kita,
Biarlah ucapan LAILAHAILLALLAH menjadi juara mengatasi segala kata-kata...



p/s: thnx to farah!

Thursday, March 11, 2010

kehilangan lagi~

Pagi ini ak telah dikejutkan dengan mesej dari adik ak yang memberitakan pemergian Tuk Chik ke rahmatullah, semoga rohnya dicucuri rahmat. Insaf. Hari ini hari Tuk Chik, hari ak ntah bila pulak. Boleh jadi hari ini, esok, esok esok, esok esok esok....ok. cukup.
Ak harap ak bukan insaf setakat unt sehari dua ni je!!!InsyaAllah~
Boleh ke ak jawab soalan-soalan mungkar dan nangkir kelak?? Masih belum cukup rasanya bekalan yang ak kumpulkan di dunia ni. Haih.. aisyah!! sedarla.. Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"!!!~
Terngiang2 soalan mungkar dan nangkir dalam bacaan talkin yang pernah didengari semasa meniggalnya arwah monyang dua tahun dahulu. Meremang bulu roma masa tu. Sesungguhnya, amalan baik yang telah kita lakukan di dunia yang akan menjadi penyelamat nanti, tak perlulah susah payah nak menghafal satu-satu patah ayat sejak dari dunia ni kononnya supaya senang nak jawab bila di soal nanti.

***************************
bacaan talkin:
Bismillah hir rah man nir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Sama-samalah kita ambil pengajaran daripada talkin ni.

"Dan dirikan sembahyang,tunaikan zakat,puasa di bulan ramadhan,beri derma,tunaikan ibadah haij dan umrah,dan saling nasihat menasihati.Beri nasihat kepada pemimpin kamu,jgn menipu dan jangan terpesona dengan harta dunia.Sesungguhnya Allah telah menetapkan kematian bagi setiap manusia,sebab itu manusia pasti mati.orang yang paling beruntung adalah org yang paling taat kpd Allah dan paling banyak bekalnya untuk Akhirat."- abu ubaidah

al- fatihah untuk datuk saudaraku, Syed Pershah bin Syed Hussein. Semoga rohnya dicucuri rahmat.



sekian,terima kasih~

Wednesday, March 10, 2010

perginya sebutir mutiara~

al-fatihah~



Innalillahi wa inna ilaihi ro'jiun ...

Pemimpin agama Mesir Syaikh Muhammad Sayyid Tantawi, yang juga merupakan Syaikhul Kabir al-Azhar, dilaporkan telah meninggal karena serangan jantung dalam kunjungannya ke Arab Saudi, seprti dilaporkan kantor berita resmi Mesir MENA pada hari Rabu ini (10/3).
"Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan merentapnya dari dada manusia. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan mematikan Ulama. Apabila tiada lagi ilmuan, maka nantinya manusia akan mengambil pemimpin-pemimpin yang jahil, pemimpin itu ditanya lalu mereka berfatwa tanpa ilmu, maka sesatlah golongan yang bertanya, sebagaimana sesatnya juga golongan yang ditanya"

[Hadith riwayat al-Tirmidhi]

Tuesday, March 9, 2010

Apabila bicara itu perak, diam itu emas~




Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT. Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.Banyak sungguh kelebihan sekiranya kita berdiam. Malahan, orang yang pendiam lebih baik berbanding dengan orang yang bercakap tetapi percakapannya tidak keruan.
“Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik,
karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari
orang bodoh yang banyak bicara.”



Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai."
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Jadi, sekiranya tiada apa-apa yang baik atau penting untuk dikatakan, lebih baik diam. Mengutuk dan menghina apatah lagi!! Lebih baik diam!! Buktinya, Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab : "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat." (Riwayat Bukhari dan Muslim) .

ini pula kita sesama muslim..hmm..
jangan menghina
biar di hina
kerana
sehina-hina
orang yang dihina
lebih hina yang
menghina


Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor"
(Riwayat Bukhari)

"Menyesal tidak berbicara lebih baik daripada menyesal berbicara."


“Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
(Riwayat Abu Naim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,

Ingatan unt diri sendiri yg selalu melakukan kesilapan~
renung-renungkan dan selamat beramal!~

Monday, March 8, 2010

akhirnya berblog!!~




alhamdulillah, tercapai jgak hasrat nak ber blog..
mule nye malas nak jadi blogger ni, al maklumlah x de bakat nak mengarang.. tp, x kesah ah, ni nota unt diri..semoga, blog ni dpt memberi manfaat sepenuh nya.. ameen~

"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya". ~ Albert Camus