Dari Abdullah bin 'Amr RodiyAllahu anh, Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Friday, March 26, 2010

pesta buku antarabangsa~

Ktorang jg cover majalah nur???!!! Biar benar weyh?? X caye?? Tgok bawah ni...

Haaaa.... betul kan??
Haha.. xde la, ni pengabadian kenangan kami masa g pesta buku semalam..
Ktorang decide unt mengabadikan kenangan dgn mengambil gambar kat situ..
Mahal la jgak kan tp xpe la nak d bandingkan dgn nilai persahabtan tu sendiri yg lbh bernilai..
Selain tu, ktorng gak tlh membeli fail yg sama...

Sebenarnya kata2 kat fail ni yg menarik perhatian kami..
sabda Rasululullah sollallahu 'alahi wassalam
"bersahabatlah dgn orang yg keadaannya sentiasa membangkitkanmu dan kata-katanya byk menyedarkanmu ke jalan Allah"


"Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah." (Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)
Ciri2 sahabat yg baik (mmg ada kat sahabt2 ak sume)..
X lupe jgak kat sue yg gambarnye xde sbb dy pulang berjumpa bonda kesayangan~
• Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
• Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
• Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
• Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
• Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
• Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
• Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
• Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
• Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
• Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
• Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
• Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
• Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
• Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
**************

Ok. Habes ttg sahabat. Sambung balik pesta buku td..
Ada la beberapa buku2 unt adik2 ak belikan... murah2 kot buku2 sekolah,rugi x beli.. so, ak pun call la mak tnye ade x nak beli ape2 unt adek n finally ak belikan buku2 latihan..


Pas jalan2, ade la 2 buah buku ni yg dah menarik hati ak unt beli..



Buku2 lain boleh pinjam kat sahabat2.. haha~
Jimat wang! =P
"Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan -Abdullah Mansur M.H"
Pelaburan terbaik di dunia adalah pelaburan pendidikan.

4 comments:

  1. salam cik rama-rama..
    suke betol tgk gmbar kt nur tu..
    nnti frame comel2 ye..
    ak pun nk print sndri la,pastu frame,tp xde cover nur la..
    hehe...shopping yg best..
    penangan penat pun best=D

    ReplyDelete
  2. wsalam cik husniyah..
    haha..
    x sempat frame pun, da tampal kat meja study ni..
    taw xpe.. best!
    meninggalkan 1001 kenangan~

    ReplyDelete
  3. wah3,
    mesti semangat ko study tengok muka kitorang yang excited dlm gmbr tu..
    mesti x ngantuk..
    hehe~~

    ReplyDelete