bismillahirrahmanirrahim~
antara pesan Rasulullah kepada kaum wanita ialah berbekallah dengan taqwa dan berhiaslah dengan sikap lemah lembut.
Diriwayatkan dari Aisyah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda:
" Wahai Aisyah, bertaqwalah kamu kepada Allah dan berperangailah dengan lemah lembut. Sesungguhnya kelemah lembutan itu tidak lain adalah perhiasan dan jangan sampai dilepaskan sedikit pun, kerana tidak lain akan memperburuk".
ini antara isi yang terkandung dalam buku yang bertajuk "50 pesan Rasulullah S.A.W. kepada kaum wanita". Namun begitu, apakah yang dimaksudkan dengan taqwa itu? Dan Apakah jalan untuk menuju ketaqwaan itu?
Maksud taqwa.
Menurut Syara' , Taqwa bererti menjaga dan memelihara diri dari siksa dan murka Allah dengan jalan melaksanakan perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat.
Rasulullah s.a.w. pernah menjelaskan hakikat taqwa dengan sabda baginda yang bermaksud :
"Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintah-Nya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupainya, bersyukur kepada-Nya dan tidak mengkufuri nikmat-Nya". ( Riwayat Imam Bukhari dari Abdullah bin Abbas rha. )
Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar : "Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri? Jawab Umar: "Ya". Tanya Ubai lagi: "Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?".
Jawab Umar : "Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati". Balas Ubai : "Itulah yang dikatakan taqwa".
Menurut Ibnu Abbas r.a. : "Al-Muttaqin (yakni orang-orang bertaqwa) ialah orang-orang beriman yang memelihara diri mereka dari mensyirikkan Allah dan beramal menta'atiNya".
Menurut Hasan al-Basri : "Orang-orang bertaqwa ialah orang-orang yang memelihara diri dari melakukan perkara yang diharamkan Allah dan mengerjakan apa yang difardhukan Allah ke atas mereka".
Berkata Abu Yazid al-Bustami : "Orang bertaqwa ialah seorang yang apabila bercakap, ia bercakap kerana Allah dan apabila ia beramal, ia beramal kerana Allah".
Jalan menuju ketaqwaan.
1. Muahadah,
Hendaklah kita mengingati perjanjian kita dengan Allah iaitu dengan menjadikan Allah sebagai Rabb. Al-fatihah, Doa Iftitah.
2.Muraqabah
Merasakan keagungan Allah swt setiap waktu dan keadaan serta merasakan kehadiranNya di kala bersendirian ataupun dikhalayak ramai. IHSAN
3. Muhasabah
Menghisab diri ketika selesai melakukan amal perbuatan.Apakah tujuan amal hanya untuk mendapatkan redhaNya @ apakah amalnya dicemari sifat riya’?
4.Mu’aqabah
Memberi hukuman pada diri, agar tidak mudah untuk melanggar kesalahan-kesalahan lain yang boleh mengakibatkan kesalahan itu sukar untuk ditinggalkan. Contoh: Berpuasa andai buat salah A. baca Quran 10 pages sehari kalau buat salah B.
5.Mujahadah
Memaksa diri dengan tegas, serius dan penuh semangat dan FAHAM untuk tetap mentaati suruhan Allah di kala terseret dengan kemalasan dan cinta dunia
No comments:
Post a Comment