Dari Abdullah bin 'Amr RodiyAllahu anh, Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Friday, April 22, 2011

codeblue~

bismillahirrahmanirrahim~

gambar: google.

kadang2 tak semua yg kita nak, kita dapat
Allah lagi tahu apa yang terbaik unt kita


"jangan Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun dalam sekelip mata atau dalam kadar yang lebih pendek dari itu"


"....Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa2 dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya....." [Al-Baqarah:225]

p/s: tajuk, gambar dan isi takde kene mengena sebenarnya. saje je letak.hehe

Tuesday, April 19, 2011

lupa lagi! arghh~

bismillahirrahmanirrahim~

okay.
emphysema!
aku lupa pada kau
eh2. ejaan agak2 betui ke tu?
bagus!
lupa.lupa.lupa.
banyak dosa agaknya.
hilang 8 markah
rasa macam hilang nyawa?
tipu ah.

sedih
tapi sikit.
sikit. tapi sedih jugak.
dah baca, dah belajar.
tapi lupa.

salah siapa?
salah sendiri.
kenapa nak sedih?
exam dunia je ni, balasan dia pun result je.
kalau result tak bagus pun, effect banyak ke?
takkan kawan sisihkan
takkan family sisihkan

kalau exam dr Allah, balasan dia lagi baik.
syurga tu.

tapi, kenapa sedih jugaaak?
perasaan. mengada la kau. pergi. shooh!

okay.

Saturday, April 16, 2011

mimpi yang indah

bismillahirrahmanirrahim~

Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang

Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian

Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian

Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan

TInggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan

Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti

mimpi yang indah
munsyid: mestica~

Tuesday, April 12, 2011

toxicology oh!

bismillahirrahmanirrahim~

diagnose for: toxicity of toxicology..

symptom: headache, nausea, vomitting, pressure in head, unconciousness, diarrhea,tacycardia .

treatment: rest, sleep,update blog??? (errrkk)

after the toxicology paper, the condition will back to normal..insyaAllah..pasti!!


p/s: doakan kejayaan penulis. esok toxicology tu! killer subject ( T T )
p/s/s: rest kejap sambil update.. then, sambung balik.. toxico oh toxico, please don't kill me!

Monday, April 4, 2011

makan durian dan ambil iktibar~

bismillahirrahmanirrahim~


Durian. Durian. Durian.

Musim durian sekarang ni. Perasan tak??

D27,d24-durian kawen,durian 5jari,durian remang,durian tembaga,durian kucing tido,durian susu,durian mangkor (erkkk!)

Tambah2 pulak kat Perak ni.. woooh..

Setiap pelosok ada saje orang jual durian.

Selang dua hari, mesti ada durian kat rumah ni.

Habes peti es berbau durian.. wuwuwu

Kene beli charcoal banyak2.

Tapi. Durian sedaaaaap.

sebelum dapat merasai nikmat kelazaatan durian yang tak terhingga sehingga menjillat jari tu

Terpaksa bertungkus-lumus membuka kulit durian

Ada yang senang je nak bukak

Ada yang susah gileeex!

belah durian pun kene ada skill.. =P

Tapi selalunya yang susah tu yang tersedaap

Jadi sebenarnya durian ni mengajar kita beberapa pengajaran

Berusaha sebelum mendapat merasai nikmat nye.

Makin kita susah berusaha, makin nikmat hasilnya.

Walaupun kadang2 isinya tak sedap, pahit la, masam la.. sangat jarang sekali orang membuang isi yang tak sedap itu kerana kita boleh membuat tempoyak dengan isi tersebut. Dengan itu, nanti terhasil lah sambal tempoyak yang dimakan bersama gulai tempoyak ikan patin. Atau pun bubur durian yang boleh dimakan bersama pulut! Hmmmppppp.. mantap sekali rasanya! =P

Ini bermakna, walaupun kadang2 usaha yang kita dah lakukan tak mendatangkan hasil seperti yang kita kehendaki, mungkin ada jalan penyelesaian untuk kita mendpatkan hasil yang lebih baik sebelum kita terus menerus berputus asa.

Yang tak tolong bukak kan durian pula, kene banyak2 bersabar menunggu sampai durian tu dibuka oleh abah..( macam aku jek kan..huhu)

Lagi? Mungkin tolong menolong. Kita akan sama2 berusaha bukak kulit durian dan makan beramai2. Tiada sellfish di sini. Walaupun kadang2 sorang je yang bukak durian, isinya pasti dikongsi bersama2 orang di sekitarnya.

Lagi? Mungkin jangan tamak haloba dan berlebih2 dalam sesuatu perkara. Durian sebenarnya dapat memberi effect pada suhu badan kita di mana dia boleh meningkatkan suhu badan kita. Akibat makan durian terlalu banyak boleh menyebabkan kita demam. Jadi, dia mengajar kita supaya bersederhana semasa makan dan berkongsi bersama orang lain.

Waah. Durian dah dibuka oleh abah penulis.

Oke. Nak makan durian XD

Sedikit tips: lepas makan durian, minum sikit oren sunquick yang pekat (lebih kurang 1 satu camca teh ) untuk elakkan sakit tekak. Setakat ni tips ni agak Berjaya bagi keluarga penulis. J

p/s: kenapa durian ni raja segala buah yep?? Hmmm~

p/s/s: gambar semua dari google. Tak sempat nak amik gambar, tinggal biji je! Huhu

p/s/s/s: makan durian di musim durian. Perkara biasa. Makan rambutan di musim durian. Ini luar biasa!

Sunday, April 3, 2011

akibat bertuhankan nafsu


Murid dipukul meninggal, penyelia asrama ditahan
Apr 3, 11 5:53pm
Murid yang dikatakan dipukul oleh seorang guru di asrama sebuah Sekolah Agama Rakyat di Jejawi, Perlis sehingga koma Khamis lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star hari ini.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, disahkan meninggal dunia pada pukul 8.50 pagi tadi sejak dimasukkan ke hospital berkenaan Jumaat lepas.

Mayatnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tok Paduka, Kangar petang ini.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 7 malam pada hari kejadian apabila seorang guru lelaki yang berumur 26 tahun dikatakan telah memukul kanak-kanak tersebut selama hampir dua jam sehingga dia pengsan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Nashir Ya berkata suspek yang juga penyelia asrama sekolah berkenaan telah ditahan pada pukul 10 malam tadi.

"Polis masih menunggu laporan bedah siasat dan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Ibu angkat mangsa, Hazirah Chin, 38, berkata sebelum dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, anak angkatnya yang tidak sedarkan diri itu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada pukul 1.40 pagi Jumaat.

"Saya dapat panggilan dari seorang ustaz. Dia tanya sama ada Saiful ada penyakit tarik (sawan). Saya kata tak ada. Lepas tu dia kata dia nak datang ambil saya ke hospital sebab Saiful masuk hospital dan kena pindah ke hospital di Alor Setar," katanya di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah.

Hazirah berkata dia dapat melihat kesan melecet pada pergelangan tangan mangsa selain kesan lebam di bahagian matanya.

"Saya diberitahu Saiful alami pendarahan di bahagian kepala. Pada mulanya doktor kata dia stabil tapi semalam (Sabtu) doktor beritahu dia sudah tak ada harapan untuk hidup," katanya.

"Ketika mula-mula masuk asrama, arwah gembira sangat-sangat. Dia kerap balik sebab sekolah tak sampai satu kilometer dari rumah kami," tambahnya.

Bapa kandung mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata anaknya dipelihara oleh keluarga angkat selepas isterinya meninggal dunia ketika Saiful Syazani baru berusia tiga tahun.

"Kali terakhir saya bertemu anak saya setahun lalu, sebab saya tinggal di Langkawi dan baru berpindah ke Jitra sebulan lalu," katanya.

Saiful Sopfidee berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anaknya pada pukul 8 pagi pada hari Jumaat bahawa Saiful Syazani dimasukkan ke hospital kerana dipukul orang.

Selepas melihat keadaan anaknya akibat dipukul, Saiful Sopfidee telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada petang Jumaat.

sumber: sini

bismillahirrahmanirrahim.

Siapa sahaja yang dilahirkan di dunia ini tidak pernah mengenal perasaan marah

Pasti setiap orang pernah merasa bagaimana rasanya “marah” itu

Yang berbezanya Cuma cara seseorang itu mengatasi marahnya

Marah tidak boleh disertakan dengan kegoan. Kerana, pada pandangan penulis ke ego an itu dapat membara2 kan api kemarahan seseorang.

Ketahui lah Rasulullah mengingatkan kepada Ali Abi Talib ": Jangan marah, jangan marah, jangan marah"

Orang yang dapat menahan marahnya juga merupakan orang yang superb kuat. Kerana berperang dengan nafsu sendiri, bukanlah mudah.

