"An-naml (semut), an-nahl (lebah), al-ankabut (labah-labah)"...
"Al-ba'udoh (nyamuk), al-qummal (kutu)," sambung sahabat saya dari Nigeria.
"What was the insect sent by Allah to destroy Namrud?" tanya pensyarah itu lagi.
"Mosquito."
Pensyarah tersebut menggeleng-gelengkan kepala. Kami jadi buntu. Namrud dan nyamuk, itulah kisah yang acapkali kita dengar sejak kecil lagi, dan kini pensyarah tersebut menafikannya?
"It was myiasis. A diphterous fly laid larvae inside Namrud's ear, and then the larvae migrated to his brain."
Myiasis, satu penyakit di mana larva spesis lalat menjangkiti tisu dalam badan manusia seterusnya membawa kepada pelbagai komplikasi. Myiasis boleh menjangkiti sistem pencernaan, salur kencing, mata, hidung, kulit, dan di dalam kes Namrud, telinga.
Antara spesis lalat yang boleh menyebabkan auditory myiasis ini termasuklah Wohlfahrtia dan Sarcophaga. Setelah lalat ini mengeluarkan larvae ke dalam telinga yang kebiasaannya kotor atau mengandungi cecair seperti nanah dan sebagainya, larvae tersebut akan berpindah masuk ke dalam inner ear (telinga bahagian dalam) seterusnya ke otak manusia.
Hal inilah yang menerangkan simtom-simtom yang dihidapi oleh Namrud, seperti sakit kepala yang amat sehingga dia mengetuk kepalanya sendiri sehingga mati. Cuma perbezaannya di dalam kisah yang selalu kita dengar menyebutkan bahawa, "Seekor nyamuk masuk melalui telinga Namrud dan memakan otak Namrud sedikit demi sedikit."
Maka setelah sekian lama 'disuap' dengan kisah Raja Namrud dan nyamuk, barulah saya tahu bahawa sejenis spesis lalat sebenarnya yang menyebabkan kematian Raja Namrud, bukannya nyamuk.
No comments:
Post a Comment