Dari Abdullah bin 'Amr RodiyAllahu anh, Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Tuesday, March 22, 2011

Conference dan saya.

bismillahirrahmanirrahim~

untuk pertama-tama kalinya dalam hidup

saya akan menghadiri conference!

Wah. Ok. Jangan pelik. Bukan nak jadi jakun =P Cuma excited sikit

“26th Sceintific Conference of The Nutrition Society Of Malaysia”

Bunyi macam gempaak kan?

Hehe

Tajuk conference kali ni ialah “ Healthy children, healthier nation”

So, sebelum pergi.. jom study sikit

Kenapa kanak2 yang menjadi focus kali ni?

Hmmm...

Mungkin kanak-kanak yang akan mencorak masa depan Negara. Kalau kanak2 sihat, Negara kita suatu masa akan datang pun dipenuhi oleh orang2 yang produktif lantas jadilah Negara yang produktif.

Kalau kita pandang2 sekeliling kita hari ni. Kebanyakan kanak2 Malaysia ni mengalami masalah obesity. Itu pun kalau perasan la!

“Biar la budak tu gemuk, sihat”

“Biar lah, asalkan dia gembira”

Hey kawan2! Jangan biarkan hal ni. Tahukah kamu? sekarang ni makin banyak kanak2 yang mengalami masalah kesihatan yang kronik kesan daripada masalah berat badan yang berlebihan ni. Tak payah contoh jauh, sepupu saya sendiri, kanak2 lagi dah dapat darah tinggi? Apekah? Jangan main2 ye. Ni penyakit kronik. Once dah kena, tak boleh sembuh. Cuma perlu maintain kan BP je. Susah tu! Telan ubat tiap2 hari. Drugs is never a magic bullet! Mesti ada side effect punya lah!

Tak dapat disangkal, ajal maut ketentuan Allah tapi kita bertanggungjawab untuk jaga diri kita sendiri dan anak2 kita. (*macam aku ada anak je.hehe). Anak2 kita, amanah yang Allah dah beri, jaga amanah tu baik2 bahkan badan kita sendiri ni merupakan amanah dari Allah. Setiap apa yang kita lakukan nanti, akan disoal. Jadi, kita perlu menjaga amanah yang dipinjam kan ni. (Kalau buku yang dipinjam di perpustakaan tahu pulak nak jaga elok2 kan?? =P)

Sekarang ni apa yang menjadi fenomena rakyat Malaysia yang semakin kaya ialah

Bila anak dapat A banyak dalam exam: “nanti mama belanja kepsi”yeay!

Bila nak sambut besday ahli keluarga, bawa pegi pizza hut

Bila dapat gaji, bawak anak makan mekdi, raja burger, resepi rahsia dan seangkatan dengannya.

Kenapa kita peduli sangat tentang nak isi perut kita?

“gendang gendut tali kecapi senang perut sukalah hati”?

Penyakit pun senang la bertandang!

"Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam mengikut perjalanan darah. Oleh itu, sempitkanlah pintu masuknya dengan kelaparan." - HR. Ahmad

Alahai orang sekarang. Cuba kalau kita menyambut keraian atau sesuatu tu dengan memasak sendiri kat rumah, air tangan ibu tu kan berkat? (errkk..makan jugak..ok.abaikan). Mungkin sebab dah jadi macam tradisi kat Malaysia ni, sesuatu keraian mesti disambut dengan makanan.

Tak dapat dinafikan. Saya sendiri sebagai pelajar nutrition pun akan keluar makan dengan kawan2 semua time habes exam, besday kawan, and time tension sekalipun! Haiyoo! Suka hati pun makan, tak suka hati pun makan. Makan makan makan. Tahu nak isi perut je (ayat abah aku bila tengok aku asyik makan je memanjang kat rumah. Abah tak faham aku rindu masakan mak, T T )

Oke. Dah melalut. Balik ke point asal. Kenapa ramai sangat kanak2 yang sasa kat Malaysia ni? Orait. Seterusnya, kita lihat ramai kanak2 di era globalisasa ni, kanak2 pun dah bijak. Henfon pun kalah henfon orang besar, mungkin sebab tu mereka pun besar.

