Tatkala aku punya peluang untuk meraih gemilang di jalan yang lebih lapang,
Aku memilih jalan yang lebih terhalang,
Bukan mudah untuk menjadi terbilang,
Hari ini aku didukakan dengan ujian yang digelumang,
Ya Tuhan, jangan biar diriku seorang,
Memimpin diri yang serba kurang,
Aku insan yang perlukan ruang,
Agar dapat bernafas di sebalik bayang,
Aku tahu aku punya peluang,
Jangan dibiar aku berfikir songsang,
Jangan dibiar aku lemas dengan penyakit yang menyerang,
Aku cuba menggapai impian yang dipasang,
Moga Kau memudahkan aku merentas palang,
Agar berbaloi harga selembar jalan yang aku bilang.
Sirnalah malang,
Hadirlah terang,
Agar aku tidak gugur di medan perang,
Agar aku tampil sebagai pejuang,
Agar aku tampil sebagai pemenang.
(iluvislam, September 2011)
p/s: tensi ni. dah baca dekat2 30 jurnal.. but still kerja i tak gerak2 lagi..Ya Allah, tunjukkan aku jalannya..mudahkanlah Ya Allah~
No comments:
Post a Comment