Tuesday, March 13, 2012
zikir dan fikir.
bismillahirrahmanirrahim.
matlamat yang saya perlu ingat :
Saya mestilah sentiasa mengingati Allah dan sentiasa berzikir menyebut nama Allah. Saya diam tidak bertutur mestilah kerana berfikir dan saya bertutur mestilah kerana berzikir, kerana berzikir mengingati Allah merupakan ubat yang paling mujarab untuk jiwa saya. Zikir juga merupakan satu senjata paling tajam dalam menghadapi serangan zaman, pancaroba hidup dan liku-likunya. Inilah yang diperlukan oleh manusia masa kini.
"Ingatlah, dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang" [Ar-Ra'd:28]
Seorang yang berpegang teguh kepada agamanya tidak akan menghadapi sakit jiwa - Dr Brail
- petikan dari buku "Apa Ertinya Saya Menganut Islam"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment