Wednesday, October 19, 2011
kaitan perkembangan otak dan makanan (fe)
nak tahu?
kalau kanak2 kekurangan zat besi (Fe) boleh mengganggu fungsi kognitif anak tersebut!
betul. tak tipu. lecturer saya, Prof Norimah ada membuat kajian tentang kaitan anemia dan fungi kognitif dan ternyata memang ada kaitan!
oh. apa itu fungsi kognitif?
fungsi kognitif adalah proses pemikiran/ secara mental memproses maklumat (imej,konsep, perkataan, undang2 dan simbol).
dan ibu2 seharusnya aware dengan pengambilan makanan anaknya
bahkan sebelum pregnant lagi ibu harus menjaga pemakanan. bukan bila dah tahu pregnant baru nak jaga pemakanan. itu terlambat juga lah. seharusnya BEFORE.
Fe sebenarnya digunakan oleh sel otak untuk fungsi normal otak. Jika kekurangan semasa kanak2 akan membawa kesan jangkamasa panjang. Sebenarnya, beberapa struktur dalam otak nih mempunyai kandungan Fe yang tinggi. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, 10% kandungan di dalam otak bayi adalah Fe dan apabila kanak-kanak berusia 10 tahun, separuh daripada kandungan Fe terdapat di dalam otak. Pada usia 20-30 tahun seperti saya ni sepatutnya Fe dalam otak telah mencapai jumlah yg optimum.
Kajian yang saya nyatakan di atas tadi menunjukkan bahawa kekurangan Fe boleh memberi kesan seperti
# gangguan pencapaian kognitif
# gangguan memori
# gangguan pembelajaran
# masalah dalam penumpuan (attention)
so, kesimpulannya, kalau nak anak yang bijak insyaAllah. kayakan makanan anda dengan Fe.
tapi, apa sumber makanan yang kaya dengan Fe?
nah. sini ada beberapa list makanan yang kaya Fe.
* kurma/ buah tamar
* organ seperti hati (namun ini tak digalakkan. kan makan organ tu tak eloks)= walaupun inilah sumber yang terkaya sekali
*sayuran hijau ; bayam terutamanya
* ikan bilis
* serbuk kari
* oat
* apricot
* hazelnut, almonds
* soya beans
* daging pun oke jugak
* kerang
* udang
* brocolli
* kismis
dan sebenarnya banyak lagi. macam pelik bila sebenarnya ada kanak2 yang kurang Fe ni. sebenarnya, mungkin kanak2 tu terlalu memilih makanan. ini tanak, itu tanak. kat sini ibu yang berperanan, sepatutnya ajar anak2 makan makanan sihat terutamanya sayur.
bukan apa, melalui pemerhatian saya, terlalu banyak kanak2 yang tak makan sayur dan ibu dia macam turutkan saje! tu yang rasa nak marah! haih. kalau sayang anak pun berpada-pada la.. bukan apa, makan sayur kan untuk kebaikan.. ajar sejak kecil anak2 tu suka makan sayur. nanti sampai besar suka la budak tu makan sayur.
beruntung saya mak saya memang ajar kami adik beradik makan sayur sejak kecil. tips yang mak saya bagi:
- blander nasi dengan sayur untuk baby. biarkan campuran tu berwarna hijau. bagi anak2 makan. dan psiko budak tu, cakap "eemmmm..sedapnya"... walaupun tak menariks langsung! hoho
- selalu galakkan anak makan sayur dan cakap perkataan yg sama "sedaaap, rugi tau kalau tak makan"
- dan makan semeja dengan anak2.. ibu bapa pun kena la makan sayur juga. tunjuk contoh yang baik untuk anak2. nanti bila dia tengok mak ayah dia makan sayur tu macam sedap je, dia pun makan jugak
*menurut mak saya, tak perlu manjakan anak bukan2 hala. bila dia tanak makan sayur, sesetengah ibu macam siap tolong anak dia ketepikan sayur dari makanan. apekah?
nanti kesan buruknya, pada anak kesayangan jugak kan..
melentur buluh biarlah dari rebungnnya. tak gitu? hoho~
tapi kalau anak tu picky eater jugak, pastikan dia makan beberapa jenis sayur dan buah. jangan tak makan langsung. saya pun picky eater tapi saya makan jugak sayur dan buah. cuma ada beberapa sayur dan buah yang saya elak demi menjaga kesihatan sbg pesakit asthma dan ada yang saya tak ambil atas faktor lain. hehe.
ehem. ini percubaan untuk menjadi seorang nutrinionist. mungkin, insyaAllah..heee~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment