bismillahirrahmanirrahim~
"apa khabar iman?"
tolong ajukan soalan ini jika kita berjumpa
bukan ape
sebagai muhasabah
supaya penulis sentiasa sedar
terkadang iman merudum jatuh
dan itu yang kita tak mahu
jadi, tolong ingatkan
andai penulis terleka
al maklumlah, diri ini tersangat lemah
selalu sahaja tersilap langkah
p/s: terasa iman sedang merudum dengan hebatnya. aduh!
=======================
Menurut Imam Al-Ghazali, terdapat beberapa amalan atau aktiviti harian yang patut dibuat oleh setiap muslim..
1.
Yang terlebih afdal,bahawa engkau habiskan waktumu itu dengan
mencari ilmu yang bermanfaat, bukan ilmu yang sia-sia yang sangat diminati orang pada hari ini, yang mereka namakannya ilmu manfaat (bukan ilmu yang bermanfaat).
Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang menambah takut dirimu kepada Allah, dan menambah penglihatanmu kepada 'aib dirimu, dan menambah makrifatmu dalam engkau beribadat kepada Allah, dan menyedikitkan kegemaranmu terhadap dunia, dan menambahkan kegemaranmu kepada negeri akhirat, dan membukakan pintu hatimu untuk mengenali bermacam-macam jenis penyakit amalanmu sehingga engkau dapat menjauhinya.
2.
bahawa engkau tidak berkuasa menghasilkan ilmu yang bermanfaat tetapi engkau berkuasa
berbuat ibadat seperti berzikir, membaca al-Quran, bertasbih dan bersolat.maka, ini adalah darjat orang yang 'abid dan cara hidup orang yang soleh. Dengan cara ini juga engkau dapat tergolong di dalam kumpulan orang yang beruntung.
3.
bahawa engkau
membuat pekerjaan yang dapat memberi kebaikan kepada orang-orang islam dan dapat menggembirakan hati orang-orang yang beriman, atau engkau menolong soleh di dalam pekerjaan mereka seperti berkhidmat kepada para ulama, ahli sufi dan ahli-ahli agama dan berusaha untuk memberi makan kepada fakir miskin atau menziarahi orang sakit atau menghantar jenazah.
Maka semua ini adalah lebih afdal daripada semata-mata ibadat sunat sahaja, kerana amalan yang seperti ini selain sebagai satu ibadat ia juga merupakan pertolongan kepada orang lain.
4.
Jikalau engkau tidak dapat membuat salah satu daripada tiga perkara yang tersebut tadi maka berusahalah untuk
menunaikan hajatmu sendiri dan mencari nafkah untuk dirimu dan keluargamu, sedangkan orang ramai selamat daripada sebarang gangguanmu, dan mereka juga selamat dari bahaya lidah dan tanganmu.Dan agamamu pula selamat, iaitu apabila engkau tidak terlibat dengan sebarang kemaksiatan. Maka dengan itu engkau dapat mencapai darjat Ash-habul Yamin, sekiranya engkau tidak dapat mencapai darjat As-Sabiqin.
(Imam Al-Ghazali,Bidayatul Al-Hidayah, (Terjemahan Abu Ali Al-Banjari An- Nadwi),2008)
No comments:
Post a Comment