3 entry ye harini
al maklum lah tetiba angin kus-kus rajin nak update blog
before ni, memang takde mood,takde idea
malas nak buat entry merepek,jadi blog dibiarkan begitu saje
harini
entah kenapa
rajin pulak
hmmm
sekarang ni apa yang dapat diperhatikan dalam masyarakat di sekeliling kita
semakin ramai yang rajin membaca, suka membaca
tak kira lah baca apa-apa pun
blog, majalah, surat khabar, article, etc.
bagus amalan membaca ni
tak dinafikan
dapat menambah pengetahuan yang sedia ada
(tapi,jangan lupakan bacaan utama kita, al-Quran ya!) =P
alright!
membaca tak salah
tapi tak perlu nak percaya sesuatu yang kita baca tu tanpa kita selidiki kesohihan info tersebut
lebih malang lagi, kita menyebarkannya tanpa kita sedar info yang kita sebarkan itu sebenarnya adalah salah..
kenapa tak boleh?
bukan penulis yang kata
tapi Allah yang berfirman dalam surah Hujuraat, ayat ke 6
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."
[Hujuraat:6]
lagipula, sebenarnya kalau dilihat dengan mata kasar sekalipun
orang yang menyebarkan info yang salah
apa pandangan anda pada orang tersebut??
anda yang tentukan~
tidak perlu rasanya di utarakan di sini
banyak perkara buruk yang bakal berlaku sekiranya ramai dalam kalangan masyarakat yang mempercayai info yang mereka baca tanpa menyelidik kesohihan info tersebut lantas menyebarkan kepada yang lain.
sekadar pandangan.
wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment