Dari Abdullah bin 'Amr RodiyAllahu anh, Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Monday, May 31, 2010

doakan saudara kita!!!!

PEMBUNUHAN TERBUKA DI LAUT LEPAS
Dunia Menjadi Saksi Atas Kekejaman Dan Sikap Keganasan Israel Di Perairan Antarabangsa Laut Mediterranean
KUALA LUMPUR, Mei 31 – PERBUATAN jijik dan amat memalukan yang dilakukan oleh rejim Israel pada hari ini dengan mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu.
HALUAN Malaysia selaku ketua NGO delegasi Malaysia ke LL4G dengan ini mengajak seluruh lapisan masyarakat, tidak kira kaum ataupun agama, agar segera mengutuk dan mencela Israel atas sikap kurang ajar mereka ke atas pelayaran damai (Freedom Flotilla) yang membawa barangan keperluan hidup harian kepada penduduk Gaza yang semakin terhimpit dek tekanan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan oleh rejim Israel di bawah pemimpin-pemimpin mereka yang mendapat dokongan kuat Amerika Syarikat dan Britain.
“Kami ingin menegaskan bahawa penindasan Israel ke atas rakyat Palestin dan kini pembunuhan terbuka di atas kapal penumpang “MV Mavi Marmara” dengan penggunaan peluru hidup ke atas penumpang yang sedang tidur telah menzahirkan sikap ganas Israel yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan mahupun undang-undang maritim antarabangsa yang menegaskan bahawa tiada suatu negara pun berhak bertindak sewenang-wenangnya di perairan antarabangsa. Jelaslah Israel telah bertindak ala samseng dunia. Kini satu dunia mengutuk Israel dan konco-konconya,” tegas Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman, Presiden HALUAN Malaysia.
“Kami ingin menegaskan bahawa seluruh penduduk dunia yang diwakili oleh para sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dari lebih 50 buah negara yang berada di atas kapal tersebut itu, mengutuk sikap Apartheid yang ditunjukkan Israel itu sebagai satu tindakan yang amat kejam. Israel telah sedar bahawa modus operandinya selama ini untuk decimate ataupun meluluhkan bilangan rakyat sah warga Palestin daripada tanah tumpah darah mereka sendiri sebagai suatu tindakan bangsa yang bangkrap adab, akhlak, idea dan tamadun. Israel sudah tahu bahawa sudah ada gerakan antarabangsa yang kini sedang menjadi arus penentangan ke atas polisi luarnya yang amat menindas dan amat tidak berperikemanusiaan. Dakwaan mereka sebagai negara “underdog” yang dikepungi negara-negara Islam sudahpun lapuk dan kini Israel mahu mempamerkan yang ia mampu berlagak samseng di mata dunia untuk melangsungkan agenda kejinya itu. Ketahuilah, bahawa warga dunia tidak akan berpeluk tubuh terhadap sikap Apartheid Israel itu. Dunia TIDAK akan memaafkan Israel,” ujarnya lagi.
Pada bulan April yang lepas, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman menegaskan di dalam suatu sidang akhbar bahawa penglibatan HALUAN di dalam misi LL4G ini adalah untuk “expose to the public the crimes which is being inflicted by the Zionist Israel regime and its allies upon the citizens of Gaza and the Palestinian Nation as a whole”. Kini, buktinya telahpun jelas lagi nyata.
Rejim Israel mengisytiharkan bahawa permusuhan mereka bukan hanya kepada orang Islam tetapi semua bangsa dan agama yang menentang agenda zionisnya. Sebab itulah tanpa rasa malu mereka telah memusnahkan masjid, gereja, hospital, sekolah, universiti, kompleks pentadbiran, stesen janakuasa elektrik, tadahan air minuman dan semua yang diperlukan untuk kelangsungan hidup.
Rejim ganas ini PERLU disekat oleh kita semua, rakyat Malaysia.
HALUAN dengan ini menegaskan bahawa kami melalui gabungan semua NGO dan badan-badan lain yang menentang sikap degil dan kejam Zionis Israel akan “Bersatu Untuk Palestin”. Kami menyeru semua lapisan rakyat Malaysia agar menulis surat atau emel kepada Duta Besar Amerika, Britain dan Mesir di Malaysia untuk menyatakan solidariti kita menentang sikap mereka yang menyokong bangsa dan negara Israel yang terang-terangan amat keji itu.
Akhirnya kami memohon dan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya berdoa dan bermunajat kepada Allah agar menyelamatkan semua sukarelawan yang menyertai LL4G dan menghancurkan Israel laknatullah.
sumber:di sini

Our hearts and prayers are with them~

bismillahirrahmanirrahim~
lagi kisah kekejaman yahudi laknatullah..
tak cukup dgn menyeksa rakyat palestin, bantuan disekat malah turut menyerang kapal bantuan ke gaza..
*******************************

ISTANBUL, 31 Mei — Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam serangan terbaru tentera laut Israel terhadap konvoi kapal yang dalam perjalanan ke Gaza hari ini.

Sumber memberitahu angka kematian kemungkinan antara 14 dan 16 orang.

Rakyat Malaysia yang menyertai misi membantu rakyat Palestin juga dikatakan berada dalam konvoi itu.

Bagaimanapun tidak pasti sama ada ada yang cedera dalam kejadian itu.

Saluran televisyen Israel, Channel 10 dan CNN melaporkan konvoi enam kapal yang membawa bekalan bantuan untuk rakyat Palestin dengan diketuai oleh kapal Turki bersama 600 orang penumpang diserang ketika meneruskan perjalanan ke Gaza tanpa mempedulikan halangan dan amaran rejim Yahudi semalam.

Dalam pada itu Turki dengan keras protes tindakan ketenteraan Israel tersebut.

“Tindakan ini tidak boleh diterima... Israel perlu berhadapan dengan kes tindakan ini,” demikian menurut Kementerian Luar Turki.

Justeru, Ankara telah memanggil duta Israel untuk menyatakan bantahan secara rasmi.

Sementara itu, Menteri Perdagangan dan Industri Israel Binyamin Ben-Eliezer memberitahu Army Radio negara itu bahawa beliau kesal dengan kejadian tersebut.

“Saya hanya boleh mengatakan kesal dengan kejadian ini,” kata beliau.

*****************************************

mari sama2 kita mmbaca qunut nazilah

bismillahirrahmanirrahim~

Maksudnya “ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan
Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari
Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami
memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak
mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka
kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami
bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas,
kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana
azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah
segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara
kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka
kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah
Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami
dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya
melainkan Engkau, ya Allah.”

Saturday, May 29, 2010

hakikat bahagia~



bahagia itu satu ketenangan
bukankah Tuhan telah berfirman
"ketahuilah dgn mengingati Allah jiwa kan menjadi tenang"

alam yg kita lalui~

bismillahirrahmanirrahim~
article ni di emel oleh seorg sahabat unt dkongsi bersama..
buat renungan kita bersama..
terima kasih buat sahabat tsebut

***********************************************
Segala puji bagi Allah S.W.T yang mana telah mencipta bumi dan langit, bumi itu pula berlapis, dan langit itu bertingkat walaupun kita tidak dapat lihat dengan mata kasar.. Begitu juga dengan manusia yang hidupnya itu akan melalui alam-alam, yang bermula dengan penciptaan datuk moyang kita Nabi Adam A.s hingga ke alam barzakh sebelum kita ke alam yang abadi iaitu kekal di Syurga.

berapa alam yg akan kita lalui sebenarnya??


Alam yang pertama


1. Alam yang kita lalui di sulbi ayah.
2. Kemudian berpindah ke dalam Rahim ibu.


“Dan ketika Tuhan kamu menjadikan keturunan Adam dari punggungnya, dan Tuhan mengambil kesaksian dari mereka dengan berkata: Bukankah Aku ini Tuhan kamu? Mereka berkata: Bahkan! Kami menjadi saksi, bahwa kamu nanti di Hari Kiamat tiada dapat mengatakan, bahwa kami ini lalai dari perkara itu”(Surah Al-A’raaf ayat 172)

Jelaslah di ayat ini, yang mana Allah S.W.T telah menyatakan kisah Hari Mitsaaq (hari perjanjian) yang mana kita zuriat Nabi Adam A.s telah pun berjanji untuk mengakui keesaan dan ketuhanan Allah S.W.T

Alam yang manusia akan telah pun lalui di alam yang mana masanya sejak Allah Ta’ala mencipta Adam A.s dan membekalkan zuriat di tulang punggungnya yang penuh keberkatan.


Alam yang kedua


Alam yang kita menjalani hidup di dunia.
Ibnul Jawzi telah membahagikan peringkat-peringkat umur itu kepada lima kategori:

1. Masa kanak-kanak: iaitu dari peringkat umur bayi hingga seseorang itu mencapai umur lima belas tahun.

2. Masa muda: iaitu dari peringkat umur lima belas tahun (15), hingga umur tiga puluh lima tahun (35).

3. Masa dewasa: iaitu dari peringkat umur 35 tahun, hingga 50 tahun.

4. Masa tua: iaitu dari peringkat umur 50 tahun hingga umur 70tahun.

5. Masa tua Bangka, iaitu dari peringkat umur 70 tahun hinggalah ke akhir umur yang dikurniakan Tuhan.

Mengapakah para Ulama telah membahagikan umur-umur manusia hingga sedemikan peringkat? Apa yang kita sebagai manusia -lebih lebih lagi umat Islam dapat mempelajari dari pembahagian ini?

Kerana di alam yang kedua inilah alam yang tidak kekal alam yang manusia diminta untuk beramal dan diuji, amalan kita di ambil kira dihisab, oleh itu, maka elok kita mengenal pasti peringkat mana yang harus kita mula mendidik dan anak-anak kita mula beramal. Bukan kah Nabi Muhammad S.A.W telah memesan umat Islam:

“Kedua kaki anak Adam itu akan tetap berdiri di hadapan Tuhannya pada Hari Kiamat, sehingga selesai ditanya tentang empat perkara”

1. Tentang umurnya, untuk apa dihabiskan.
2. Tentang masa mudanya, untuk apa dipergunakan.
3. Tentang hartanya, dari mana diperolehi dan untuk apa dibelanjakan.
4. Tentang ilmunya, apa yang sudah dibuat dengannya.


Alam yang ketiga


Di alam Barzakh, ketika kita di kubur.

Bermulanya dari masa manusia keluar dari dunia ini dengan menempuhi mati hinggalah ia dibangkitkan dari kubur.

Siksaan kubur

Siksaan Kubur adalah HAK iaitu benar, sepertimana Rasulullah s.a.w pernah berpesan. Dan beliau telah mengkhabar pada umatnya, “Kebanyakan siksa kubur disebabkan tiada memelihara diri dari kencing.”

