Dari Abdullah bin 'Amr RodiyAllahu anh, Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Saturday, April 2, 2011

Ainul Mardhiah


bismillahirrahmanirrahim.


Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada'
Itulah janji pencipta yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati

Oh Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kekasih


Suatu petang, Rasullullah pun pergi menaikkan semangat pemuda2 islam untuk berjuang di jalan Allah. Baginda menceritakan tentang ganjaran sekiranya syahid di jalan Allah iaitu akan diberi Allah bidadari yang tercantik di dalam syurga, yang diberi nama Ainul Mardhiah. Di dalam ramai2 pemuda yang ada di situ, ada seorang pemuda yang begitu tertarik dengan kisah Ainul Mardhiah yang telah diceritakan Rasulullah. Pemuda ini sebenarnya ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang Ainul Mardhiah, tetapi, dia merasa malu untuk bertanya kepada Rasulullah. Akhirnya, dia hanya memberikan namanya untuk berperang tanpa bertanya tentang hal Ainul Mardhiah tadi.

Menjadi sunnah Rasullullah untuk tidur sebentar sebelum waktu Zuhur. Pemuda ini juga turut tidur bersama sebelum masuknya waktu Zuhur. Mimpinya kali ini sangat istimewa. Pemuda ini bermimpi dia berada di tempat yang sangat cantik, lantas dia bertanya kepada seorang pemuda yang lain di mana dia berada. Pemuda itu menjawab bahawa dia berada di dalam syurga. Pemuda itu pun bertanya di mana dia boleh melihat Ainul Mardhiah, lantas pemuda yang seorang lagi menunjukkan arah kemana pemuda itu harus pergi untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah, iaitu ke arah mahligai.

Dalam perjalanan pemuda itu untuk ke mahligai, dia berjumpa dengan seorang gadis. Sungguh cantik sekali rupanya. Tidak pernah pemuda itu melihat gadis secantik itu di dunia. Kecantikkannya berganda-ganda cantiknya. Lantas, pemuda itu bertanya, "Adakah anda Ainul Mardhiah?". Jawab gadis tadi "Bukan, saya hanya khadamnya, Ainul Madhiah ada di sana."

Pemuda tadi pun meneruskan perjalanannya. Sehingga di suatu ketika, dia berjumpa lagi dengan seorang gadis. Gadis kedua ini lebih berganda-ganda cantiknya berbanding dengan gadis pertama yang dijumpainya tadi. Lantas, pemuda itu pun bertanya "Adakah anda Ainul Mardhiah?". Jawab gadis itu, "Bukan, saya khadamnya.Ainul Mardhiah ada di atas mahligai."

Pemuda tadi pun meneruskan perjalannya sehingga berjumpa lagi dengan seorang gadis. Kali ini, gadis yang dijumpainya sangat cantik. Sehingga tiada tandingannya. Berganda2 lebih cantik dari gadis pertama dan kedua yang dijumpainya itu. Lantas gadis itu pun berkata "Saya lah Ainul Mardhiah. Saya diciptakan untuk anda." Pemuda itu pun mendekati Ainul Mardhiah lantas dia berkata " Tunggu, anda belum syahid lagi".

Seketika, pemuda itu pun terus terbangun dari tidurnya. Dia menceritakan mimpinya itu kepada seorang sahabatnya. Namun begitu, dia meminta sahabatnya itu supaya merahsiakan mimpinya itu kepada sesiapa pun. Pemuda itu hanya membenarkan sahabatnya bercerita tentang mimpinya itu kepada Rasulullah sekiranya dia syahid.

Ditakdirkan, keesokan harinya, pemuda itu syahid di jalan Allah. Lantas, sahabatnya menceritakan hal mimpinya itu kepada Rasulullah semasa sedang berbuka puasa. Sepanjang penceritaan itu, Rasulullah hanya berkata "benar..benar..benar.." Sabda Rasullullah lagi "benar apa yang di mimpikan oleh sahabatmu itu, sekarang dia sedang berbuka puasa di syurga.."

SubhanAllah.
itulah setiap kebaikan itu pasti akan mendapat ganjaran dari Allah.
dan setiap kejahatan walaupun sebesar zarah, pasti mendapat balasan.

kisah ini diceritakan oleh salah seorang adik penulis sebagai pengisian selepas solat maghrib semalam :)


“Barang siapa yang membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya...” (QS Al-An'am: 160)


No comments:

Post a Comment