Dari Abdullah bin 'Amr RodiyAllahu anh, Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Sunday, March 18, 2012

masalah

bismillahirrahmanirrahim.

saya terbaca ini.
dan rasanya ianya kena dengan masalah saya sekarang.
sipi-sipi barangkali
nasihat yang saya cuba akan lakukan.



copy paste

****

Soalan: Kawan baik saya selalu tikam belakang saya, fitnah yang bukan-bukan tentang saya. Depan saya mulut manis pijak semut pun mati. Bila saya tahu hal sebenar, kami bergaduh besar. Dia yang bersalah, dia patut minta maaf. Banyak sangat salah dia sampai saya tengok muka dia pun rasa sakit hati. Kalau boleh, saya nak hantar dia ke Kutub Utara biar dia rasa dinginnya hati saya ni skrg. Tapi, dia kawan saya sejak tadika. Apa perlu saya buat sebenarnya?

-----
Jawapan:

Perkara ini sebenarnya mudah sahaja diatasi:-

1. Amalkan konsep, "Yang berlalu, biarkanlah berlalu. Yang di depan biar baik selalu."

2. Berlapang dada. Lupakan saja kisah dia menyakitkan hati anda, anda terasa, dia bersalah, emo sana sini. Tutup sahaja cerita.

3. Berjumpa. Bersemuka. Kelebihan wanita berbanding lelaki. Wanita bila jumpa kawan wanita dapat peluk dan cium kawan wanitanya. Itulah masanya anda meminta maaf dan jangan harapkan dia melafazkan maaf. Minta maaf bukan untuk apa-apa kesalahan. Cuma hanyalah "minta maaf".

4. Jalinkan kembali persahabatan. Buang sahaja di fikiran, "dia salah, aku tak salah." Letakkan di fikiran, "Persahabatan yang berjarak kemudian putus, bukan sunnah Nabi. Aku nak ikut Sunnah, biar apa orang kata."

5. Berdoalah moga hati sentiasa tenang. Hati tenang dari Allah. Bukan dari mana-mana punca. Bukan dari sahabat. Sahabat yang terbaik tiada masa senang, ada masa kita menangis, di sisi waktu kita susah.

ambil dari sini

p/s: susah kan kalo ada masalah dengan kawan
itu masalah nye kaum perempuan ni, maksudnya saya la tu. huhu
untuk memaafkan, memang mudah
tapi susahnya ya nak lupakan
saya bukan pendendam

padahal saya tahu dia manusia , haruslah tak perfect dan selalu lakukan kesilapan
dan saya juga tak terkecuali
mungkin ini kelemahan saya
saya susah lupakan sesuatu yang once buat saya terasa
saya dah jadi tawar hati

saya jenis susah nak terasa
susah sangaaaat. orang yang kenal saya tahu.
kadang2 saya dipanggil "orang yang takde perasaan"
tapi once dah terasa
susah nak recover
saya harap dia faham
mmg ambil masa, saya cuba bukan tak cuba tapi tak boleh

ingat seronok ke macam ni?
tak.
saya pun tak suka.
saya memang tak suka.

akhir kata, maafkan saya, sahabat.

2 comments: