Dari Abdullah bin 'Amr RodiyAllahu anh, Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Sunday, September 11, 2011

perjalanan yang panjang

bismillahirrahmanirrahim.

hari ni ahad, 11 September. aku pulang ke KL la untuk menjalani kehidupan aku sebagai seorang pelajar.nak mention jugak tahun akhir.ngeeee.
ok2. sebenarnya mak kesayanganku tak berapa setuju aku pulang pada harini. mak minta aku pulang hari isnin, lagi pula kelas aku bermula pada hari rabu nanti. tetapi memikirkan hal thesisku yang tak mula satu apapun lagi, aku nekad untuk pulang awal dan tidak menurut kemahuan mak.
'time' salam tadi pun aku lihat mak kelihatan berat hati untuk melepaskanku pergi.

11.30 pagi.
* bertolak dari rumah ke stesen medan gopeng untuk membeli tiket bas ke KL. plusliner menjadi pilihan hati sebab aku rasa selamat dengan syarikat ni. mungkin sebab syarikat ni gah? atau apa? akupun tak pasti.
* dan akhirnya aku berjaya dengan izin Allah mendapat tiket jam 12.30 tengahari. oleh kerana aku tadi tergesa2 nak ke medan gopeng membeli tiket, aku tak menjamah satu apapun di rumah tadi dan di sini, barulah aku menyesal dek kerana perutku sudah mula memainkan irama keroncong. hehe. lantas akupun ke kedai berdekatan dan nampaknya rezeki lunch aku harini ialah roti pizza yang berharga RM2.20 dengan sebotol air mineral. alhamdulillah. walaupun masih ada baki penyesalan tidak makan makanan di rumah tadi.

12.20 tengahari
*berjaya menaiki bas ekspres plusliner dengan izin Allah. terdetik dalam hatiku betapa usangnya bas yang aku naik harini. sebelum ni tak pernah aku dapat bas plusliner seusang ini. huhu. tapi takpe pujuk hatiku, usang2 pun masih dapat berfungsi dengan baik.ngee.

1.30 petang
* sangkaan aku bahawa bas ini dapat berfungsi dengan baik nampaknya tersangkal. kami tersangkut di tengah2 jalanraya. di bidor. cuaca pula sangat panas, manakan tidak kan pukul 1.30 petang.
* aku masih dapat bersabar. walaupun ada ketika aku terdengar beberapa penumpang yang merungut-rungut. aku faham ini tidak disengajakan. mujur dulu aku penah mengalami situasi yang sama. tatkala itu aku bersama dengan anis. jadi, taklah cuak sangat aku sebab sudah punya pengalaman. sekarang, baru tahu hikmahnya kenapa bas rosak dulu.

2.18 petang
*akhirnya, bas gantian datang dan mengambil baki penumpang yang ada. sesetengah penumpang tadi ada yang menaiki bas lain dan ada yang call family mereka untuk mengambil mereka. bas gantian yang mengambil baki penumpang ni bukanlah bas menuju ke kl tapi ke shah alam. aku pelik juga pada mulanya. tapi, mungkin bas ni akan singgah di kl sebentar kot.

3.15 petang
* bas ke shah alam tersebut menurunkan semua penumpang ke kl tadi di hentian rawang. katanya, bakal ada bas di belakang nanti akan mengambil kami, tetapi yang peliknya tiada nombor bas atau no phone diberikan kepada kami. kami yang bagaikan terkena pukau pun turun sahaja dari bas tersebut.
* kali ni kami menunggu hampir 2 jam. nampaknya, seperti pakcik bas tadi menipu kami semua hidup2. mulanya aku cuba bersabar. tapi akhirnya, aku mula rasa tension. hasrat hatiku taknak memberitahu family perihal bas rosak, kononnya tanak mereka risau, tidak berjaya. aku call juga abah akhirnya.huhu.. beberapa orang yang turut stuck bersamaku tadi menghubungi office plusliner di puduraya. mujur, ada rakannya yang bekerja di situ. namun, nasib kami seperti tidak mendapat belas kasihan dan perhatian mereka. pakcik tadi memang menipu! ah! geram pula aku. sampai hati meninggalkan kami di sini. kami pelanggan tahu tak! emosi sedikit.
*aku sudah mula menghubungi abah supaya mengambilku di rawang. lepas ni, mungkin train pula yang akan kupilih. mahal sedikit tidak mengapa asalkan keselamatan terjamin.
* entah jam berapa kemudian, bas plusliner dua tingkat yang juga menuju ke kl berhenti di perhentian rawang. sebenarnya, jarang sekali bas plusliner ke kl berhenti di mana2 rnr. mungkin bantuan dari Allah sudah sampai. tapi bas tersebut penuh, pakcik driver tidak dapat membawa kami ke kl. walaupun seorang. tapi, atas dasar kasihan, pakcik tu call rakan nya di belakang dan beritahukan masalah kami yang telah stuck di sini. terima kasih pakcik. Allah saja yang boleh membalas jasa pakcik.

4.45 petang
* bas yang pakcik tadi hubungi tiba di hentian rawang. hanya 7 penumpang saja yang boleh diterima disebabkan bas tersebut hanya boleh menampung penumpang sebanyak itu sahaja. mujurlah aku antara 7 penumpang tersebut. untuk yang lain, aku tak pasti bagaimana mereka. kasihan. beginikah melayani pelanggan? mujur abahku tak jadi ambil aku dari rawang dan sekiranya itu terjadi, pasti aku dah buat report polis. yelah, manakan tidak, kami diabaikan di tengah2 highway. nak naik teksi pun takdak. aku rasa ada lagi bas di belakang yang akan mengambil baki penumpang yang tinggal tapi mungkin lewat sedikit.
* di dalam bas, aku cuba muhasabah semula. aku dapat bersabar untuk bas rosak namun gagal semasa kami ditinggalkan. huhu. betapa lemahnya iman aku. dan terdetik juga di dalam hatiku bahawa ini mungkin teguran Allah buatku yang taknak dengar cakap mak aku. mungkin, jika aku pulang pada hari isnin, insiden ini tak berlaku.

6.06 petang
*alhamdulillah. selamat sampai ke stesen puduraya.

6.37 petang
* singgah sebentar di surau plazarah.

6.58 petang
* tiba di bilik. alhamdulillah. penat usah cakaplah. perut pun sudah berkeroncong. untung housemate sudah belikan makanan untukku. terima kasih Allah berikan teman yang baik dan menjaga kebajikanku. hehe.

perjalanan 11.30 pagi- 6.58 petang. ipoh-kl. paling lama dalam sejarah hidupku. selalu hanya mengambil masa dalam 2- 2jam setengah sahaja. terima kasih atas teguran berhikmah ini. insyaAllah di lain hari, seboleh2 nya aku akan mendengar cakap mak..

"tidak ada suatu musibah yang menimpa sesorang kecuali dengan izin Allah, dan barang siapa beriman kepada Allah nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuati" [64:11]

p/s: huhu. dah insaf.
p/s/s: pengalaman yang berharga. naseb baik tak kejar masa.

No comments:

Post a Comment