Dari Abdullah bin 'Amr RodiyAllahu anh, Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Saturday, May 14, 2011

entry ni khas untuk makna: cerita LI secara rambang.

bismillahirrahmanirrahim~

entry ni cerita ttg LI
khas untuk makna
secara balasannya, anda pula perlu cerita secara rambangnya walaupun rasanya anda telah membina entry sebegitu. saya nak lagi. huahuahua



perjuangan masih belum selesai
ada lagi 5 minggu bersisa.
langsung tak terlintas hati aku nak pilih tempat ni untuk LI.
langsung tak.
bukan aku tak suka atau benci
tapi sebab ak rasa tempat ni macam tak serasi dengan aku
(ini hanya dugaan aku yang masih tak kenal tempat ni)

al - maklumlah, tempat ni banyak atlet
dan aku fikir mesti banyak kaum adam
ak tak selesa lah camtu
dahlah jauh dari rumah.
susah la kan untuk orang yang suka balik macam aku ni
kalau boleh hari2 nak balik (huhu)

tapi tu la
manusia hanya boleh merancang
tapi sebaik2 perancangan tu adalah perancangan Nya
aku tak menyesal pun dapat kat sini (institusi ni dirahsiakan.. haha...)
hadapi je la dengan redha

seperti yang aku duga
mmg mostly staff adalah lelaki
adoi
susah a
aku tak biasa maa
dalam family aku pun
lelaki 2 org je pun.

oke. takpe.
mungkin ni sebagai latihan sebelum ke dunia pekerjaan yang sebenar
terima je lah.

untuk kerja pulak
hmmm
kerja kitorang sebenarnya more on food service
actually tak relate sangat dengan teori yg kami belajar
tapi, takpe la
ak tanak banyak bunyi.
sape la ak kan
hanya budak praktikal
oke takpe.

makan.
part ni mmg terbaik la.
seryes best
kau nak ape?
asian? western? pastry? aneka salad?
sume ada
breakfast ngan lunch.
pilih je makanan apa2
free of charge
best oke untuk org yg suka makan macam ak. (haha)
siap coffee break pun ak belasah. =P

then, kerja kitorang sebenaqnya dari 8 pagi sampai 5 ptg
tapi hat kui 3
dah takdak menda nak buat
so, depa suh kami duk dalam satu bilik
bilik demo nama diberi
kat situ la kami lepak
menjarum dan terkadang tertidoq

2 minggu ni task ak adalah kat bahagian purchasing dan jugak steward
purchasing ni kerja2 kat bahagian stor
order barang, barang sampai, camne lak susun2 sume barang
oke la
ni sebenaqnya keje laki
berat gak nak angkat2 barang
hat tu depa tak kasi kami kerja sangat
so, tengok dan duduk
haha
senang2.

hat steward pulak
oh lupa nak bg tau
steward ni bahagian cuci pinggan
bukan hat pramugara tu
haha
senang tak senang la
mesin pun yang cuci
ak duk susun ja pinggan tu dalam rak
pastu mesin tu yang duk cuci
oke la.

next week ak kat bahagian dapoq pulak
western
boleh la belajaq masakan western ngan chef
nnt balik, belagak ngan mak (wahaha)

p/s: minggu depan dah takdapat balik rumah. so, minggu ni buat 2 entry. =P





Friday, May 13, 2011

realiti kehidupan.

bismillahirrahmanirrahim~

1. dont judge a books by its cover.
jangan menilai orang tu sebelum kita kenai dia tu lagu mana
tak baik ok

kadang2 ada orang nampak baik tapi memang baik,
kadang2 ada orang nampak tak berapa nak baik, muka macam sarip dol, samseng kampung dusun tapi hati dia baik,
kadang2 ada orang nampak baik, tapi tak berapa nak baik

ini adalah antara apa yang ceq belajaq untuk minggu ni kat LI
ini lah realiti kehidupan
tapi alhamdulillah kebanyakan orang yang dikenali sepanjang LI ni baik2 belaka
hubungan mereka sesama manusia nampak ok
semua tak lokek ilmu.

