Dari Abdullah bin 'Amr RodiyAllahu anh, Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Tuesday, September 28, 2010

sudah dewasa

bismillahirrahmanirrahim~

Secara officially, beberapa jam dari sekarang, aku akan mengijakkan kaki ke alam dewasa

Ya! Sekarang alam dewasa!!.. dan bukan lagi remaja!!!

Zaman remaja yg dikatakan penuh dgn cabaran dan godaan itu telah pun ak lalui

jgn terpedaya dgn agenda barat bhw 21 thn adalah kunci kebebasan seseorgdan boleh melakukan apa shj.tetapi harus diingat, selagi kita hidup, kita adalah hamba Allah yg mempunyai tanggungjawab yg perlu dipikul sbg seorang khalifah di muka bumi ini.


Alhamdulillah..

Setiap perubahan pd diri ini

Pada aku, makin positif

Tapi, pada mata Allah siapa tahu?

Moga segala amalan ku selama ini diterima oleh Mu,Ya Rabb..

Graf pertumbuhan pada usia ini sudah pun berada pada puncak nya

Hanya menunggu untuk turun dari puncak itu

Harapan aku sebagai seorang hamba yg hina dan daif ini

Semoga aku dapat memperkuatkan lagi ketaqwaan ku pada Mu ya Rabb

Kerana,

Pada aku, graf amalanku belum lagi berada di puncak

Setanding dengan graf pertumbuhan


Apabila kaki ini menginjak dewasa,

Makin banyak tanggungjawab yang perlu dipikul..

Makin banyak hal yang perlu di fikirkan..


bercakap tentang 'cinta' insani.. (malu plak..hee~)

MySpace

Hmm..

Biar Allah yg menentukan hal itu,

Kerana aku sdg cuba menjadi yg terbaik

Untuk mendapatkan yg terbaik

yg mampu membimbingku ke arah cinta sebenar~

Kerana aku berpegang pada janji Nya itu

Perempuan yg keji unt lelaki yg keji sedangkan perempuan yg baik unt lelaki yg baik. Mereka itu bersih dari apa yg dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)- [An-Nur:26]

cinta layaknya seperti seekor rama-rama

semakin kalian mengejarnya

semakin jauh ia terbang meninggalkan kalian

biarkan rama-ramamu terbang ke mana saje ia suka

siapa tahu bila ia lelah dan tidak sedar kewujudanmu

ia bakal mengibaskan sayapnya ke arahmu

menumpang teduh dari panas hujan badai duniawi dalam keadaan yg kau tdk sangka

mungkin saja rama-rama yg kau kejar itu

bukan rama-rama yg Allah peruntukkan buatmu


Bagi aku,

Menjadi seorang yang dewasa itu bukanlah suatu hal yang mudah,

Semoga aku dapat memegang amanah sbg hamba Allah

Semoga aku dapat memegang amanah yg diberikan olehmu, ya Rasulullah

Semoga aku dapat memegang amanah yg diberikan oleh kedua ibu bapa dan keluarga ku


Ya Allah,

Akhirilah hidupku dengan kesudahan yg baik.Ameen~

perkara yg paling aku menyesali sekali apabila terbenamnya matahari umurku tambah, tetapi amalanku tidak bertambah... DaRi IBNU MAS`UD

p/s: buat sahabat2 yg selalu bersama ak melayari alam remaja-dewasa ini .. terima kasih .. :)

thank u for simply being there, on the cloudly days..... on the sunny days..... thank u for ur friendship...


Monday, September 27, 2010

pesanan utk semua Hamba Allah di dunia

bismillahirrahmanirrahim~

sambil2 rehat tu..
mari kte renungi kisah d bawah ni..


Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea ..Jika berpuasa,Amalan kita direct terus padaNya..Tapi Jika bersembahyang..Ada posmen pula Untuk hantar amalan kita
padaNya...

Kisahnya ?..Setiap kita ada malaikat...Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi..Untuk sampaikan amalan kita,Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit..Dimana setiap penjaga tol,Kroni malaikat juga..

Jika sembahyang di awal waktu Tolnya "free"..Sekatan tol tiada..Tiada "jem"..Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan Untuk dinilaikan..Tapi..Jika sembahyang di akhir waktu,Tol free juga..Tapi sekatannya...MasyaAllah?..

