Monday, May 3, 2010
kemunculan Kekasih~
bismillahirrahmanirrahim~
arahan: sile dgr lagu yg telah disarankan semasa membaca unt mendapatkan impak yg lebih maksimum ( ^ ^ )V
Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alahi Wassalam adalah nabi pembawa risalah Islam, rasul terakhir penutup rangkaian nabi-nabi dan rasul-rasul Allah Subhanahu Wa Ta’ala di muka bumi. Rasulullah merupakan salah seorang daripada 5 orang rasul yang dipilih Allah Subhanahu Wa Ta ‘ala sebagai Ulul Azmi iaitu mereka yang mempunyai keteguhan hati hati (QS. 46: 35). Keempat rasul lainnya dalam golongan Ulul Azmi tersebut ialah Ibrahim Alaihissalam, Musa Alaihissalam, Isa Alaihissalam, dan Nuh Alaihissalam.
Kelahiran Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassalam
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersal dari keturunan Bani Hasyim iaitu sebuah kabilah yang paling mulia dalam suku Quraisy yang mendominasi masyarakat Arab. . Ayahnya bernama Abdullah Muttalib, ketua suku Quraisy yang berpengaruh. Ibunya bernama Aminah binti Wahab dari Bani Zuhrah. Samada dari keturunan ibu mahupun bapanya, salasilah keturunan Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam sampai kepada Nabi Ibrahim Alaihissalam dan Nabi Ismail Alaihissalam.
Tahun kelahiran Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassalam dikenal dengan nama Tahun Gajah, kerana pada tahun itu terjadi peristiwa besar, iaitu datangnya pasukan bergajah menyerbu Mekah dengan tujuan untuk menghancurkan Ka’bah. Pasukan bergajah itu dipimpin oleh Abrahah, iaitu gabenor Kerajaan Habsyi di Yaman yang ingin mengambil alih kota Mekah dan Ka’bahnya sebagai pusat perekonomian dan peribadatan bangsa Arab. Hal yang sama juga turut diingini oleh Kaisar Negus dari Ethiopia, yang bersama-sama dengan Kaisar Byzantium menghadapi musuh dari timur, yaitu Persia (Iraq). Dalam penyerangan Ka’bah itu, tentara Abrahah hancur kerana diserang penyakit membawa maut yang dibawa oleh burung Ababil yang melempari tentara gajah. Abrahah sendiri lari kembali ke Yaman dan tak lama kemudian meninggal dunia.
Peristiwa ini dikisahkan dalam Al-Qur’an surah Al-Fil: 1-5.
Beberapa bulan setelah penyerbuan tentera bergajah, Aminah melahirkan seorang bayi lelaki, yang diberi nama Muhammad yang lahir pada malam menjelang dini hari Isnin, 12 Rabiul Awal Tahun Gajah, bertepatan dengan 20 April 570 M. Saat itu jugalah ayah Muhammad, Abdullah, telah meninggal dunia.
Nama Muhammad diberikan oleh datuknya, Abdul Muttalib. Nama itu agak ganjil di kalangan orang-orang Quraisy pada masa itu, oleh itu mereka berkata kepada Abdul Muttalib, “Sungguh di luar kebiasaan, keluarga Tuan begitu besar, tetapi tak satu pun yang bernama demikian.” Abdul Muttalib menjawab, “Saya mengerti. Dia memang berbeza dari yang lain. Dengan nama ini saya ingin agar seluruh dunia memujinya.”
Masa pengasuhan Halimah binti Abi Du’aib as-Sa’diyah
Menjadi suatu kebiasaan di Mekah, anak yang baru lahir akan diasuh dan disusui oleh wanita desa dengan supaya dia dapat membesar dalam pergaulan masyarakat yang baik dan udara yang lebih segar. Saat Muhammad lahir, ibu-ibu dari desa Sa’ad datang ke Mekah menghubungi keluarga-keluarga yang ingin menyusui anaknya. Desa Sa’ad terletak kira-kira 60 km dari Mekah, dekat kota Ta’if, suatu wilayah pergunungan yang sangat baik udaranya.
Di antara ramai ibu susuan tersebut,terdapat seorang wanita bernama Halimah binti Abu Du’aib as Sa’diyah. Keluarga Halimah merupakan keluarga yang miskin, oleh kerana itu dia agak ragu-ragu untuk mengasuh Muhammad karena keluarga Aminah sendiri juga tidak terlalu kaya. Akan tetapi entah mengapa bayi yang bernama Muhammad itu sangat menarik hatinya, sehingga akhirnya Halimah pun mengambil Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam sebagai anak asuhannya.
Ternyata kehadiran Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam membawa berkah pada keluarga Halimah. Dikisahkan bahawa kambing pemeliharaan Haris, iaitu suami Halimah, menjadi gemuk-gemuk dan menghasilkan susu yang lebih banyak dari biasanya. Rumput tempat menggembala kambing itu juga tumbuh begitu subur. Kehidupan keluarga Halimah yang dulunya suram berubah menjadi bahagia dan penuh kedamaian. Mereka yakin sekali bahawa bayi dari Mekah yang mereka asuh itulah yang membawa berkah bagi kehidupan mereka.
takat ni je dulu ekk.. lain2 sambung nnt~

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment