Dari Abdullah bin 'Amr RodiyAllahu anh, Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Saturday, July 31, 2010

antara sabar dan mengeluh~

bismillahirrahmanirrahim~


  1. adoi! menyampah betul.. hari2 pun ade je kerja
  2. bosan la.. asyik makan makanan cafe je hari2.. xde variety!
dan banyak lagi ayat2 keluhan sebenarnya..
ini bukan unt ditujukan pada siapa2 pun, unt diriku sendiri..
yang kadang2 x terlepas dari mmbuat keluhan..
astagfirullah!!
rse macam x bersyukur.
jadi, azam ak kali ni ialah cuba unt mengurangkan/ xnak mengeluh dah!! insyaAllah~


sebenarnya, setiap kali kita mengeluh,
semua jawapan unt keluhan kita tu ada dlm kalam Allah
cuma kadang2 kita x sedar
sbb kita baca je
baca baca dan baca
tp kita faham x???
hmm~
fikir-fikirkan
walaupun kita baca tafsir
mmg kita betul2 faham ke tafsirannya tu??
atau kita sekadar baca saje
baca sepintas lalu
ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri??
hmm~



Kenapa aku diuji ?


“Apakah manusia itu dibiarkan saja mengatakan , “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji ? dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta ." (Surah al- Ankabut, ayat 2-3)



Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan ?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatau, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)


Kenapa ujian seberat ini ?


“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 286)


Kenapa mesti
frust ?


“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah al-Imran, ayat 139)



Bagaimana harus aku menghadapinya ?


“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah ayat 45)



Kepada siapa aku berharap?


“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah at-Taubah, ayat 129)



Apa yang aku dapat dari semua ujian ini?


“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah at-Taubah, ayat 111)



Aku tak tahan!!!

“. .dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 87)



Sampai bila aku merana begini ?


“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah, ayat 5-6)




thnx iluvislam~
p/s: semoga ak dah x mengeluh lg lepas ni..




Thursday, July 22, 2010

Acute pharyngitis sangat suka kan ku ( ~ ~ )



Rasulullah Sollahu a'laihi wassalam bersabda: “Janganlah kamu mencela demam. Karena sesungguhnya demam itu menikis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” (HR. Muslim)

p/s : jom la jenguk org sakit ni.. ( ^ ^ )V

Sunday, July 18, 2010

kematian~

bismillahirrahmanirrahim~

tanda-tanda kematian seseorang

100 hari sebelum kematian:
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian:
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian:
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian:
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir sebelum kematian:
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

setakat mana kebenarannya, ak pun x sure..
hanya sbg peringatan bahawa setiap yg bernyawa pasti akan menghadapi mati
wallahu 'alam~

Wednesday, July 14, 2010

sem baru oh!~

bismillahirrahmanirrahim~

Wheuww....

MySpace

Akhirnya ada gak ruang unt ak bernafas. (nmpak sgt tipu) huhu~

MySpace


Class da stat wlaupun x la se bz mana pun

still penat jika nak dibandingkan time cuti

Wah. Sungguh relax time tu.

MySpace

Kali ni bilik single

Kat k5 pun ak single2 je... coursemate sume x de d sini

Jalan kaki pun single

Segalanya single2 belaka lah..

Kali ni siyes kene berdikari..

balik ipoh pun kene sendiri

dah macam pantun 2 kerat la pulak..

adeh!

Hidup penuh dgn onak cabaran

Dan mmg ni x d nafikan

Bagi ak cabaran yg paling susah sekali ialah unt pastikan sem ni ak dpt buat yg terbaik

Dan ak harap harapan tidak tinggal harapan tapi akan menjadi kenyataan...

Ya Alllah, perkenankanlah doa hambamu ini..

Anis, cabaran kau lagi banyak

Kuatkan semangat

Ak sentiasa d sisi

Membantu apa yg termampu

Berbalik pada tempat yg ak tinggal sekarang ni

K5 nama diberi

Okey jugak la

Dulu HOTEL katanya

Tp biasala, nama pun asrama en, mesti la ala2 usang sket

Tp, ak puas hati dan bersyukur sgt

Stiap jiwa yang berada dalam perjuangan xkan mengenal istilah tekanan..

xkan mengenal istilah ugutan..

xkan mengenal istilah kesakitan..

mereka berada dalam penuh kesyukuran..

tetapi hati mereka terubat dgn janji2 Allah..

menjanjikn hamba yang utuh berjuang dengan balasan syurga..

Inilah janjinya yang benar..

Thursday, July 8, 2010

cuba jatuh cinta lagi~

bismillahirrahmanirrahim~

tekadkan hati!!!!!!MySpace



Ye.. tekadkan hati..

Ak mesti cintakan kamu

MySpace

Suke kamu

MySpace

Syg kamu



Minat kamu

MySpace






Walaupun sebenarnya



Ak suke yg lain


MySpace

Tp kamu yg dtg


MySpace

Mase kamu dtg


Mak ayah suruh terima dgn hati terbuka

MySpace




Redha..


