Dari Abdullah bin 'Amr RodiyAllahu anh, Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Thursday, September 29, 2011

mak.. iluv u~

bismillahirrahmanirrahim~

KALAU SAYANG IBU, BACA LA..X LAMA PUN, 5 MINIT JE..
Orang kata aku lahir dari perut mak... (bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak ...
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....... mak
Bila nak bermanja, aku dekati....... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma...... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan ..... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu jerit... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak Yang selalu nasihat aku...... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari..... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku ( yg Islam jgn sambut tau.. haram!!! he2)
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila.... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya..........
Tapi kalau mak sudah tiada..... ..... MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya

copypaste from fb.

ulangtahun kelahiran: persepsiku sudah berbeza!

bismillahirrahmanirrahim~

hari ini, pada usia 22 tahun . persepsi pada ulangtahun kelahiran pada diriku sendiri.

tiap saat yg berlalu tak mungkin dpt diulang kembali..

no such thing as jam doraemon ,nobita’s secret drawer and no such thing like time machine shown in ‘back to the future’..never..

Saya hairan bilamana sudah menjadi adat kebiasaan masyarakat menyambut ulangtahun kelahiran dgn keseronokan dan majlis yg bukan2..(tidak menjadi kesalahan jika untuk merapatkan ukhuwah tapi usahlah berlebihan sehingga melalaikan..) Jarang saya melihat majlis ‘hari jadi’(dh jadi lama dah..) diawalkan dgn doa buat yg diraikan atau disusuli di hujung majlis..

Ya..saya hairan….setiap kali detik2 ulangtahun melangkah,saya jd kaget… ‘Sekian-sekian’ usia telah saya lalui namun dosa yg dilakukan tidak surut,ikrar pd ALLAH dan Rasulullah melalui syahadatain yg saya perbaharui setiap kali solat selalu saja dimungkiri..(dgn tidak sepenuhnya meletakkan pergantungan pd ALLAH..)

Sering diri ini leka dan lalai.. Saya bimbang.. Serius.. Tak tipu… Saya bimbang. Kerana mula kelahiran saya telah lama ditinggalkan… Ajal menanti melambai2.. Malaikat maut menunggu tibanya waktu melangsaikan tugas.. Bagaimana agaknya nyawa saya diambil nnti.. Dlm keadaan bagaimana? Apa kesudahannya di alam barzakh nanti..kemudian bagaimana pula perjalanan saya ke akhirat kelak? Saya kan sepi.. Saya bakal keseorangan..dan pasti saya keseorangan andai tiada bekal amal.. “Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu (ajal), maka apabila telah datang waktunya (ajalnya) mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya. ” (Surah Al-A’raaf, ayat 34).

teman-teman… Usia…makin dikejar makin dibelakang… Usah terlalu girang menanti hadiah dan majlis serba meriah.. Sambutlah kedatangan tarikh itu dgn amal dan taubat.. Syukurlah masih diberi kesempatan bernafas dan masih lagi kekal dlm iman dan islam.. Mohonlah agar 2 ni’mat ini tak lari dari sisa usia yang berbaki..

renungilah firman ALLAH s.wt.. “katakanlah: Kematian yang kamu jauhi akan segera menjemputmu, dan kamu akan dikembalikan pada Yang Mahu Tahu, baik yang rahsia maupun bukan, dan Dia memberitahumu (segala kebenaran mengenai) hal-hal yang kamu kerjakan!” (SurahAl-Jumu’a (62): 8)


Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insan untuk kembali kepada penciptanya. Sekuat manapun kita lari, sejauh manapun kita cuba hindari, namun kematian akan tetap mengekori kita..semakin kita 'lari' semakin 'dia' menghampiri.. Sambutan meriah dan hadiah yg bagaimana lg mahu diminta tatkala membaca tafsir ayat ini..

bismillahirrahmanirraheem… “Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu (ajal), maka apabila telah datang waktunya (ajalnya) mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya. ” (Surah Al-A’raaf, ayat 34)

Sebagaimana kelahiran telah dilalui dan tak dapat diulang, kematian ada di hadapan kita dan tak dapat diabaikan. "Bertambah usia, bererti berkurang jangka hidup di dunia." Ayuh lewati tarikh lahir kalian dgn mengingati kematian yg semakin hampir..sgt2 hampir…terlalu hampirr… Ulang tahun kelahiran. sinonimnya,BerTambah tahun…. Apapun namanya, apapun makna asalnya,… letaknya tetaplah sangat dekat dengan awal kelahiran dan akhir kematian…maksudnya kita kembali kepada pencipta..(awal kelahiran dr pencipta,akhirnya kembali kpdNYA) sebagaimana kelahiran telah dilalui dan tak dapat diulang, kematian ada di depan mata dan tak dapat diabaikan.

Dan sebagaimana masa tua adalah hasil jejak langkah masa muda dan masa kini, maka kematian adalah not terakhir dalam irama muzik hidup kita…merdukah akhirnya atau sebaliknya??

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahwa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : " Bahawa malaikat maut meperhatikan wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berhura-hura dan bergelak-tawa."

