Dari Abdullah bin 'Amr RodiyAllahu anh, Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Monday, October 31, 2011

s.e.t.i.a.k.a.w.a.n.

bismillahirrahmanirrahim~

seperti huruf-huruf yang tersusun ini, begitulah dia setiakawan

S.E.T.I.A.K.A.W.A.N.

andai satu huruf curang dan lari pada asalnya, tidak wujud 'setiakawan' itu
begitu lah juga jika diaplikasikan dalam hidup kita
'setiakawan' yang ada dalam diri setiap kita mengikut corak yang dibina oleh hati.
ya, hati kan ketua bagi semua pergerakan badan kita.
jika baik hati, baiklah. jika tidak, maka cacatlah perbuatan. nauzubillah. mintak dijauhkan..
namun, setiap manusia itu tidak pernah lari dari kesilapan. kesilapan yang mungkin bagi diri kita kecil saja tapi mana tahu meninggalkan parut pada orang lain.
ya. aku dah melalut di sini (huuuu)

kembali pada topik asal. nilai setiakawan.
bagi aku, sebagai sahabat kita sering mengingati sahabat
tatkala gembira mahupun duka.
sahabat yang paling rapat itu yang paling kita ingat.
ya, kegembiraan dan kesedihan yang dikongsi.

tapi, bagaimana sekiranya sahabat itu berpaling?
tawar!
hambar semua!

sakit hati?
siapa kita untuk sakit hati pada seorang sahabat?
aku tak layak. untuk mengadili orang, menilai jahat baiknya dia terhadap aku.

::::diam::::
bagi aku itu penyelesaian terbaik
diam bukan melarikan diri
tapi takut syaitan mengawal diri
sayangkan sahabat
aku tak mahu ikatan terputus di tengah jalan.



No comments:

Post a Comment