MySpace

Mungkin kamu yg terbaik buatku



Ape yg bg kekuatan pd ak??

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." [Al-Baqarah:216 ]

**********************************

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" [Al-Baqarah :2:286]




Bukan nye dy yg ak ske tu x dtg


...Tp mak yg tolak

MySpace

Mak x berkenan


Mak kate kamu la yg terbaik


Bukan ape


klo dy yg ak terima


Ak perlu berjauhan dgn mak






Mungkin...


...Akan ku buka pintu hati ni unt kamu


...Redha~redha~redha~ (ak cuba..kdg2 boleh terima kamu tp kadang2 dtg rs sesal ke hape ntah la ak pun x sure)





Tp mungkin


NUTRITION la yg terbaik

Ya Allah, tolong la berikan minat tu pd ak

Selama hari ni ak siyes study unt dptkan result elok

Xnak hampakan mak ayah

Dan ak study sbb ak nak mencari sedikit dr ilmu Allah




Bukan sbb minat kot

Ak pun x sure



Unt tukar kos dah terlambat rsnye

Dah 2 thn ak bertahan dlm kos ni

Tp.. klo x minat tu...

MySpace



Aisyah!!!! tolong la minat!!!

nutrition best!!!

be a nutritionist lg best!!!



Dpt jg berbakti..~~

Semoga dlm sem baru ni ak dpt menanamkan rs cinta pd kamu, NUTRITION!!!


Ya Allah, bantulah hambaMu yg lemah ni..bantulah Ya Allah..

Hati itu kadangkala perlu jua diketuk ia dgn ujian, agar ia terdidik utk tidak sentiasa selesa pada "kesukaan" tp juga selesa dgn "kesakitan"... jadi senyumlah wahai saudaraku, walau suka walau duka krn yg suka itu anugerah dan yg duka itu tarbiyyah dr ILAHI bwt hambanya yg dikasihi.. MySpace

"Walau di mana aku berada, aku tetap menjadi hamba Allah yang bersyukur.." InsyaAllah~

Sunday, July 4, 2010

hanyut~

bismillahirrahmanirrahim~





..lirix yg penuh bermakna..

manusia yang diciptakan Allah dengan kekuasaanNya
dilahirkan didunia setelah terikat janji antara kita dan Allah
kemudian setelah dilahirkan di dunia yg penuh dgn godaan dan tipu daya
untuk menguji keimanan dan hanya Allah yg boleh melindungi kita dari fitnah di dunia ini
kita serng lupa asal usul kita dan juga janji kita dgn Allah (sejak dahulu lagi sehingga dibinasakan oleh Allah dan diganti dgn umat yg lain)
akibat mahu mengejar nikmat dunia
kita lupa kita hanyalah seorang hamba
mengapa kita sesat walaupun telah diberi petunjuk melalui al-Quran dan sunnah??
kerana kita hanyut dgn nikmat dunia ini
namun telah Allah janjikan syurga untuk orang2 yang beriman dan bertaqwa



cipta dari segumpal darah jelma seraut wajah rahsia agungnya kudrat Tuhan dan dihembuskan nyawa diikatkan janji tunduk kepada-NYA

namun hakikatnya hidup sarat pesona dusta dugaan unt menguji kehambaan tiada tempat berlindung dari fitnah dunia selain perlindungan-NYA

berkurun terlukis sejarah alpa manusia dihanyut indah yang fana terlupa pada fitrah wujudnya hanya ditaraf hamba

tenggelam pada bisikan dunia tak sedar langkah mudik ke sengsara tergoda pada hasut sengketa rebut fatamorgana

telah disuluhkan laluan diberi segala pedoman seiring akal dan fikiran mengapa kehilangan??

telah tertulis pengakhiran pada selembar takdir insan jiwa yang penuh penyerahan itu yang dijanji syurga~


Sunday, June 20, 2010

bapa contoh sepanjang zaman~

bismillahirrahmanirrahim~

Luqmanul Hakim.

tokoh bapa sepanjang zaman

merupakan seorang ahli hikmah yang dikurniakan oleh Allah nikmat ilmu pengetahuan tentang hikmah.

nasihat2 nya unt anak tertulis di dalam kitab suci al-Quran untuk dijadikan tauladan kepada ibu bapa sepanjang zaman.

“Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal yang diwajibkan (oleh Allah).”
(QS. Luqman ayat 17)

***********************************

25 pesananan Luqmanul Hakim

01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 – Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

03 – Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 – Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 – Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 – Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya'~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 – Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu

************************************

nasihat yg merangkumi segala aspek kehidupan
yang jika diamalkan oleh semua bapa-bapa di dunia ini,
maka lahirlah generasi yang terbaik
bebas dari segala kezaliman, masalah sosial, penzinaan dan bermacam2 gejala negative yang pada hari ini sudah tidak boleh dibendung lagi.

semoga bermanfaat~