Dari Abdullah bin 'Amr RodiyAllahu anh, Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Friday, September 9, 2011

Mulanya hidup berdikari.

bismillahirrahmanirrahim.

ber di ka ri
Berdiri diatas kaki sendiri

ingat kembali ke dalam diri sendiri
sejak bila kita mula hidup berdikari

sejak bilakah..
kita mula berjalan dengan sendiri tanpa bantuan orang lain
kita mula "yak2" dengan sendiri tanpa menggunakan pampers..heee...
kita mula makan dengan sendiri tanpa bantuan mak kita.
kita mula membaca dengan sendiri tanpa bantuan orang lain.
dan kita mula apa-apapun sahaja dengan sendiri tanpa perlu dibantu

bagiku, ini semua merupakan suatu yang biasa di dalam kehidupan seharian ini untuk menjadikan kita seorang insan yang lebih berguna. boleh membuat sesuatu. insan yang ada 'function' dalam kalangan masyarakat.

"selalu along jalan sorang2 ke kat sini?"
"ye la pak usu"
"janganlah, sini bahaya."
"nak buat camne pak usu. itu je jalan nak ke fakulti, kalau ada kawan. along jalanlah sama2 diorang" jawab aku tersenyum

ye. aku faham pak usu takut. jalan nak ke fak ni memang agak bahaya. dulu, mak juga rasakan perasaan yang sama. tapi, ini terpaksa, aku bukan suka2 nak jalan kaki sorang2. takkan nak harapkan belas ihsan kawan saje. aku tanak susahkan mereka. mereka pun ada kerja masing2. jadi, aku kuatkan semangat aku untuk jalan sendirian di jalan ini. itupun mengambil masa selama setahun jugalah.hehe.

begitu juga kisah setahun yang lalu. tatkala semua housemateku pulang ke kampung, maka tinggallah aku sendirian di plaza rah. takut. memanglah takut, tapi takda choices. aku kena hadapinya. maka, duduklah aku sendirian di rumah itu selama 2 hingga 3 hari. mulanya, aku takut nak turun beli makanan sorang2, makan maggi je bilamana aku sendiri. tapi, lama2 akibat dah tak tahan dengan maggi (mana tak nye breakfast maggi,lunch maggi, dinner maggi..maggi je memanjang), aku pun bertekad kuatkan semangatku untuk turun sorang2 beli makanan.

begitu juga kisah yang juga setahun yang lalu. tatkala aku tiada teman untuk pulang ke kampung bersamaku. memanglah takut, tapi takde choices, aku kena hadapinya. maka, berjalanlah aku ke kl sentral sorang2 dari plaza rah.

begitu jugalah kisah yang akan terjadi dalam hidup kita ni. kadang2 sebab terpaksa, sebab takde choices itulah yang membuatkan kita menjadi lebih berani. berani dengan diri kita sendiri. lantas menjadilah kita seorang yang berdikari.

disebabkan kisah2 macam tu la aku boleh berjalan sorang2 dan bebas bergerak ke mana saje aku suka di jalan yang mulanya aku takut tu. kat mana2 pun ada bahayanya. Allah bersamaku. Allah yang melindungiku. Allah kekuatanku.

disebabkan kisah2 macam tu la aku berani untuk mendapatkan bilik single sorang2 di k5. semua pun pelik kenapa aku nak duduk sorang2 kat k5, nape tak mintak je k1? semua kosmate duduk dalam, tapi ak tak mohon k1 pun..tapi, ada hikmahnya, aku pergi balik kelas sorang2. takut. tapi aku hadapi takut itu. dan ini menjadikan aku lebih berdikari. tahun lalu memang banyak menguji keberanian aku. menjadikan aku lebih berani dan berdikari dalam hidup. Allah kan ada bersama. Allah melindungiku. dan Allahlah kekuatanku.

dan disebabkan kisah2 macamtu jugalah, aku berani balik bila2 masa je yang aku suka. sebab aku takyah risau nak tunggu sape2 dan teman aku pun takyah risau nak tunggu aku. sebab kami dah berani untuk balik sendiri. Allah kan ada bersama. Allah pasti melindungi. dan Allahlah kekuatanku.

kalau difikirkan. dek kerana mencari ilmu di KL ni, aku dapat ilmu secara langsung dan tidak langsung. secara langsung ialah ilmu yang di ajar lecturer mengikut silibus yang ditetapkan manakala yang tak langsung ialah aku dapat menjadi insan yang lebih berguna. dari sepenakut yang amat.heee. kepada seorang yang berani. (wah!macam bangga ke?, tak ok)

dan aku harap adik aku yang baru mendaftar di salah satu ipta di johor semalam. yang aku pasti akan membaca entry aku ni, faham. jangan nanes, kuatkan hati, tabahkan hati. kita sedang belajar apa yang kita tak dapat belajar kalau kita kat rumah sama mak abah. semua orang pasti melalui proses yang sama untuk menjadi 'dewasa'. dan angah akan melaluinya. tapi ingat, Allah ada bersama kita, Allahlah pelindung kita dan Allah yang menguatkan kita.


No comments:

Post a Comment