Dari Abdullah bin 'Amr RodiyAllahu anh, Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Monday, September 13, 2010

TAQWA~

bismillahirrahmanirrahim~

rs nye belum terlambat lg unt mengucapkan selamat hari raya
semoga kite benar2 meraih kemenangan pd hari kemenangan ini ( ^ ___ ^ )
hmm
sebelum terlupe
mari share khutbah hari raya yg lalu
"TAQWA"

Taqwa bukan setakat melaksanakan perintah dan meninggalkan
larangan.
Bukan setakat menunai ketaatan dan menjauhkan
kemaksiatan.
Bukan setakat membuat apa yang disuruh dan
meninggalkan apa yang dilarang.
Bukan juga setakat meninggalkan
apa yang haram dan menunaikan apa yang fardhu.
Bukan setakat menjauhkan yang syirik dengan beramal dan taat
kepada Allah.
Bukan setakat menjauhkan diri dari segala apa
yang akan menjauhkan diri kita daripada Allah.
Bila disebut taqwa, orang terjemah sebagai takutkan Tuhan.
Namun, itu
tidak betul.
Taqwa bukan bererti takut. Taqwa pada Tuhan bukan
bererti takutkan Tuhan.
Taqwa berasal dari perkataan waqa–yaqi–wiqoyah yang
ertinya memelihara. Hujahnya ialah ayat Al Quran seperti
berikut:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah
kamu memelihara diri kamu dan keluarga kamu
dari api Neraka.” (At Tahrim: 6)

Di dalam Al Quran, kerap Tuhan menyeru dengan kalimah
ittaqu atau yattaqi. Di mana ada tambahan huruf pada asal
kalimah waqa, ia membawa perubahan kepada makna. Di sini
ittaqullah membawa maksud hendaklah kamu mengambil
Allah sebagai pemelihara/pembenteng/pelindung. Iaitu hendaklah
jadikan Tuhan itu pelindung.

Untuk menjadi orang yang bertaqwa ertinya menjadi orang
yang berada dalam perlindungan Tuhan atau dalam pemeliharaan
Tuhan.
Orang yang berada dalam benteng dan kubu
Tuhan. Dia selamat dari serangan luar. Serangan luar tidak lut
dan tidak mengenai dirinya.
Orang bertaqwa itu seolah-olah
telah dipakaikan baju besi atau jaket kalis peluru.
Taqwa adalah pakaian jasad batin atau roh. Ia adalah amalan
jiwa atau roh.
Taqwa adalah perkara dalaman dan banyak melibatkan
amalan hati.
Kalau sungguh-sungguh diamalkan dan
dihayati, akan lahir sifat-sifat mahmudah seperti jujur, adil,
benar, berkasih sayang, lemah lembut, pemurah, tawadhuk,
pemalu, bertimbang rasa, berperikemanusiaan, sabar, redha,
tawakal, bertolak ansur, mengutamakan orang lain, pemaaf,
amanah, tekun, rajin, lapang dada, bekerjasama, simpati, belas
kasihan dan sebagainya.

Orang yang bertaqwa adalah orang yang luar biasa. Sebab
dia manusia yang sudah bersifat malaikat. Sifat malaikat sudah
ada dalam dirinya. Dia sudah jadi orang Tuhan. Sebab itulah
dia dibantu dan dibela oleh Tuhan. Orang bertaqwa sahaja yang
akan selamat di dunia dan di Akhirat.

TAQWA itu indah
tapi mencapainya umpama tajam dihujung mata pisau,
sedikit terkehel maka terluka susah diubati dan dijagai rapi...
Masya Allah.

1 comment:

  1. Apabila kita pergi menemui Tuhan dengan tiada bekalan taqwa, ketahuilah, setelah kematian tiada bekal selainnya

    ReplyDelete