Dari Abdullah bin 'Amr RodiyAllahu anh, Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Saturday, November 27, 2010

An-Najm~

surah an-Najm

"Adakah manusia tetap akan dapat mencapai segala yang dicita-citakannya? (Tidak!). (24)

Kerana Allah jualah yang menguasai segala urusan akhirat dan urusan dunia. (25)"


tapi, kita perlu berusaha supaya mendapat apa yang terbaik

setelah berusaha

serahkan saje padanya

redhakan apa saje yang terjadi

kerana segala yang terjadi tu pasti ada hikmahnya

yang kadangkala kita sendiri tak nampak

apa-apapun Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya

tarik nafas dan senyum..

apa pun masalah pasti selesai

positif.positif. dan terus positif.

oke.sambung balik surah an-Najm..

Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). (28)


(Kepentingan dunia) itulah sahaja tujuan terakhir dari pengetahuan yang dicapai oleh mereka. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayat petunjuk.(30)

Dan Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; (diciptakan semuanya itu) untuk membalas orang-orang yang berbuat jahat menurut apa yang mereka lakukan dan membalas orang-orang yang berbuat baik dengan balasan yang sebaik-baiknya. (31)

(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Dia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Dia mencipta kamu (berasal) dari tanah dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertakwa. (32)

(Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); (38)

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya; (39)

Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak); (40)

Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna; (41)

Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara); (42)

Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis; (43)

Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang mematikan dan menghidupkan; (44)

Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan. (45)

Dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim); (46)

Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang tetap menghidupkan semula (makhluk-makhluk yang mati); (47)

Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang memberikan (sesiapa yang dikehendakiNya) apa yang diperlukannya dan memberikannya tambahan yang boleh disimpan; (48)

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu (yang tidak terhingga itu) engkau ragu-ragukan (wahai manusia)? (55)

(Al-Quran) ini adalah pemberi amaran di antara jenis-jenis amaran yang telah lalu! (56)

Telah hampir masa datangnya saat yang dekat itu (hari kiamat); (57)

Tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau menghapuskan huru-hara hari kiamat itu. (58)

2 comments:

  1. salam 'alaik

    Banyak pengisian menarik di blog ini. Tahniah! Moga terus istiqamah dalam menulis dan menasihati ummah

    ReplyDelete
  2. wsalam..
    terima kasih =)
    insyaAllah akan sentiasa istiqamah~

    ReplyDelete