Namun, apabila bertuhankan nafsu, inilah yang berlaku. Ilmu yang kita ketahui perlu diamalkan, bukan setakat tahu sahaja. Di sini, KAP (Knowledge, Attitude and Practice) mengambil peranan.

p/s: apakah cara terbaik untuk mengawal rasa marah ?


Saturday, April 2, 2011

Ainul Mardhiah


bismillahirrahmanirrahim.


Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada'
Itulah janji pencipta yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati

Oh Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kekasih


Suatu petang, Rasullullah pun pergi menaikkan semangat pemuda2 islam untuk berjuang di jalan Allah. Baginda menceritakan tentang ganjaran sekiranya syahid di jalan Allah iaitu akan diberi Allah bidadari yang tercantik di dalam syurga, yang diberi nama Ainul Mardhiah. Di dalam ramai2 pemuda yang ada di situ, ada seorang pemuda yang begitu tertarik dengan kisah Ainul Mardhiah yang telah diceritakan Rasulullah. Pemuda ini sebenarnya ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang Ainul Mardhiah, tetapi, dia merasa malu untuk bertanya kepada Rasulullah. Akhirnya, dia hanya memberikan namanya untuk berperang tanpa bertanya tentang hal Ainul Mardhiah tadi.

Menjadi sunnah Rasullullah untuk tidur sebentar sebelum waktu Zuhur. Pemuda ini juga turut tidur bersama sebelum masuknya waktu Zuhur. Mimpinya kali ini sangat istimewa. Pemuda ini bermimpi dia berada di tempat yang sangat cantik, lantas dia bertanya kepada seorang pemuda yang lain di mana dia berada. Pemuda itu menjawab bahawa dia berada di dalam syurga. Pemuda itu pun bertanya di mana dia boleh melihat Ainul Mardhiah, lantas pemuda yang seorang lagi menunjukkan arah kemana pemuda itu harus pergi untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah, iaitu ke arah mahligai.

Dalam perjalanan pemuda itu untuk ke mahligai, dia berjumpa dengan seorang gadis. Sungguh cantik sekali rupanya. Tidak pernah pemuda itu melihat gadis secantik itu di dunia. Kecantikkannya berganda-ganda cantiknya. Lantas, pemuda itu bertanya, "Adakah anda Ainul Mardhiah?". Jawab gadis tadi "Bukan, saya hanya khadamnya, Ainul Madhiah ada di sana."

Pemuda tadi pun meneruskan perjalanannya. Sehingga di suatu ketika, dia berjumpa lagi dengan seorang gadis. Gadis kedua ini lebih berganda-ganda cantiknya berbanding dengan gadis pertama yang dijumpainya tadi. Lantas, pemuda itu pun bertanya "Adakah anda Ainul Mardhiah?". Jawab gadis itu, "Bukan, saya khadamnya.Ainul Mardhiah ada di atas mahligai."

Pemuda tadi pun meneruskan perjalannya sehingga berjumpa lagi dengan seorang gadis. Kali ini, gadis yang dijumpainya sangat cantik. Sehingga tiada tandingannya. Berganda2 lebih cantik dari gadis pertama dan kedua yang dijumpainya itu. Lantas gadis itu pun berkata "Saya lah Ainul Mardhiah. Saya diciptakan untuk anda." Pemuda itu pun mendekati Ainul Mardhiah lantas dia berkata " Tunggu, anda belum syahid lagi".

Seketika, pemuda itu pun terus terbangun dari tidurnya. Dia menceritakan mimpinya itu kepada seorang sahabatnya. Namun begitu, dia meminta sahabatnya itu supaya merahsiakan mimpinya itu kepada sesiapa pun. Pemuda itu hanya membenarkan sahabatnya bercerita tentang mimpinya itu kepada Rasulullah sekiranya dia syahid.

Ditakdirkan, keesokan harinya, pemuda itu syahid di jalan Allah. Lantas, sahabatnya menceritakan hal mimpinya itu kepada Rasulullah semasa sedang berbuka puasa. Sepanjang penceritaan itu, Rasulullah hanya berkata "benar..benar..benar.." Sabda Rasullullah lagi "benar apa yang di mimpikan oleh sahabatmu itu, sekarang dia sedang berbuka puasa di syurga.."

SubhanAllah.
itulah setiap kebaikan itu pasti akan mendapat ganjaran dari Allah.
dan setiap kejahatan walaupun sebesar zarah, pasti mendapat balasan.

kisah ini diceritakan oleh salah seorang adik penulis sebagai pengisian selepas solat maghrib semalam :)


“Barang siapa yang membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya...” (QS Al-An'am: 160)