Dari Abdullah bin 'Amr RodiyAllahu anh, Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Tuesday, June 28, 2011

Taqwa~

bismillahirrahmanirrahim~

antara pesan Rasulullah kepada kaum wanita ialah berbekallah dengan taqwa dan berhiaslah dengan sikap lemah lembut.

Diriwayatkan dari Aisyah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda:

" Wahai Aisyah, bertaqwalah kamu kepada Allah dan berperangailah dengan lemah lembut. Sesungguhnya kelemah lembutan itu tidak lain adalah perhiasan dan jangan sampai dilepaskan sedikit pun, kerana tidak lain akan memperburuk".

ini antara isi yang terkandung dalam buku yang bertajuk "50 pesan Rasulullah S.A.W. kepada kaum wanita". Namun begitu, apakah yang dimaksudkan dengan taqwa itu? Dan Apakah jalan untuk menuju ketaqwaan itu?

Maksud taqwa.

Menurut Syara' , Taqwa bererti menjaga dan memelihara diri dari siksa dan murka Allah dengan jalan melaksanakan perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat.

Rasulullah s.a.w. pernah menjelaskan hakikat taqwa dengan sabda baginda yang bermaksud :

"Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintah-Nya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupainya, bersyukur kepada-Nya dan tidak mengkufuri nikmat-Nya". ( Riwayat Imam Bukhari dari Abdullah bin Abbas rha. )

Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar : "Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri? Jawab Umar: "Ya". Tanya Ubai lagi: "Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?".

Jawab Umar : "Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati". Balas Ubai : "Itulah yang dikatakan taqwa".

Menurut Ibnu Abbas r.a. : "Al-Muttaqin (yakni orang-orang bertaqwa) ialah orang-orang beriman yang memelihara diri mereka dari mensyirikkan Allah dan beramal menta'atiNya".

Menurut Hasan al-Basri : "Orang-orang bertaqwa ialah orang-orang yang memelihara diri dari melakukan perkara yang diharamkan Allah dan mengerjakan apa yang difardhukan Allah ke atas mereka".

Berkata Abu Yazid al-Bustami : "Orang bertaqwa ialah seorang yang apabila bercakap, ia bercakap kerana Allah dan apabila ia beramal, ia beramal kerana Allah".

Jalan menuju ketaqwaan.

1. Muahadah,
Hendaklah kita mengingati perjanjian kita dengan Allah iaitu dengan menjadikan Allah sebagai Rabb. Al-fatihah, Doa Iftitah.

2.Muraqabah
Merasakan keagungan Allah swt setiap waktu dan keadaan serta merasakan kehadiranNya di kala bersendirian ataupun dikhalayak ramai. IHSAN

3. Muhasabah
Menghisab diri ketika selesai melakukan amal perbuatan.Apakah tujuan amal hanya untuk mendapatkan redhaNya @ apakah amalnya dicemari sifat riya’?

4.Mu’aqabah
Memberi hukuman pada diri, agar tidak mudah untuk melanggar kesalahan-kesalahan lain yang boleh mengakibatkan kesalahan itu sukar untuk ditinggalkan. Contoh: Berpuasa andai buat salah A. baca Quran 10 pages sehari kalau buat salah B.

5.Mujahadah
Memaksa diri dengan tegas, serius dan penuh semangat dan FAHAM untuk tetap mentaati suruhan Allah di kala terseret dengan kemalasan dan cinta dunia

sumber:
Buku "50 pesan Rasulullah kepada kaum wanita",Syeikh Majdi Fathi Ibrahim;


semoga bermanfaat =)

Monday, June 27, 2011

kisah 7 pagi

bismillahirrahmanirrahim.

semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk kita bersama

Malas, lemah, penat, longlai adalah resam jika anda bukanlah berniat dengan penuh kesungguhan dan bersemangat untuk menikmati kebahagiaan di pagi hari.Waktu pagi adalah ujian untuk anda, pagi adalah nikmat untuk anda, pagi adalah penentu arah kejayaan dan kegagalan dalam hidup anda.Justeru itu adakah kita mahu mensia-siakannya?

Ayuh anak didik dan semua sahabat, bangkitlah! Perkara terbaik yang patut lakukan di waktu pagi, adalah:

01. Bersyukur, bersyukur, bersyukur
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

02. Tekad Bermotivasi
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.Klu boleh Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

03. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.Motivasi macam kita mengayuh sampan... kena sentiasa berkayuh untuk sampai ke seberang..

04. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas bateri’ saja @ low batt.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan. Insya Allah..:) Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

05. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak? Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja. cakap mudah anda ulang perkara rutin... Mulai hari ini, ubah sikap anda. Ubah sikap... Ubah sikap. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari,setiap jam... setiap minit... setiap saat dan detik...

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti. Ingat PSPM 1 tak sampai sebulan... 18 okt. mula...

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set had masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

06. Lihat Warna Cerah @ garang
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti putih, (warna keter EXora teman) kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh! Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

07. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya. Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.Anda mesti berubah untuk kemajuan diri. Anda mati sebelum mati yang sebenar...

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup. So sama2 lah kita membuktikan yang kimi'A' itu M U D A H.... Insya Allah A...!!!

sumber: cikgu Shehdi Rajiun, pensyarah kimia Matrikulasi Gopeng, Perak. Terima kasih untuk cikgu yang tak putus2 inbox macam2 motivasi pada anak2 didik cikgu.. (bajet cikgu baca je...hukhukhuk)

Thursday, June 23, 2011

manusia paling jahat.

bismillahirrahmanirrahim~

ceramah ustaz kazim elias.


rumusan:

Manusia paling jahat

1. Sombong dan menyombongkan diri sehingga lupa pada Allah.

2. Keras kepala dan melampaui batas

3. Manusia yang lalai dan lupa

4. Manusia yang lupa pada Nya, meninggi diri, lupa pada diri

5. Manusia yang menipu daya dunia dengan jalan agama.

6. Manusia yang menjual agama dengan jalan syubhah

7. Manusia yang tamak di dalam memimpin

8. Manusia yang mengikut hawa nafsu yang menyesatkan

9. Manusia yang melakukan maksiat yang akhirnya boleh menghinakan diri.