Ada org kata,makin byk hadiah makin org syg tandanya.. Saya tak kisah(erti kata hadiah bukan tanda kasih)… itu bukan menjadi matlamat… Siapa yg memberi,ku tahu ikhlas dr hati..kpd yg tidak,ku tahu doa mengiringi.. Yg penting bg diri,nilaian ALLAH disisi “Sesungguhnya yang paling mulia di antara kalian adalah yang paling bertakwa.” (Qs. Al-Hujurat 49:13)

Allah Swt berfirman: “Dia-lah Yang menciptakanmu dari tanah, sesudah itu Dia menentukan ajal (masa hidup tertentu supaya kamu dapat menggapai kesempurnaan ciptaanmu), dan ajal yang pa sti hanya ada pada sisi-Nya (dan hanya Dia sendirilah yang mengetahuinya). Kemudian (dengan ini semua) kamu (musyrikin) masih ragu-ragu (tentang keesaan dan kekuatan-Nya).“(Qs. Al-An’am [6]:2)

dalam ayat yang lain disebutkan: “Dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur seorang yang berumur panjang dan tidak pula dikuran gi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam Kitab (Lauh Mahfûzh). Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah” (Qs. Fathir [35]:11)

Apa lagi utk tertawa bila terbaca hadith ini.. Abdullah bin Mas’ud berkata, Nabi SA W melukis empat segi untuk kami. Di tengahnya Baginda membua t garisan dan dekat garisan itu Baginda melukis beberapa garisan lain. Baginda juga m embuat garisan di luar kemudian be rsabda yang bermaksud: “Apakah kamu tahu apa ini? Kami menjawab: Allah swt dan Rasul-Nya lebih tahu. Baginda bersabda: “Ini adalah insan ( garisan yang di tengah), ini adalah ajal dan ia mengepungnya. Ini adalah beberapa hal baru (garisan yang di sekitarn ya), ia menggigitnya. Jika luput terhadapnya ajal ini, maka manusia digigit oleh beberapa hal baru ini. Da n yang ini adalah angan-angan (beberapa garisan di lua r).” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

“Dan kamu ragu- ragu serta ditipu oleh angan-angan kosong sehingga data nglah ketetapan Allah swt dan kamu sudah ditipu terhadap Allah swt oleh syaitan yang amat penipu.” (Surah al-Hadid, a yat 14)

Apa lg yg menjadi kebanggaan dunia bila ku terkenang bicara ini.. “you can’t take it when you GO” Jadi,setelah pjg lebar bebelan saya,apa pula erti ulang tahun kelahiran bagi saya? Dulu saya seperti kanak2 yang lain..menanti ulangtahun kelahiran dgn hadiah dan ucapan rakan2 dan teman..mengira2 hari utk tiba saat girang itu.. Tapi tidak kini setelah erti hidup mengajar saya..setelah Al Quran mendidik saya.. Ulang tahun kelahiran bukan milik saya..bukan memori saya tetapi flash back pengorbanan seorang ibu mengandung selama sembilan bulan dengan penuh dugaan dan kesabaran..malah,ulangtahun kelahiran ini menjadi saksi pengorbanan si ibu melahirkan saya..bersabung nyawa demi anak tercinta.. Benar,saya jaguh dari jutaan sperma yg turut ‘mahu’ disenyawakan..namun sungguh benar lagi bahawa semua itu dengan kehendakNYA..dan asal saya seperti dlm quran hanyalah dari setitis mani..ayam tak patuk,itik tak sudu..berkali2 saya diingatkan di dalam Al Quran akan hal ini.. Ulangtahun kelahiran saya mengimbau pengorbanan ibu dan ayah yg membesarkan..lantas bertambahlah kasih sayang pada mereka.. Seharusnya,logic muamalah sesama manusia,kita lah yg kena bagi hadiah kpd ibu dan ayah tapi syg,kini sebaliknya yg berlaku bila tiba hari ulangtahun kelahiran kita.. pernahkah kita mendahulukan hari ulangtahun bersejarah itu dgn ucapan penghargaan buat 2 insan istimewa ini selagi hayat mereka masih ada?? Buat Mak dan Ayah,tiada yg lebih indah dari mengetahui diriku adalah milik kalian..darah yg mengalir dlm tubuh ini adalah dari kalian..tiada ucapan penghargaan mahupun hadiah yg setanding utk diberikan namun doa buat mak dan ayah akan terus ku kirimkan..setiap pesanan yg diberikan akan sentisa menjadi bekal menjalani hidup ini..moga keluarga yg dibina menjadi hadiah yg paling berharga buat kita semua..seperti yang ayah pernah kata,moga keluarga kita menjadi keluraga hasanah dan keluarga qu dwah.. Ya ALLAH,di hari ku mengenang kebesaranMU dan kehebatan 2 insan dlm hidupku membesarkan ku,..ku mohon ENGKAU kurniakan bg mereka kesejahteraan dunia dan akhirat..pengampunan dan keselamatan dari bencana dan azab dunia juga akhirat..kurniakan mereka keteguhan iman dan syurgaMU. . Juga di hari ini,ku mohon padaMU sampaikanlah diri yg kerdil ini kpd kesempurnaan rukun ISLAM dan rukun IMAN.. Ya ALLAH diri ini sedang berusaha agarku diberikan kesempatan menunaikan haji di waktu mudaku..permudahkanlah jln ini bgku..Ya ALLAH,rahmatilah org2 yang bersamaku di waktu susah dan senangku..tempatkan mereka dlm golongan yang Engkau rahmati dgn nikmat iman dan islam..diri yg lemah ini memohon perlindungan drpdMu dari fitnah(syirik) akhir zaman dan dari segala macam fitnah yg bisa menggugah imanku..juga padaMu ku mohon keberkatan dan keredhaan usiaku yang semakin hari semakin hampir kpd ajalku..amin Ya Rabb.. moga sedikit perkongsian ini mmberi manfaat buat kita yg sering dlm kealpaan.. LA TANSA ZIKRULLAH