Dahulu kala, zaman kanak2 saya duluuu, petang2 sekurang2 nya saya keluar juga, main dekat padang depan rumah. Paling2 pun badminton, skipping, nek beskal.. sekarang? PSP,PS2,dota,facebooking,tweet2,ym,errr...errrr..tak tau dah..macam2 la weyh!

plus, keadaan cuaca yang panas yang sering menjadi alasan bagus untuk mengelakkan diri untuk beraktiviti. Ni memang tak dapat dinafikan. iklim Negara kita memang agak tak sesuai untuk beraktiviti cergas macam tu. Mau terbako kulit! Nowadays, aku pun dah jaraaaaaaaaaaaaaaang sangaaaaat exercise tapi still jalan kaki (aktviti ni =P) pegi fak. Kira ade lah jugak kan dari yang nek bas..opsss..haha (gurau je eh kawan2)

dan lagi, isu keselamatan. Bila kita biarkan anak2 bermain di luar pada petang2 hari. Takut jugak kan.. kang hilang la, kene culiks pun dah ramai. Pun juga tak boleh salah kan sesiapa. Sebab manusia sekarang ni.. haih..ramai tak bertamadun mungkin?..entahlah..so, anak2 pun duduk la terkurung kat rumah selepas balik dari sekolah dengan menggunakan bas. Dan akhirnya, ramailah produk2 yang sangat membesar dengan jayanya.

Ibubapa selalu ingat kalau anak2 dia gemuk masa kecik2 takpe. Sebab nanti dah besar, bila dia dah pandai, tahu la dia jaga badan. Jangan ye! Sekali2 salah sangkaan itu. Adik lelaki saya sendiri, time kecik agak debab la (sangaat debab kot !) dan kedebapan dia sehingga lah dia muda remaja ni. Jenuh la pulak kawan tu nak berdiet untuk turun kan berat badan. Dan memang susah! Susah sangaaat nak turunkan! Sampai dia terpaksa minta nasihat kakak dia (aku la,sape lagi.hehe). jadi, sekarang dia in progress. Kene banyak besabar aa, memang ambik masa lama sket (lama banyak sebenarnya.hehe).

Dalam pada itu, sebenarnya dalam kita tak sedar masih ada juga kanak2 yang kekurangan zat makanan kerana tak cukup makan. Ya. Ini benar. Rakan saya sendiri membuat kajian tentang kanak2 ni (KZM) di Banting. Pendapatan se rumah hanyalah RM200 sebulan. Mungkin kita tak boleh bayangkan bagaimana nak survive pada era ini dengan RM200 se family sebulan? Padahal saya sendiri (sorang), sebulan lebih dari itu.. muhasabah masa dengar cerita kawan saya ni. Kita patut tidak berseronok sendiri2 dengan duit yang ada apatah lagi asyik nak mengisi perut je.. ( T T ) Saya agak bersimpati mendengarkan cerita dari rakan saya ni.

Jadi, insyaAllah..inilah tugas kami akan datang. Kami akan bantu kalian semua. Semoga di Malaysia ini sekaligus di dunia tiada lagi orang yang berlapar dan kekurangan zat makanan. Semoga tiada lagi orang sakit akibat terlebih makan juga!


Muhasabah bersama. Semoga bermanfaat hendaknya tulisan kali ni. ( ^ ^ )


p/s: “Bersederhanalah dalam setiap perkara”. Muslim di ajar begini kan? Kalau kita ikut pada setiap konteks kehidupan kita. Maka, kita takkan berlebihan dalam makan, maka juga kita takkan berlebihan berat badan dan MAKA kita dapat penyakit 3 berangkai. InsyaAllah.

p/s/s: semoga conference ni dapat bagi lebih bayaaaak ilmu.

No comments:

Post a Comment