Nabi juga berpesan supaya kita memohon pada Allah Ta’ala supaya dihindarkan dari siksaan kubur. Alam yang Allah S.W.T telah nyatakan dalam firmannya:

“Dan di hadapan mereka terdapat Barzakh, hinggalah ke hari mereka dibangkitkan.”(Al-Mu’minun: 100)

Di alam ini, walau jasad musnah kecuali para wali-wali Allah S.W.T ditelan bumi dek zaman, tetapi roh manusia itu kekal di alam Barzakh. Di alam yang mana manusia lalui antara alam Dunia dan alam Akhirat di masa antara dua tiupan.

Alam yang keempat

Di Padang Mahsyar

Bermulanya daripada kebangkitan manusia dari kuburnya untuk menerima pengadilan Tuhan, sehinggalah kepada masuknya ahli syurga ke syurga, dan masuknya ahli neraka ke dalam neraka.

“ Dan ditiupkanlah pada sangkakala, maka mereka pun bangun dari kubur masing-masing, lalu datang kepada Tuhan mereka dengan berbondong-bondong.”(Yassin:51)

Mizan (Amalan ditimbang)

Di alam ini, umat manusia akan melalui saat genting, mereka akan menuju ke padang Mahsyar supaya amalan mereka dihitung oleh Allah S.W.T, bahkan amalan mereka akan di timbang, sebagaimana firman Allah Taa’la:

“ Dan neraca pada hari itu tepat, maka barangsiapa yang berat timbangannya (kebaikan), niscayalah mereka itu menjadi orang-orangyang beruntung. Dan barang siapa yang ringan timbangannya, niscayalah mereka itu adalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, disebabkan mereka tiada mempercayai keterangan-keterang an Kami.” (Al-A’raf:8-9)

Di titian Shirath

Setelah itu manusia akan melalui Shirath (jambatan), yang mana ianya dipasang di atas muka jahannam, seperti diriwayatkan, Shirath itu lebih tajam dari pedang dan lebih halus dari rambut, tatkala itu manusia akan melaluinya menurut kadar amalan masing-masing.

a. Ada yang umpama kilat ketika melintasi titian Shirath. Ada yang umpama angin. Ada yang seperti burung atau kuda.
b. Begitu juga ada yang merangkak dan ada yang dijilat api, dan yang ada terjerumus ke gaung nereka.

Di telaga Nabi Muhammad S.a.w (Haudh)

Setelah terlepas dari titian Shirath, tatkala itu umat manusia yang beriman akan menghampiri Haudh (telaga) Rasulullah S.a.w dan sekali teguk saja segala haus dan dahaga akan hilang. –Supaya Allah mengurniakan pada kita seteguk dari cawan Rasulullah S.a.w- Air dari Haudh itu lebih putih dari susu, lebih manis dari madu.

Pesanan Rasulullah S.a.w

“Siapa yang melepaskan dari seorang Muslim satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, niscaya Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan Hari Kiamat. Siapa yang menutup rahsia (keburukan) seorang Muslim, niscaya Allah akan menutup rahsianya di dunia dan akhirat.”

Dan marilah kita hayati kata mutiara dari Rasulullah S.a.w sebagai pedoman untuk kita tempuhi alam yang keempat ini, dan kita mengharapkan Syafaat dari Baginda S.a.w disaat itu sepertimana kita mengharapkan Syafaat serta Wasilah. Beliau setiap kali kita membaca Doa azan, “Wahai Tuhanku yang mempunyai seruan yang sempurna ini dan sembahyang yang akan didirikan ini, berikanlah dengan limpahan kurniaMu kepada Muhammad Wasilah(kedudukan yang paling tinggi dalam syurga) dan keutamaan serta limpahkanlah kepadanya Maqam yang terpuji yang Engkau telah janjikan baginya.”


Alam yang Kelima


Di negeri Abadi (Syurga dan Neraka)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Di alam ini, adalah masa kemasukan ahli neraka dan kemasukan ahli syurga ke syuga buat selama-lamanya yang tiada hujung dan penghabisannya.

Bukankah Nabi Muhammad S.a.w diutuskan untuk membawa rahmat untuk alam-alam, namun begitu ada yang telah mengingkari risalah yang diutuskan oleh Allah S.w.t. Maka balasan buat oleh yang telah mendustakan Nabi dan tidak beriman, maka balasan mereka seperti tertera dalam Al-Quran:

“ Maka Aku memperingatkan kamu akan api yang bernyala. Tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang jahat. Yang mendustakan (kebenaran) dan yang membelakangkan.”(Al-Lail: 14-16)

Telah Allah ciptakan neraka itu dengan mempunyai tujuh pintu. Sebagaimanayang tersebut di dalam Al-Quran:
“Neraka itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu daripadanya ada bahagian yang sudah ditentukan."

Nama-nama pintu dan tingkat neraka:

1. Jahannam
2. Saqar
3.Lazha
4.Huthamah
5. Sa’iir
6.Jahim
7. Hawiyah


Semua lapisan neraka yang tujuh itu telah diasak dengan berbagai-bagai penyiksaan yang berat, hukuman yang dahsyat serta penghinaan yang terkeji. Kami memohon Allah Ta’ala, agar Dia melindungi kami sekalian dari siksaan api neraka dan melindungi datuk-nenek kita, kekasih-kekasih kita dan semua kaum Muslimin.

Syurga buat mukmin

Alam syurga yang mana telah dijanjikan buat orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Bukankah Allah S.w.t telah mengkhabarkan kepada kita : “ Dan pimpinlah orang-orang yang bertaqwa (memenuhi kewajiban) ke dalam syurga berbondong-bondong, sehingga apabila mereka mendatanginya, dibukakan pintu-pintunya, dan penjaga-penjaganya berkata: Selamat sejahtera untuk kamu! Kamu telah melakukan yang baik, maka masuklah kamu ke dalamnya buat selama-lamanya.” (Az-Zumar:73)

Syurga yang mana Nabi Muhammad S.a.w penah bersabda: “ Berfirman Allah Ta’ala: Aku sediakan untuk hamba-hambaKu yang saleh sesuatu yang tiada pernah:

a.dilihat oleh mata.
b. didengar oleh telinga
c. tiada telintas di hati sesiapa pun.

Nikmat-nikmat di syurga:

Bayangkan, segala nikmat yang berlaku didunia ini, tiada bandingannya di Syurga, yang penuh dengan nikmat-nikmat yang hebat diantaranya:

1. Mereka ahli syurga: bersandar di atas permaidani yang sebelah dalamnya diperbuat dari sutera.
2. Ada gadis-gadis sopan santun, belum pernah disinggung oleh manusia dan jin, dan mereka itu bagaikan permata delima dan mutiara.
3. di syurga An-Naim: ada sofa yang bertatahkan emas dan batu permata.
4. Mereka tiada merasa pening kepala atau mabuk.
5. Bidadari-bidadari yang bemata bulat jelita.
6. Tiada matahari yang berhawa panas dan bulan yang berhawa dingin.
7. Air mata Salsabil.
8. Mereka memakai pakaian dari sutera halus.


Nikmat yang besar selepas masuk ke syurga:

Melihat Allah S.w.t

Syurga-syurga yang sediakan ini, ada lapan pintu, dan ianya berbeza dari satu yang lain dan antara satu darjat dengan darjat yang lain sama seperti antara langit dan bumi.Darjat yang paling tinggi ialah Syurga FIRDAUS yang mana diatas nya terletak Arasy Allah S.w.t dan orang-orang beriman tatkala itu dilimpahi berbilang-bilang nikmat, sehingga ditanya pada mereka: Apakah ada sesuatu yang lain yang kamu mahukan Aku tambahkan? Mereka menjawab:

a. bukankah Engkau telah memasukkan kami syurga
b. dan menyelamatkan kami dari api neraka?

Kemudian Hijab pun terangkat. Maka pada ketika itu, tiada sesuatu yang diberikan kepada kamu lebih utama daripada nikmat melihat kepada Wajah Tuhan Azzawajalla.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Petikan dari buku: Peringatan Tentang Umur Insan oleh Imam Habib Abdullah Haddad
Terjemahan: Syed Ahmad Semait/Email oleh : mohd naim mohd zain

Friday, May 28, 2010

diet unt pesakit tuberculosis (tb)

bismillahirrahmanirrahim~



kali ni kte bincang ttg pemakanan bg pesakit tb aka tuberculosis

bg menjawab pertanyaan seorg akak yg mana maknya mengidap penyakit tb semalam (sorry kak xleh jawab smlm sbb mende ni kami x study lg..hu hu)
makanya, balik mlm smlm ak pun mencari2 dan study dgn tekunnya (ayat je lebih..hu hu )diet unt pesakit tb khas unt akak ni.. MySpace


sekadar gambar hiasan

*********************************
Nasihat nutrition bg pesakit tb :

calcium sangat membantu dlm merawat penyakit tb ni
dan susu merupakan sumber calcium yg terbaik... kalau boleh unt pesakit tb ni berikan segelas susu dlm masa sela 2 jam pd hari pertama

...dan diikuti dengan segelas +setengah gelas susu pada hari kedua untuk setiap sela sejam pulak..MySpace



buah-buahan seperti oren, nenas, anggur, apple dan pisang juga baik untuk diambil oleh pesakit tb ni
sbb buah2 yg disebutkan tu membantu dlm mencairkan mucus dan dapat membantu mengelakkan futher infeksi.



Sayur-sayuran juga baik unt pesakit tb (sayur mmg sentiasa baik pun unt sape2 pun)MySpace



Diet yg x digalakkan unt pesakit tb ni
• Minuman2 berkafien spt kopi dan teh (termasuklah Nescafe ye)
• Makanan dalam tin seperti sardine dalam tin tu
• Roti putih (roti biasa tu la)
• Gula halus
• Pudding
• Pies
• Bijirin halus (macam nestum klo x silap)
• Segala macam sos (sos cili, sos tomato,sos tiram dan segala yg seumpamanya)
• Segala jenis acar ataupun jeruk

Kalau boleh digalakkan untuk mengamalkan diet vegetarian disbbkan diet non vege ni adalah susah unt dihadamkan oleh usus

Diet yg kaya buah-buahan dan sayur-sayuran adalah amat digalakkan

Makanan yg berasaskan susu sepeti coklat, youghurt(x sure ejaan betul x ni)MySpace, keju dan juga whole grain product juga baik bg pesakit~



wallahu'alam
Harap membantu

Nasihat oleh,
Pelajar nutrition yg belum bertauliyah lg~(ak la tu..he he he)MySpace

Thursday, May 27, 2010

jom cek arah kiblat!~

bismillahirrahmanirrahim~


MySpace
istiwa 'azam merupakan suatu fenomena yg membolehkan kita mengetahui kedudukan arah kiblat yg betul dan fenomena ini terjadi 2 kali dalam setahun..
fenomena ini terjadi apabila kedudukan matahari tepat di atas kaabah..
jadi, bolehlah kita memeriksa kedudukan kaabah dgn lebih jelas dan penuh yakin..

alhamdulillah~

di malaysia, fenomena ini berlaku pada
• 24 Mei setiap thn, tepat 5.16 ptg
• 16 Mei setiap thn, tepat jam 5.28 ptg



jadi, kita mestilah melakukan perkara seperti d bawah ni unt menentukan kedudukan kiblat:

Sebelum
• Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan supaya mengikuti waktu piawai yang tepat. Untuk menentukan ketepatan waktu, kte boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio. (jam astro boley kot). Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul. Justeru, betulkan jam kte mengikut waktu piawai yang betul.
• Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
• Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
• Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
• Dan pastikan juga kte boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
• Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.

Ketika peristiwa ini berlaku:
• Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.
• Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. (Rujuk gambar di atas)
• Tandakan arah qiblat.

Selepas
• Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
• Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk kte memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini
• Hadapkanlah tubuh ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.



wallahu'alam~
semoga bermanfaat~
sumber asal di sini
MySpace

ajal maut ditangan ALLAH~

bismillahirrahmanirrahim~
Sudah termaktub sejak kita belum lahir lg di lauh mahfuz..
Bila tarikh ajal kte nnt??
Di mana??
Dan disebabkan apakah??
Cuma sy fikir ramai yg dah silap konsep ttg ni (tp bukan korang la)
Bila di Tanya
“eh, kenape si polan tu boleh meninggal?”
“alaa.. dia meninggal sbb eksiden smlm..”
Hmm.. biasa dgr x??


sekadar gambar hiasan

Tp klo akula.. ak akan ckp dy meninggal sbb dah ajal nye
N dah termaktub unt dy meninggal melalui eksiden ni..
So, camne??
Betulkah ak??
Betulkan klo ak silap eh
Ok. Bila da bincang ttg ajal ni
Ak teringat email seorg sahabat pd ak
Email ni tujuan nye adalah unt kte berjaga2



Begini bunyi email tu (erkk..email boley berbunyi eh??huhu)
A 10 year old boy, had eaten pineapple about 15 days back,
and fell sick, from the day he had eaten. Later when he had his health
check done...doctors diagnosed that he had AIDS. His parents couldn't
believe it...Then the entire family under went a check-up...
none
of them suffered from Aids. So the doctors checked again with the boy if
he had eaten out...The boy said 'yes'. He had pineapple that evening.
Immediately a group from Malaya Hospital went to the pineapple vendor to
check. They found the pineapple seller had a cut on his finger while
cutting the pineapple, his blood had spread into the fruit. When they
had his blood checked...the guy was suffering from AIDS..... but he
himself was NOT aware.
Unfortunately
the boy is suffering from it now. Please take care while you eat on the
road side. Please forward this mail to your dear one.


Tp dr sudut yg lain kte boley katakan yg dah tertulis bahawa adik ni TERmakan buah yg dipotong oleh seseorang yg ada HIV/AIDS...
Sbb ak ckp camtu ialah case ni cam kebetulan..
kebiasaannya pemotong buah ialah makcik2 yg mmg kte x jangka dy ade HIV/AIDS kan?? (husnuzzon =) )


hmm.. hati2 ms pilih mknn k

n insiden terpotong jari ni pun rsnye jarang juga berlaku di kalangan pemotong buah yg rs nye mmg hari2 kerjanya memotong buah2 dan bolehlah ak anggap sbg pro.. klo ye pun dah terpotong tgn jari, selalunya buah yg dah terkena drh tu mestila x dijual (ni ape yg kte anggap dan sepatutnya dilakukan oleh peniaga yg SEPATUTNYA menjaga kebersihan)
Cuma dlm kes adik ni sudah ditakdirkan unt nenas yg dia mkn tu dipotong oleh pesakit HIV/AIDS.. dan ditakdirkan pulak jarinya terluka semasa memotong buah yg dimakan oleh adik ni..dlm byk2 nenas n byk2 buah-buahan jenis lain, ditakdirkan yg drh tu nak terkena pada nenas yg dimkn oleh adik ni td.. dan telah ditakdirkan bahawa adik ni dan parents dy x perasan yg nenas yg adik ni mkn dah tercontaminated.. dan ditakdirkanlah adik ni mendpt HIV/AIDS pd usia yg muda dgn cara tersebut..
Hmmm..
Namun begitu, pd pandangan ak, kte mestilah berhati2.. klo boleh elak perkara2 yg x baik lebih baik dielakkan..
Contohnya:
“Jgn la duk kat tgah2 jln n then ckp klo da ajal sy, sy akan mati jgak.. klo bukan ajal sy maka sy x mati la walaupun duk tgah jln”
Wah.. ni cam dah salah konsep je..
Ni namanya cari nahas..
Membahayakan diri sendiri
Bende dah tahu bahaya pi buat


ni xpe kot.. tepi jln (sekadar gambar hiasan)

jgn cari nahas ye..

Sama la mcm cubaan unt bunuh diri, yg boleh beri kemudharatan pd diri sendiri
Yg mana ianya adalah berdosa besar..
Namun begitu, ingatlah bahawa mati itu terlalu hampir dgn kita..

Baginda Rasulullah saw pernah bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan seseorang dan kemudian mereka menarik ruhnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain yang masuk dan menarik ruh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Kemudian datang pula satu kumpulan malaikat yang lain, masuk dan menarik ruhnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik ruh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasulullah saw lagi:
"Kalau orang yang bernazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril a.s. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang bernazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril a.s."
"Kalau orang yang bernazak itu orang munafik, maka Jibril a.s. akan menebarkan sayapnya di sebelah kiri. Maka orang yang bernazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah SWT menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya, maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut ruh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut ruh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah SWT."
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah SWT dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah daripada Allah SWT maka malaikat maut pun cuba mencabut ruh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan:

"Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut ruh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut ruh orang mukmin dari arah tangan, maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukannya sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal malaikat maut mencabut ruh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut ruh orang mukmin dari arah mata, tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka mata berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah SWT.

Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat-Ku, tulis AsmaKu di telapak tanganmu dan tunjukkan kepada ruh orang yang beriman itu."
Sebaik saja mendapat perintah Allah SWT, maka malaikat maut menghampiri ruh orang itu dan menunjukkan Asma Allah SWT. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah SWT, maka keluarlah ruh tersebut dari arah mulut orang mukmin dengan tenang.

Abu Bakar r.a. telah ditanya tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar r.a:
"Roh itu menuju ketujuh tempat:
1. Roh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara, tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa berserta jasadnya sehingga sampai hari kiamat."

Telah bersabda Rasulullah saw:
"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
3. Orang yang berpuasa dihari Arafah."


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Semoga dpt memberi manfaat..
Sekadar pndgn dr seorg yg lemah dan jahil..
Makanya, sekiranya mana2 part dirasakan ada yg salah, silalah komen.. =)
ade info yg diambil dr sini

Saturday, May 22, 2010

kisah carpal tunnel syndrome~

bismillahirrahmanirrahim~
carpal tunnel syndrome?? haih..
penyakit ape plak tu??

carpal tunnel syndrome-->results from compression of the median nerve as it passes through the wrist in a narrow, rigid tunnel which is surrounded by the bones of the wrist, filled with tendons, and covered with a tight ligament called the transverse ligament
kene kesah gak disease ni.. sbb mak ak da terkena carpal tunnel syndrom!!!
disease ni dsbbkan oleh repetitive use of the wrist..
dan ia adalah disebabkan ade tekanan pd median nerve
Ya Allah, kami redha dgn ujianMu..walaupun perit... ( T T )
tp x taw la tahap camne..
setakat ni doc tu hanya bg pil calcium, vit b+ n suh mak rendam tgn ngan air suam bergaram unt kurgkan rs sakit..
nak tido mak kene pakai hand bandange spy mak boleh tido..


tp ni bukan tgn mak ak ok! huhu~

klo x mmg x leh tido.. tiggling sensation~


x boleh tido adalah di antara salah satu symptom carpal tunnel syndrome(sekadar gambar hiasan)

disease ni biasanya akan menyerang wanita yg berusia 30 thun dan ke atas dan juga wanita mengandung
symptom biasanya tgn akan rs kebas2 yg berpanjangan..


tgn akan terasa kebas (sekadar gambar hiasan)~


and treatment biasanya surgery..




masalahnye mak xkan nak surgery!!
adoi!! camne??
hmm~
Ya Allah, tlong la lembutkan hati ibuku kalau surgery adalah yg terbaik untnya..
ameen~

Thursday, May 20, 2010

khusyuk dalam solat~

bismillahirrahmanirrahim~

petua khusyuk dlm solat ini adalah unt DIRIKU SENDIRI..
spy dpt disimpan disini dan boleh DIRUJUK oleh diriku sendiri di saat memerlukan..
tp.. boley juga dkongsi bersama pembaca2 sekalian (klo ade la!) ( ^ ^ )


Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-

yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]. Firman-Nya lagi:-

"Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk" [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain. Firman Allah lagi:-

yang bermaksud : "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan". Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.

5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.

6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.

7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

12. Mengambil wuduk dengan sempurna.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.

Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati."

Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:

"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].


sumber asal: disini

Thursday, May 13, 2010

Wednesday, May 12, 2010

amaran!!!~

bismillahirrahmanirrahim..


thnxx kpd celcom sbb pg2 lg da kasi amaran pd ak yg berbunyi spt d bawah:
Friendly Reminder: Yr Broadband usage is reaching the allocated 5GB/mth. Pls purchase additional volume or reduce your usage to avoid having yr speeds managed
Time: 13/05/2010 09:39:47





wah!!
oke ak akn krgkan pggunaan intenet~ ~

Tuesday, May 11, 2010

nasi kerabu kelantan~

bismillahirrahmanirrahim~


teringin nak mkn nasi kerabu..
mak xtaw msk..
nak beli,kat ipoh ade eh?~..
so, jom try msk-->>

nasi kerabu

Bahan:
4 cwn beras
1 sudu kecil garam
4 1/2 cawan air - macam masak nasi biasa.. nak lembik/keras kena tambah/kurangkan air
2-3 titik pewarna biru
daun pandan

Cara:
Cucikan beras dan masukkan semua bahan utk masak nasi yang lain. Masaklah seperti masak nasi biasa.
*terpakse gne pewarna biru sbb xde bunga yg kat bawah ni (xtaw name dy)


sambal tumis

Bahan:
5-10 biji lada kering
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1cm kunyit/ 1 sk serbuk kunyit
200ml/ 1/2 tin santan pekat
1 btg serai
2 keping asam gelugur
2 sudu besar budu / 3 sudu besar belacan ( pilih antara satu)
garam dan gula secukup rasa

Cara:
1. Blend lada kering, bawang, kunyit dan halia sehingga lumat.
2. Panaskan minyak(kena banyak sikit), tumis semua bahan blend tadi sehingga pecah minyak.

sambal kelapa

Bahan:
1 ekor ikan kembung- saiz besar
1 cawan kelapa kering/ kelapa parut
2 ulas bawang putih
1/3 biji bawang besar
1 batang serai
1cm halia

Cara:
1.Bersih ikan dan bakar. Sementara tu bolehlah goreng kelapa.
2.Goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil sehingga jadi perang. Kalau kelapa parut ni kasar, bolehlah ditumbuk sekejap ketika kelapa masih panas-panas.
3.Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan untuk kelihatan halus.
4.Tumbuk pula bawang dan serai, sehingga lumat. Kalau guna food processor masukkan bawang dan isi ikan sekali gus ke dalam food processor .
5.Campur sekali ikan dan bawang, goreng tanpa minyak sehingga agak garing.
6.Campurkan ikan dengan kelapa goreng tadi. Masukkan garam dan gula. Gaul hingga sebati.

ulaman

Bahan:
kubis,timun,taugeh,daun kesum dan kacang panjang

Cara:
Hiris halus semua sayur kecuali taugeh dan gaul rata.

solok lada

Bahan-bahannya:
20 biji lada hijau kelantan/cili hijau/cili merah
4 ekor ikan kembung~dibakar dan diambil isinya- kita guna isi ikan tenggiri
2 biji kelapa ~ 1 biji kelapa untuk inti solok, 1 biji untuk santan pekat( 2 cawan )- kita gunakan kelapa kering je dan bubuh sedikit air panas dan santan dlm tin.
6 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sejemput lada hitam
Garam secukup rasa
1 sudu teh gula

Cara membuatnya
1. Cili hijau dibelah tengah dan dibuang bijinya ( hati2 supaya tidak terkopek di pangkal dan di hujung cili)
2. Tumbuk lada hitam, bawang putih dan bawang merah sehingga lumat.
3. Kemudian dalam lesung yang sama, tumbuk isi ikan, kelapa, garam dan gula sehingga sebati semua bahan~ sudah jadi inti solok
4. Sumbatkan inti solok ke dalam cili yang dibelah sehingga penuh. Buat sampai habis.
5. susun cili solok itu di dalam periuk. Pastikan inti solok di bahagian atas (jangan kasi tumbang. Kalau tumbang isinya akan hancur).
5. Tuang santan pekat ke dalam periuk secara perlahan-perlahan. Pastikan tidak mengenai isi solok tersebut.
6. Tutupkan periuk dan dimasak di atas api yang sederhana.
7. Bila dah kering santannya bolehlah diangkat dan dihidangkan.



keropok ikan dan ayam goreng/daging bakar

Monday, May 10, 2010

hanya tinggal kenangan~

bismillahirrahmanirrahim~

cantik x masjid al maghfirah tempt ktorg solat jemaah~


lect hall ak.. 1001 kenangan kat pintu ni..


semalam x silap ak pendaftaran unt matrikulasi kan??
teringat lak zaman time ak mude2 dolu, 1st day nak berpisah ngan family, kat matrik la..KMPK~
kawan yg 1st skali time tu ialah Salimah Nadiah bt Azhar iaitu merangkap roomate ak gak!! kenal ngan salimah ni sbb time beratur nak daftar tu ak potong line dy..haha..kejam2!!
pastu, Nurfarah Amirah bt Anuar (hope ejaan betul eyh!)..kenal camne dah x igt..hehe~
then, Rohini..korang sume best!!

ni time 1st day kat matrik da ade org interview ktorg..
ohh!!betape femesnye~hehe
dlm pix ni fara je xde..tu la sape suh mandi lambat kan..haha~
sedar x sedar sume tu dah berlalu 2 thn da~
ohh!! betape tuanya kte (xnak ckp ak sorg je) hehe~


lagu n lirix kmpk..
sape dak kmpk nyanyi sendiri k!!

last but not least--> unt sume kwn2 ak kat matrik dulu esp roomate kesayangan!~
bersama~
kita pernah bersama
menempuh onak dan duka
tidak pernah putus asa
walau dugaan datang melanda
dikau pernah bertanya
bila bahagia akan tiba
ku berkata bersabarlah
serahkan saja pada yang Esa
bila masanya menjelma
kebahagiaan akan tiba
namun tidak mungkin kulupakan
kenangan indah kita bersama
menempuh onak cabaran
dan liku hidup yg panjang
tdk mungkin hdp ini sepi
selagi ku masih di sini...

Tuesday, May 4, 2010

laptop ku sayang~

bismillahirrahmanirrahim~
ok.. tujuan entry ni dbuat adalah unt mengambil hati laptop ak yg ak rse merajuk sbb asyik 'hang' je dr smalm..
weyh, jgan a majuk!!..ak xde niat a nak tukar laptop smpai bile2 pun.. ak setia kat kamu saje, laptopku tersayang...huhu~

owh..abaikan semak samun sbb ni time study week okey!~




pas ni silela jgn 'hang' dah ok.. ak da buang segala sampah sarap dan harta karun yg ak da simpan di dlm ko smpai ko trlalu berat (tp xsmpai 50kg lg kot!!)..
klo ko rosak, ak rs cam ditimpa musibah sbb ko agak pntg dlm hidup ak ni..
Oleh itu, apabila ditimpa musibah, sebutlah seperti apa yang Allah firmankan di dalam Al Quran iaitu: orang-orang yang ditimpa musibah mengucapkan "INNALILAHI WA INNA ILAHI RAAJIUN" (Surah Al Baqarah : Ayat 156). Nabi juga berpesan jika ditimpa musibah, supaya ditambahkan pula dengan doa: "Ya Allah, berikanlah kepadaku pahala dalam musibah ini, dan gantikanlah aku dengan yang lebih baik daripadanya".(oh..) :D
Malangnya zikir ini disalah ertikan. Ramai dikalangan kita membaca zikir ini ketika diberitahu tentang kematian seseorang, sedangkan kita boleh membacanya apabila ditimpa musibah dalam bentuk lain.
'hang' tu kira musibah jgak la kan..

Monday, May 3, 2010

kemunculan Kekasih~

bismillahirrahmanirrahim~
arahan: sile dgr lagu yg telah disarankan semasa membaca unt mendapatkan impak yg lebih maksimum ( ^ ^ )V

Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alahi Wassalam adalah nabi pembawa risalah Islam, rasul terakhir penutup rangkaian nabi-nabi dan rasul-rasul Allah Subhanahu Wa Ta’ala di muka bumi. Rasulullah merupakan salah seorang daripada 5 orang rasul yang dipilih Allah Subhanahu Wa Ta ‘ala sebagai Ulul Azmi iaitu mereka yang mempunyai keteguhan hati hati (QS. 46: 35). Keempat rasul lainnya dalam golongan Ulul Azmi tersebut ialah Ibrahim Alaihissalam, Musa Alaihissalam, Isa Alaihissalam, dan Nuh Alaihissalam.
Kelahiran Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassalam
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersal dari keturunan Bani Hasyim iaitu sebuah kabilah yang paling mulia dalam suku Quraisy yang mendominasi masyarakat Arab. . Ayahnya bernama Abdullah Muttalib, ketua suku Quraisy yang berpengaruh. Ibunya bernama Aminah binti Wahab dari Bani Zuhrah. Samada dari keturunan ibu mahupun bapanya, salasilah keturunan Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam sampai kepada Nabi Ibrahim Alaihissalam dan Nabi Ismail Alaihissalam.
Tahun kelahiran Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassalam dikenal dengan nama Tahun Gajah, kerana pada tahun itu terjadi peristiwa besar, iaitu datangnya pasukan bergajah menyerbu Mekah dengan tujuan untuk menghancurkan Ka’bah. Pasukan bergajah itu dipimpin oleh Abrahah, iaitu gabenor Kerajaan Habsyi di Yaman yang ingin mengambil alih kota Mekah dan Ka’bahnya sebagai pusat perekonomian dan peribadatan bangsa Arab. Hal yang sama juga turut diingini oleh Kaisar Negus dari Ethiopia, yang bersama-sama dengan Kaisar Byzantium menghadapi musuh dari timur, yaitu Persia (Iraq). Dalam penyerangan Ka’bah itu, tentara Abrahah hancur kerana diserang penyakit membawa maut yang dibawa oleh burung Ababil yang melempari tentara gajah. Abrahah sendiri lari kembali ke Yaman dan tak lama kemudian meninggal dunia.
Peristiwa ini dikisahkan dalam Al-Qur’an surah Al-Fil: 1-5.

Beberapa bulan setelah penyerbuan tentera bergajah, Aminah melahirkan seorang bayi lelaki, yang diberi nama Muhammad yang lahir pada malam menjelang dini hari Isnin, 12 Rabiul Awal Tahun Gajah, bertepatan dengan 20 April 570 M. Saat itu jugalah ayah Muhammad, Abdullah, telah meninggal dunia.
Nama Muhammad diberikan oleh datuknya, Abdul Muttalib. Nama itu agak ganjil di kalangan orang-orang Quraisy pada masa itu, oleh itu mereka berkata kepada Abdul Muttalib, “Sungguh di luar kebiasaan, keluarga Tuan begitu besar, tetapi tak satu pun yang bernama demikian.” Abdul Muttalib menjawab, “Saya mengerti. Dia memang berbeza dari yang lain. Dengan nama ini saya ingin agar seluruh dunia memujinya.”

Masa pengasuhan Halimah binti Abi Du’aib as-Sa’diyah
Menjadi suatu kebiasaan di Mekah, anak yang baru lahir akan diasuh dan disusui oleh wanita desa dengan supaya dia dapat membesar dalam pergaulan masyarakat yang baik dan udara yang lebih segar. Saat Muhammad lahir, ibu-ibu dari desa Sa’ad datang ke Mekah menghubungi keluarga-keluarga yang ingin menyusui anaknya. Desa Sa’ad terletak kira-kira 60 km dari Mekah, dekat kota Ta’if, suatu wilayah pergunungan yang sangat baik udaranya.
Di antara ramai ibu susuan tersebut,terdapat seorang wanita bernama Halimah binti Abu Du’aib as Sa’diyah. Keluarga Halimah merupakan keluarga yang miskin, oleh kerana itu dia agak ragu-ragu untuk mengasuh Muhammad karena keluarga Aminah sendiri juga tidak terlalu kaya. Akan tetapi entah mengapa bayi yang bernama Muhammad itu sangat menarik hatinya, sehingga akhirnya Halimah pun mengambil Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam sebagai anak asuhannya.
Ternyata kehadiran Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam membawa berkah pada keluarga Halimah. Dikisahkan bahawa kambing pemeliharaan Haris, iaitu suami Halimah, menjadi gemuk-gemuk dan menghasilkan susu yang lebih banyak dari biasanya. Rumput tempat menggembala kambing itu juga tumbuh begitu subur. Kehidupan keluarga Halimah yang dulunya suram berubah menjadi bahagia dan penuh kedamaian. Mereka yakin sekali bahawa bayi dari Mekah yang mereka asuh itulah yang membawa berkah bagi kehidupan mereka.
takat ni je dulu ekk.. lain2 sambung nnt~