Di langit pertama..Penjaga tol marahkan posmen kita..Kenapa lewat poskan amalan kita..Merayu-rayu posmen malaikat kit.. Minta diberi laluan...Tetapi? penjaga langit pertama..Tidak heran...Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi...Maka..Jatuh erderai?
Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita..Satu persatu dikutip...Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua..

Dilangit kedua..Samalah juga..Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan..Merayu lagi kawan kita...Tak dipedulinya,Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi..Jatuh berderai lagi..Dikutip satu persatu amalan kita...Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan di langit ketiga...

Dilangit ketiga,Laaa?...Kena basuh lagi malaikat posmen kita...Kenapa lewat hantar amalan tersebut...Tiada kompromi...
Terus dibaling amalan kita...Jatuh berderai amalan kita...Tak ade nilai?.Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi...Maka..Tak sampailah amalan kita kepada Allah..Seolah-olah kita tak sembahyang juga...

Maka?Bersedialah kita menerima pembalasannya...Tak di dunia di akhirat pula..Hilang duit, Hati risau,Ujian bertimpa-timpa..Ish?.Tak berbaloikan kita buat amal..Tapi tak sampai...Dahlah tu,Tak de nilai...Kena azab lagi nanti..

Ya Allah !!! Ampunkan kami ! Kerana lalai !Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang..Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu..Gawatkan hati kami selagi kami
tak segerakan..Biarlah kami gawat di dunia..Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak...Amin..


P/s- yang nak amik pekser... studi ...studi gak... solat mesti jaga... Ingat Allah yang bagi lulus... bukan makhluk... renungkan...!!!

Monday, September 13, 2010

TAQWA~

bismillahirrahmanirrahim~

rs nye belum terlambat lg unt mengucapkan selamat hari raya
semoga kite benar2 meraih kemenangan pd hari kemenangan ini ( ^ ___ ^ )
hmm
sebelum terlupe
mari share khutbah hari raya yg lalu
"TAQWA"

Taqwa bukan setakat melaksanakan perintah dan meninggalkan
larangan.
Bukan setakat menunai ketaatan dan menjauhkan
kemaksiatan.
Bukan setakat membuat apa yang disuruh dan
meninggalkan apa yang dilarang.
Bukan juga setakat meninggalkan
apa yang haram dan menunaikan apa yang fardhu.
Bukan setakat menjauhkan yang syirik dengan beramal dan taat
kepada Allah.
Bukan setakat menjauhkan diri dari segala apa
yang akan menjauhkan diri kita daripada Allah.
Bila disebut taqwa, orang terjemah sebagai takutkan Tuhan.
Namun, itu
tidak betul.
Taqwa bukan bererti takut. Taqwa pada Tuhan bukan
bererti takutkan Tuhan.
Taqwa berasal dari perkataan waqa–yaqi–wiqoyah yang
ertinya memelihara. Hujahnya ialah ayat Al Quran seperti
berikut:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah
kamu memelihara diri kamu dan keluarga kamu
dari api Neraka.” (At Tahrim: 6)

Di dalam Al Quran, kerap Tuhan menyeru dengan kalimah
ittaqu atau yattaqi. Di mana ada tambahan huruf pada asal
kalimah waqa, ia membawa perubahan kepada makna. Di sini
ittaqullah membawa maksud hendaklah kamu mengambil
Allah sebagai pemelihara/pembenteng/pelindung. Iaitu hendaklah
jadikan Tuhan itu pelindung.

Untuk menjadi orang yang bertaqwa ertinya menjadi orang
yang berada dalam perlindungan Tuhan atau dalam pemeliharaan
Tuhan.
Orang yang berada dalam benteng dan kubu
Tuhan. Dia selamat dari serangan luar. Serangan luar tidak lut
dan tidak mengenai dirinya.
Orang bertaqwa itu seolah-olah
telah dipakaikan baju besi atau jaket kalis peluru.
Taqwa adalah pakaian jasad batin atau roh. Ia adalah amalan
jiwa atau roh.
Taqwa adalah perkara dalaman dan banyak melibatkan
amalan hati.
Kalau sungguh-sungguh diamalkan dan
dihayati, akan lahir sifat-sifat mahmudah seperti jujur, adil,
benar, berkasih sayang, lemah lembut, pemurah, tawadhuk,
pemalu, bertimbang rasa, berperikemanusiaan, sabar, redha,
tawakal, bertolak ansur, mengutamakan orang lain, pemaaf,
amanah, tekun, rajin, lapang dada, bekerjasama, simpati, belas
kasihan dan sebagainya.

Orang yang bertaqwa adalah orang yang luar biasa. Sebab
dia manusia yang sudah bersifat malaikat. Sifat malaikat sudah
ada dalam dirinya. Dia sudah jadi orang Tuhan. Sebab itulah
dia dibantu dan dibela oleh Tuhan. Orang bertaqwa sahaja yang
akan selamat di dunia dan di Akhirat.

TAQWA itu indah
tapi mencapainya umpama tajam dihujung mata pisau,
sedikit terkehel maka terluka susah diubati dan dijagai rapi...
Masya Allah.

Friday, September 3, 2010

SubhanAllah~kalimah Allah di langit +



bismillahirrahmanirrahim~

mari kongsi gamba dlm album ak..
gmba ni dah lame dah diambil
sekitar bulan Jun/Julai hari tu




hmmm..
nmpak x ape ak nmpak??
kalimah Allah di langit~
gamba2 kat atas tu mmg ak sendiri yg nmpak dgn mata kepala sendiri..
subhanAllah
dpt tgok scr live
time tu ak ngan mak ak (tgah drive)
sempat snap bape keping
bukan sume org pun berpeluang nak tengok kebesaran2 Allah spt ni
Alhamdulillah ak termsk dlm org2 bertuah..
perasaan tgok scr live mmg sgt berbeza banding if tgok gmbar
ye la, selama ni selalu tgok kat tv la, paper la
tp klo tgok scr live..
bergetar hati ni..


ok.. cerita seterusnya~
ak sgt tertarik ngan status Ust Zaharuddin.net hari ni..
so, jom share ape kata beliau..

~click2 unt lebih kejelasan~


Zaharuddin.net : Jika merasa banyak solatmu, sedarlah ramainya lebih darimu; Jika terasa awal ke peribadatanmu, sedari lewatmu berbanding yg telah memulakan; Jika kamu merasa khusyuk, fahami berjuta insan yg lebih lama khsusyuknya darimu; Jika merasa lewat meninggalkan peribadatanmu, pandanglah mereka yg masih beribadat sedang kamu beransur. Jika kamu merasa sedikit dosamu, itulah tanda hati sedang dijangkiti penyakit NIFAQ.
hmm..
NIFAQ..
ape NIFAQ sebenarnya??

Nifaq secara bahasa berasal dari kata naafaqa – yunaafiqu – nifaaqan wa munaafaqan yang diambil dari kata an-naafiqaa’, yaitu salah satu lubang tempat keluarnya yarbu’ (hewan sejenis tikus) dari sarangannya, dimana jika ia dicari dari lubang yang satu, makaia akan keluar dari lubang yang lain. Dikatakan pula, ia berasal dari kata an-nafaqa (nafaq) yaitu lubang tempat bersembunyi. [Lihat An-Nihaayah V/98 oleh Ibnu Katsir]

Nifaq menurut syara’ yaitu menampakkan Islam dan kebaikan tetapi menyembunyikan kekufuran dan kejahatan. Dinamakan demikian karena dia masuk pada syari’at dari satu pintu dan keluar dari pintu yang lain.

Karena itu Allah memperingatkan dengan firman-Nya:

Sesungguhnya orang-orang munafiq itu mereka adalah orang-orang yang fasiq.” (QS. At-Taubah: 67)

Allah menjadikan orang-orang munafiq lebih jelak dari orang-orang kafir.
Allah berfirman:

Sesungguhnya orang-orang munafiq itu (ditempatkan) pada tngkatan yang paling bawah dari Neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka.” (QS. An-Nisaa’: 145)

Sesungguhnya orang-orang Munafiq itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka…” (QS. An-Nisaa’: 142)

terdapat 2 jenis nifaq iaitu nifaq i'tiqadi (keyakinan) dan nifaq 'amali

1) nifaq i'tiqadi :

Yaitu nifaq besar, dimana pelakunya menampakkan kislaman, tetapi menyembunyikan kekufuran.
jenis nifaq ini menjadikan keluar dari agama dan pelakunya berada di dalam kerak Neraka. Allah menyifati para pelaku nifaq ini dengan berbagai kejahatan, seperti kekufuran, ketiadaan iman, mengolok-olok agama dan pemeluknya serta kecenderungan kepada musuh-musuh untuk bergabung dengan mereka dalam memusuhi Islam.
Orang-orang munafiqq jenis ini sentiasa ada pada setiap zaman. Lebih-lebih ketika tampak kekuatan Islam dan mereka tidak mampu membendungnya secara lahiriah.
Dalam keadaan seperti itu, mereka masuk ke dalam agama Islam untuk melakukan tipu daya terhadap agama dan pemeluknya secara sembunyi-sembunyi, juga agar mereka bisa hidup bersama umat Islam dan merasa tenang dalam hal jiwa dan harta benda mereka.
Kerana itu, seorang munafiq menampakkan keimanannya kepada Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, dan Hari Akhir, tetapi dalam batinnya mereka berlepas diri dari semua itu dan mendustakannya. Nifaq jenis ini ada empat macam.
Pertama,
mendustakan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam atau mendustakan sebagian dari apa yang beliau bawa.
Kedua,
membenci Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam atau membenci sebagian apa yang beliau bawa.
Ketiga,
merasa gembira dengan kemunduran agama Islam.
Keempat
, tidak senang dengan kemenangan Islam.

2) nifaq 'amali

Yaitu melakukan sesuatu yang merupakan perbuatan orang-orang munafiq, tetapi masih tetap ada iman di dalam hatinya.
Nifaq jenis ini tidak mengeluarkan dari agama, tetapi merupakan wasilah (perantara) kepada yang demikian. Pelakunya berada dalam iman dan nifaq.
Lalu, jika perbuatan nifaqnya banyak, maka akan bisa menjadi sebab terjerumusnya dia kedalam nifaq sesungguhnya, berdasarkan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:

Ada empat hal yang jika berada pada diri seseorang, maka ia menjadi seorang munafiq sesungguhnya, dan jika seseorang memiliki kebiasaan salah satu daripadanya, maka berarti ia memliki satu kebiasaan (ciri) nifaq sampai ia meninggalkannya, bila dipercaya ia berkhianat, bila berbicara ia berdosa, bila berjanji ia memungkiri dan bila bertengkar ia melewati batas.” (Muttafaqun ‘alaih. HR. Al-Bukhari (34, 2459, 3178), Muslim (58), Ibnu Hibban (254-255), Abu Dawud (4688), At-Tirmidzi (2632), An-Nasa-I (VIII/116) dan Ahmad (II/189), dari Shahabat ‘Abdullah bin ‘Amr radhiallahu ‘anhu.

Terkadang pada diri seorang hamba berkumpul kadang kala baik dan kadang kala buruk, kadang kala iman dan kadang kala kufur dan nifaq.
Karena itu, ia mendapatkan pahala dan siksa sesuai dengan apa yang mereka lakukan, seperti malas dalam melakukan shalat berjama’ah di masjid. Ini adalah di antara sifat orang-orang munafiq.
Sifat nifaq adalah sesuatu yang buruk dan sangat berbahaya, karena itulah sehingga para Sahabat begitu sangat takutnya kalau-kalau dirinya terjerumus ke dalam nifaq.

Ibnu Abi Mulaikah berkata: “Aku bertemu dengan 30 Shahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, mereka semua takut kalau-kalau ada nifaq dalam dirinya.”

p/s:
Ya Allah, jauhilah kami semua dari sifat Nifaq ini. Sesungguhnya kami adalah hambaMu yg lemah.

sumber :
((Disalin dari buku Syarah ‘Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah hal. 223-227, karya Yazid bin Abdul Qadir Jawas; Penerbit: Pustaka At-Taqwa, Bogor; Cetakan Pertama: Jumadil Akhir 1425 H – Agustus 2004 M))
juga di sini ( ^ ^ )