Dari Abdullah bin 'Amr RodiyAllahu anh, Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Monday, September 5, 2011

tamatnya cuti ini~

Bismillahirrahmanirrahim.

Tamatnya cuti ini. Cuti selama kurang 3 bulan lamanya. Di dalamnya aku lebih banyak bersendiri di rumah. Adalah dalam 2 kali aku keluar berjumpa teman sekampus. Itu pun sebab lama tak berjumpa dengannya dan ingin mendengar cerita pengalamannya mengerjakan umrah. Jeles rasanya. Bila pula turn aku agaknya ye.

Aku bukan tak suka berkawan. Aku paling risau dilabel sebegitu. Kerana aku memang selalu begini, bila bercuti begini, aku lebih selesa bersendiri. Entahlah. Mungkin ada yang akan fikir aku begitu dan begini. Sebabnya aku jarang sangaaaat mesej2, apatah lagi calling2 mereka saat cuti2 begini. Bukan aku tak rindu, tapi aku memang begini agaknya. Memang begini caraku menghabiskan cuti. Tak seperti sesetengah orang yang keluar melancong, aku lebih prefer duduk di rumah. Bagi aku melancong tu penat. Perlu tenaga untuk keluar bersiar2 dan akhirnya aku akan menghabiskan duit membeli belah. Huhu. Cukuplah hanya dengan jauh dari kebiasaan kehidupan aku. Untuk sementara. Berada dekat dengan keluarga. Seperti zaman2 kecilku dahulu. Rindu aku pada waktu itu. Takde masalah, gembira saje.. hehe

Ramadhan kali ini, aku rasa bersyukur sangat sebab dapat sebulan meluangkan masa di rumah. Dekat dengan keluarga. Sama seperti 5 tahun yang dulu. Lokasi rumah yang berdekatan dengan masjid tidak aku sia-siakan. Kalau di KL, aku sering beralasan masjid jauh dan takut nak taraweh berjemaah sebab perlu keluar malam2. Tapi, ramadhan kali ni, aku rasa terlalu bermakna. Heee.

masjid al-muttaqin

Kini, aku perlu membiasakan semula hidup aku kepada kebiasaan kehidupanku. Thesis yang aku tak mula satu apapun lagi menyebabkan aku perlu lebih struggle sebab rakan2 yang lain nampaknya telahpun mendahului aku, bukan setakat mendahului tapi mereka telahpun memecut laju meninggalkan aku. Entahlah. Kadang2 aku cuma perlukan space untuk diriku sendiri time cuti2 begini. Seperti yang aku katakan, jauh dari kebiasaan kehidupan aku. Dan selepas ini aku perlu membiasakan diri semula dengan kebiasaan kehidupan itu. Nampaknya, aku seperti sudah tidak biasa lagi dengan kebiasaan kehidupan aku.. huhu! Macam kelakar pulak bunyinya.

· Berjalan kaki dari plazarah ke fakulti.

·

· Membiasakan diri berjalan kaki seorang diri di jalan chowkit.

· Stay up malam untuk menyiapkan kerja2

· Balik rumah setiap hujung minggu. insyaAllah

· Keluar makan2 di kala stress bersama teman2

· Kehidupan yang stress di atas rumah tinggi di tengah2 ibu kota

· Menghidu benzene atau apa sahaja bahan kimia yang dibebaskan oleh asap kenderaan

· Mendengar bunyi ambulance

· Makan makanan siam dari restoran anuar. Tiada lagi masakan mak.

· Basuh baju guna tangan. Tiada lagi washing machine!

· Dan selepas ini, henset kembali menjadi teman setia. Jadi, aku perlu memulakan pencarian hensetku yang telah aku campak entah kemana di dalam rumah ini. Huhu


Dan ini merupakan come back yang terakhirku sebagai seorang pelajar degree UKM. Semoga dapat menyiapkan thesis dan diberi ketabahan semasa proses itu berlangsung hendaknya. Dan yang pastinya, selepas ini, aku akan merindui kebiasaan kehidupan yang aku telah lalui sebagai seorang pelajar ini.

2 comments: