Dari Abdullah bin 'Amr RodiyAllahu anh, Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Monday, April 4, 2011

makan durian dan ambil iktibar~

bismillahirrahmanirrahim~


Durian. Durian. Durian.

Musim durian sekarang ni. Perasan tak??

D27,d24-durian kawen,durian 5jari,durian remang,durian tembaga,durian kucing tido,durian susu,durian mangkor (erkkk!)

Tambah2 pulak kat Perak ni.. woooh..

Setiap pelosok ada saje orang jual durian.

Selang dua hari, mesti ada durian kat rumah ni.

Habes peti es berbau durian.. wuwuwu

Kene beli charcoal banyak2.

Tapi. Durian sedaaaaap.

sebelum dapat merasai nikmat kelazaatan durian yang tak terhingga sehingga menjillat jari tu

Terpaksa bertungkus-lumus membuka kulit durian

Ada yang senang je nak bukak

Ada yang susah gileeex!

belah durian pun kene ada skill.. =P

Tapi selalunya yang susah tu yang tersedaap

Jadi sebenarnya durian ni mengajar kita beberapa pengajaran

Berusaha sebelum mendapat merasai nikmat nye.

Makin kita susah berusaha, makin nikmat hasilnya.

Walaupun kadang2 isinya tak sedap, pahit la, masam la.. sangat jarang sekali orang membuang isi yang tak sedap itu kerana kita boleh membuat tempoyak dengan isi tersebut. Dengan itu, nanti terhasil lah sambal tempoyak yang dimakan bersama gulai tempoyak ikan patin. Atau pun bubur durian yang boleh dimakan bersama pulut! Hmmmppppp.. mantap sekali rasanya! =P

Ini bermakna, walaupun kadang2 usaha yang kita dah lakukan tak mendatangkan hasil seperti yang kita kehendaki, mungkin ada jalan penyelesaian untuk kita mendpatkan hasil yang lebih baik sebelum kita terus menerus berputus asa.

Yang tak tolong bukak kan durian pula, kene banyak2 bersabar menunggu sampai durian tu dibuka oleh abah..( macam aku jek kan..huhu)

Lagi? Mungkin tolong menolong. Kita akan sama2 berusaha bukak kulit durian dan makan beramai2. Tiada sellfish di sini. Walaupun kadang2 sorang je yang bukak durian, isinya pasti dikongsi bersama2 orang di sekitarnya.

Lagi? Mungkin jangan tamak haloba dan berlebih2 dalam sesuatu perkara. Durian sebenarnya dapat memberi effect pada suhu badan kita di mana dia boleh meningkatkan suhu badan kita. Akibat makan durian terlalu banyak boleh menyebabkan kita demam. Jadi, dia mengajar kita supaya bersederhana semasa makan dan berkongsi bersama orang lain.

Waah. Durian dah dibuka oleh abah penulis.

Oke. Nak makan durian XD

Sedikit tips: lepas makan durian, minum sikit oren sunquick yang pekat (lebih kurang 1 satu camca teh ) untuk elakkan sakit tekak. Setakat ni tips ni agak Berjaya bagi keluarga penulis. J

p/s: kenapa durian ni raja segala buah yep?? Hmmm~

p/s/s: gambar semua dari google. Tak sempat nak amik gambar, tinggal biji je! Huhu

p/s/s/s: makan durian di musim durian. Perkara biasa. Makan rambutan di musim durian. Ini luar biasa!

No comments:

Post a Comment