Dari Abdullah bin 'Amr RodiyAllahu anh, Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Thursday, January 27, 2011

musim menangis.


bismillahirrahmanirrahim..

pernah stress tak?
kalau stress anda selalu buat ape?
jawab pada diri sendiri ehh
ada tak yang menangis?

kalau ada
maksudnya cara kita sama.
menangis!

walaupun kita nanges takde la secomel baby menangis tapi tak kira, nak nanges jugak! huuu

dan tak terkejut ramai je kawan2 yang menangis
yang kelakar nye ( tak kelakar pun sebenarnya )
macam berjangkit
kalau sorang menangis
yang lain pun macam dah terjebak
mengenangkan naseb dan stress yang dialami masing2

tak dapat dinafikan
sem ni memang sangat beban
beban bagi diri ini
dan sahabat2

tapi sahabat semua jangan risau
ada hikmah di sebalik semua ni
Allah hanya menduga hambaNya dengan dugaan yang mampu hambaNya tanggung
Dia lebih kenal kita berbanding diri kita sendiri
mungkin ini akan memudahkan kerja2 kita di masa hadapan
insyaAllah

dan berita baik bagi kita yang menangis.
time google2
jumpa la kebaikan menangis
antaranya:


1. Membantu penglihatan
Air mata dapat membantu penglihatan seseorang. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah pengeringan pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu titis ubat mata, cukuplah air mata yang berfungsi sebagai anti bakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis dapat mengurangkan tekanan dengan menangis, dengan itu mood seseorang akan datang kembali. Air mata yang dihasilkan melalui menangis kerana emosi mengandungi 24 % protein albumin yang berguna dalam menormalkan sistem metabolisme tubuh jika dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan akibat gangguan mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis kerana emosi adalah mengandungi racun. Keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.

5. Mengurangkan tekanan
Bagaimana menangis mengurangkan tekanan? Air mata mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan tahap tekanan, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh tekanan seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengenal erti sosial
Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dengan kawan-kawannya atau seseorang, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

7. Melegakan perasaan
Semua orang ingin merasa demikian. Walaupun anda diduga dengan berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama-lama perasaan itu.

haa
tengok.. kan ada hikmah tu
banyak kebaikan nya
jom positive!
lagi ok la jika nak dibandigkan kalau kita ambil anti-depressant drugs
yang lama2 akan merosakkan liver
remember!
drugs is never a magic bullet!! -bak kata Dr. Rohi
sayangi diri anda
sebab your body is always love uuuu ( ^ ^ )

p/s: Menangis kerana mengenangkan dosa2 adalah menangis yang paling baik sekali. kerana air mata yang menangis kerana Allah boleh memadamkan api neraka.SubhanAllah~

p/s/s: kenapalah korang pilih si pemalas ni jadi s/u?.. haih~






No comments:

Post a Comment