ilham: iluvislam~

Tuesday, September 27, 2011

pesanan buat kita

bismillahirrahmanirrahim

pesanan buat saya dan anda dari dia

"Pesan pada DIRI.. Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi.. Pada insan yang tak mengerti.. Kerana, sekali kau memberi, selamanya dia di HATI.. Kerana, sekali kau dilukai, sampai bila2 tetap kau ingati..Pesan lagi pada diri, hati2lah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI.."
[bella, september 2011]

siapa dan siapa

bismillahirrahmanirrahim.

Siapakah orang yang sibuk ?


Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumannya?


Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?


Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?


Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?


Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling cantik?


Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?


Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?


Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?


Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.





Siapakah org yg KEDEKUT ?


Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu dan tidak berkongsi pada orang lain.





Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain..

sumber: sini
rajin, singgahlah kat blog sumber di mana saya dapatkan ilmu ni
baru-baru ni terjumpa blog ni, salah satu penyumbang article iluvislam
dalam serabut2 dan keluh kesah, tenang juga bila baca blog ni
ditambah dengan alunan nama-nama Allah yang merdu
sangat tenang + informasi kat tepi2 blog tentang tokoh2 agama.
tambah pula dengan isi blog yang sungguh ilmiah..


Monday, September 26, 2011

masa itu emas.

bismillahirrahmanirrahim~

“Wahai masa lalu, tenggelamlah seperti matahari Mu..”

“Wahai masa hadapan, engkau masih dalam keghaiban. Maka, aku tidak akan pernah bermain
dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan.”

Thursday, September 22, 2011

sorrow.


bismillahirrahmanirrahim





hari ini Alia dimarahi oleh cikgu fauziah
atas kesalahan yang bukan dia ciptakan
memangnya cikgu fauziah juga manusia
yang ada kesalahan. itu alia faham.
tapi, cikgu fauziah sepatutnya dengar penjelasannya
sebelum memarah dan menyerang alia bertubi2
dan akhirnya.
itu hanya 'miscommunication'

cikgu fauziah tak berhati2
cuai semasa memeriksa

alia memang maafkan cikgu, berdendam tentu saja tidak
tapi, alia terguris. kecewa.
kata2 cikgu fauziah terngiang2
tajam sekali.
mungkin ada hikmahnya.
ya, ini dugaan dari Allah.. maka, bersangka baiklah.

susah sekali nak senyum time hati sedih
tapi bila kita buat. hati kita akan rasa tenang sekali. sangat tenang.

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda:
"Allah menyuruh malaikat supaya membawa seorang hamba ke neraka, maka ketika hamba itu telah berada di tepi neraka, dia menoleh dan berkata "Demi Allah, ya Tuhanku, sangkaku terhadap-Mu tetap baik."Maka , firman Allah kepada malaikat"Kembalikanlah ia, Aku selalu menurutkan sangka hamba Ku pada Ku".
(HR al-Baihaqi)


Tuesday, September 20, 2011

kerana aku seorang pejuang~

bismillahirrahmanirrahim~

Tatkala aku punya peluang untuk meraih gemilang di jalan yang lebih lapang,

Aku memilih jalan yang lebih terhalang,

Bukan mudah untuk menjadi terbilang,

Hari ini aku didukakan dengan ujian yang digelumang,

Ya Tuhan, jangan biar diriku seorang,

Memimpin diri yang serba kurang,

Aku insan yang perlukan ruang,

Agar dapat bernafas di sebalik bayang,

Aku tahu aku punya peluang,

Jangan dibiar aku berfikir songsang,

Jangan dibiar aku lemas dengan penyakit yang menyerang,

Aku cuba menggapai impian yang dipasang,

Moga Kau memudahkan aku merentas palang,

Agar berbaloi harga selembar jalan yang aku bilang.

Sirnalah malang,

Hadirlah terang,

Agar aku tidak gugur di medan perang,

Agar aku tampil sebagai pejuang,

Agar aku tampil sebagai pemenang.

(iluvislam, September 2011)


p/s: tensi ni. dah baca dekat2 30 jurnal.. but still kerja i tak gerak2 lagi..Ya Allah, tunjukkan aku jalannya..mudahkanlah Ya Allah~