"ukhuwwah fillah abadan abada"
ungkapan yang boleh dikatakan biasa di dengar kan?
persaudaraan kerana Allah selama-lamanya (sila betulkan kalo saya salah) ermm maklumlah saya jahil bab bahasa2 arab ni. sungguh!
Ukhuwwah yang dijalinkan kerana Allah
Sungguh kool sekali!
Maksudnya di sini, selain kita sama2 berukhuwwah untuk mengejar kejayaan duniawi, atau kerana sunyi dan perlukan teman, (kan fitrah manusia, kena berteman. Tak boleh sorang2 duk kat dunia ni?sebab hanya kera saja yang boleh duduk sorang2 sebab tu la peribahasa kera sumbang tu wujud, bukan manusia sumbang, tahu?!) kita juga saling mengingati antara satu sama lain tentang hak2 yang kita patut lakukan sebagai hamba Allah.
Contohnya, mungkin saling berpesan2 antara satu sama lain (ya lah manusia kan mudah lupa.) ataupun saling bertukar2 ilmu yang berkaitan dengan agama mungkin..
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan beramal soleh. Yang BERPESAN-PESAN dengan KEBENARAN. Yang BERPESAN-PESAN dengan KESABARAN” [Al-Asr]
Ini baru lah menunjukkan yang kita benar2 sayaaaaaaaang kat kawan2 kita... sebab kita nak dia berjaya bersama2 di dunia mahupun akhirat.. kann??
Dan saya rasa bulatan gembira (term ni saya curi dari inche gabbana ( ^ ^ ) V -peace) sangat memainkan peranan yang penting.
sangat kool bukan ( ^ ^ )V
Sangat penting oke!
Mempunyai sebuah bulatan gembira sungguh bergaya lagi kool!
Dan sudah tentu setiap ahli bulatan gembira itu saling sayang menyayangi kerana Allah.
Mungkin kita selalu duk sembang2 dengan kawan2 kita hal yang melaghakan atau borak2 kosong saja.. (err.. errr.. terkenabatanghidungsendiri)
Tapi, kalau dalam bulatan gembira, sekurang2nya ada hal2 berkaitan ukhrawi dapat dibincangkan bersama. Oh! Sungguh manis bukan?
Daripada terus menerus omong kosong. Mungkin dengan wujudnya bulatan gembira, kita tambahkan sesi perbincangan hal2 berfaedah pulak. Macam best! Saham akhirat pun meningkat tahu!
Kalau selalu jalan2 keluar makan angin dengan kawan2, dalam bulatan gembira pun kita boleh jalan2 jugak. Kita boleh berjaulah, jalan-jalan sambil ambil pelajaran dari apa yang kita jalankan.. errr.. pening.
Menarik. Sungguh best bunyi nya kan.
p/s : Walaupun masa saya muda2 dulu, saya selalu lari laju2 dari bulatan gembira saya, selalu sangat tapi saya bersyukur sebab saya tak terlalu menyimpang. Allah approach saya. Thank you Allah =)
p/s/s: oke. Mungkin tak semestinya perlu dalam bulatan gembira. Kalau kawan2 kita selalu ingatkan kita. Mungkin namanya dah bukan bulatan gembira.. mungkin mesej gembira? Errr.. kalau segiempat gembira dan segitiga gembira pulak gimana? Hoho. Merepek saja daku ni!
salam.
ReplyDeleteUkhuwwah fillah bkn hanya sebutan di mulut tetapi byk tuntutan yg perlu ditunaikn.
Kadang2 malu utk mnggunakannya :)
wsalam.
ReplyDeleteterima kasih atas pandangan cikgu =)
err.. saya agak pening disitu. mungkin nanti cikgu boleh jelaskan lagi supaya pening saya hilang.huhu.
tapi pada pandangan saya pula kalau kita selalu sebut dan menanamkan rapat2 di dalam lubuk hati sanubari bahawasanya ukhuwwah yang kita bina itu kerana Allah. insyaAllah akan tersemai juga akhirnya kan?
sekurang2 nya kita selalu diberi peringatan bahawa ukhuwwah itu kerana Allah.
jadi, kita tahu apa fungsi yang kita mainkan sebagai seorang sahabat di situ.
dan sudah tentunya ukhuwwah itu terjalin bukan atas kepentingan sendiri dan hanya mempergunakan orang lain? (err..pening)
oh! ini hanya pendapat saya :)