2. perkara kedua yang aku lihat di sini ialah rupanya ada yang mengaggap cara hidup berasaskan islam tu kolot. ni aku tak berapa nak puas hati tapi tak boleh nak bidas lebih2. sebab apa? sebab aku rasa diorang tak faham konsep.

sebenaqnya banyak ja lagi yang aku tak puas hati
tapi diam ja la

lagi satu isu bertudung.
biaq pi a. malas aku nak layan.
taknak bertekak.
satu ja. kalau diorang dah faham konsep. semua jadi ok.
ni sebab diorang tak tau konsep.
sebab tu la

biaq belajaq tak tinggi mana tapi konsep dan perkara basic agama tahu.
ni adalah tanggungjawab ibu bapa
sebab tu aku sangat2 setuju time makcik ak nak hantaq anak dia pegi sekolah agama
sekurang2 nya dia tau konsep agama
yang dia boleh jadikan panduan hidup
sekurang2 nya kalau hidup kita berandaskan panduan yang betul
insyaAllah diberkati Allah
hidup kita pun terurus
sebab agama kita dah lengkap
panduan2 agama tu yang jadikan kita boleh selamat, bahagia dan berjaya dalam hidup
Allah lebih kenai kita, dia tau panduan2 yang elok untuk kita

ada ja yang tak setuju
bak kata depa sekolah agama ni tak bagi masa depan cerah
ni aku bangkang habes2
rezeki di tangan Allah
tak semestinya orang yang ada degree masa depan dia cerah
dan tak semestinya orang yang hanya ada spm ja masa depan dia gelap
ada apa dengan sijil2 tu?
takdak maknanya
tak semestinya lagu tu

hmm.
sambung balik hat konsep tadi.


tapi la ni
diorang ikut 'trend'
ditambah basic yang tak kuat, konsep pun kabur2
hat tu la depa kata agama ni kolot
seryes aku kesian
aku tak tau lagu mana nak habaq.
sapa2 ada idea mungkin boleh kasi cadangan
sebabnya ak taknak bertekak dengan diorang sume.
seryes kesian.

3. kalau korang ada kat atas, jangan lupa orang di bawah.
diorang yang bekerja keras tu.
tanpa mereka orang kat atas tu takkan duk atas punya.
dan lagi satu..
jangan buat tak baik kat orang, nanti terjadi kat kita.
biaq kalau kita kat atas, semua orang bawah sayang.. puji... bukan duk keji belakang2..

so, ni la antara yang aku dapat sepanjang LI 2 minggu.
penat toksah cakap a
travel seremban-bukit jalil setiap hari
bagun 5 pagi sampai rumah maghrib
setiap hari jumaat pulak travel seremban-bukit jalil-ipoh
sampai semalam ada dalam kul 10malam.
penat. tapi insyaAllah berbaloi.
bukan senang nak senang.

p/s: lama tak letak perkongsian dan motivasi. nanti oke. now terlalu bz. on9 seminggu sekali. time ni la nak cita pengalaman.. huhu

Sunday, May 8, 2011

wooouu LI ~

bismillahirrahmanirrahim~

1st week untuk Latihan Industri
sangat lah penat
padahal takde pun keje sangat
1st week ni diberi task kat purchasing
jaga setor je pun
ada la sikit2 kot kene mengena
ntah la
terima je la keje apa pun
cuba ikhlaskan hati

setiap hari akan bangun 5 pagi
dan balik rumah suriyani kurang lebih time maghrib
suriyani, terima kasih tumpangkan rumah anda
dan farah yang tumpangkan bilik anda

yes.
lagi 6 minggu
cepatlah!

oh, esok di bahagian steward... selamat tinggal setor! :D