Dari Abdullah bin 'Amr RodiyAllahu anh, Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Saturday, August 20, 2011

cartoon dan masyarakat.

bismillahirrahmanirrahim~

Tarzan hidup separuh bogel..
Cinderella balik lewat malam..
Pinocchio menipu manjang..
Aladdin suka mencuri..
Batman memandu 320 km/j..
Superman pakai underwear kat luar..
Sleeping Beauty pemalas asyik tidur..
Snow White tinggal serumah dgn 7 lelaki..
Mcm mana budak2 sekarang tak terpengaruh dgn perbuatan2 tak bermoral macam ni.


bunyi macam kelakar kan?
tapi ada mesej yang terselit di situ.

saje nak share ayat ni
diambil dari status fb ex- lecturer saya di kmpk

Friday, August 19, 2011

Lailatul Qadar: zikir yang diamalkan Rasulullah~

bismillahirrahmanirrahim~

Dari A'isyah r.a. "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah, seandainya aku mengetahui malam Lailatul Qadar, apa yang yang sebaiknya aku baca?". Rasulullah bersabda bacalah : "Allahuma inni afuwun kariim tuhibbul 'afwa fa'fu'anna" (H.R. Tirmidzi)


saf utama bagi wanita

bismillahirrahmanirrahim~

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda “ Saf solat lelaki yang paling baik adalah paling depan, sedangkan saf solat yang paling buruk adalah yang paling belakang. Sebaliknya, saf solat perempuan yang paling baik adalah paling belakang, sedangkan saf solat yang paling buruk adalah paling depan”. (HR Muslim)

Saturday, August 6, 2011

100 hari : sebelum ajal~

bismillahirrahmanirrahim.

terkesan saya menonton drama di tv1 tadi. tajuk nya 100 hari. macam2 perasaan bercampur baur ketika menonton. sedih, takut.. takut sebab mengenangkan cukup ke amalan saya untuk menemui pencipta.

cerita ni berkisar tentang 2 orang lelaki yang berbeza cara hidup. sorang kaya yang hidupnya lari dari ajaran islam manakala seorang lagi driver nya, seorang yang gaya hidupnya berteraskan ajaran islam. driver ni macam dapat tahu tanda2 kematian nya dan dy membanyakkan amalan dy manakala lelaki kaya pula meninggal dalam keadaan mabuk.

walaupun saya cuma dapat menonton lebih kurang 15 minit sahaja kerana cerita ni stat terlalu awal, manakala saya hanya sempat menonton sekejap saje selepas terawih, mesej cerita ini sampai ke lubuk hati saya.


lantas, saya pun meng google tanda2 100 hari sebelum sakratul maut.

100 hari sebelum kematian:

Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.


40 hari sebelum kematian:

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.


7 hari sebelum kematian:

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.


3 hari sebelum kematian:

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


1 hari sebelum kematian:

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda akhir sebelum kematian:

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali.

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.

3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah, Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.


sumber : Tausyiahislamiyyah



apa perasaan anda?

p/s: semoga Allah berikan pengakhiran yang baik bagi kita. semoga bermanfaat~

Tuesday, August 2, 2011

andai ini yang terakhir.




bismillahirrahmanirrahim~


Andai kau tahu ini ramadhan yang terakhir,

tentu siangnya kau sibuk berzikir,

dan tentu engkau tidak akan jemu melagukan syair rindu,

mendayu...merayu...kepada-NYA Tuhan Yang Satu,



andai kau tahu ini ramadhan yang terakhir,

tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu,

solat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'..

tubuh dan kalbu..bersatu memperhamba diri..

mengadap Rabbul Jalil...menangisi kecurangan janji...

"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"

[sesungguhnya solatku,ibadahku,hidup dan matiku...

ku serahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]



andai kau tahu ini ramadhan yang terakhir,

tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu,

satiap masa tidak akan dibiarkan begitu sahaja,

di setiap kesempatan dan masa yang terluang,

alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan..



andai kau tahu ini ramadhan yang terakhir,

tentu malammu kau sibukkan dengan..

bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...

mengadu..merintih...memohon belas kasihan...

"sesungguhnya aku tidak layak ke syurga-MU

tp...aku juga tak sanggup untuk ke neraka-MU...



andai kau tahu ini ramadhan yang terakhir,

tentu dirimu tidak akan melupakan mereka yang tersayang,

mari kita memeriahkan ramadhan,

kita buru...kita cari...suatu malam idaman...

yang lebih baik dari seribu bulan..



andai kau tahu ini ramadhan yang terakhir,

tentu engkau akan menyediakan batin dan zahir,

mempersiap diri..rohani dan jasmani..

menanti-nanti jemputan Izrail..

di kiri dan kanan...lorong-lorong redha Ar-Rahman...



duhai Ilahi,

andai ini ramadhan yang terakhir buat kami,

jadikanlah ia ramadhan paling bererti..paling berseri..

menerangi kegelapan hati kami,

menyeru ke jalan redha serta kasih sayang-MU Ya Ilahi..

semoga bakal mewangi kehidupan kami di sana nanti..



namun teman,

tak akan manusia yang bakal mengetahui

apakah ramadhan ini merupakan yang terakhir kali baginya,

yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah,

berusaha...bersedia...meminta belas-NYA..



jadi teman,

hidupkanlah bulan yang penuh barakah ini,

rebutlah segala keberkatan yang telah dijanjikan,

janganlah disia-siakan setiap waktu yang berlalu..

semoga ramadhan kali ini lebih bererti dari ramadhan yang sebelumnya..



dan andai ditakdirkan ini ramadhan terakhir buat kita

nescaya kita tidak akan menyesali,

kerana kita telah mengabdikan diri pd yang Esa..


gambar: en google