Dari Abdullah bin 'Amr RodiyAllahu anh, Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Showing posts with label saje je. Show all posts
Showing posts with label saje je. Show all posts

Wednesday, February 15, 2012

writer block

bismillahirrahmanirrahim~

saya tak tahu sejak bila
tapi, saya dah tak boleh lagi menulis
kalau perasan banyak entry yang sebelum2 ni saya copy paste

saya dah cuba nak tulis banyak entry
sireyes banyaak.
banyak sangat yang terasa nak dikongsi kat sini selain boleh jadi rujukan saya untuk masa depan.
tapi, end up dengan saya delete balik semua entry2 yang saya nak tulis tu
saya rasa ayat saya ntah pape

ada juga kawan yang dah tanya2 bila saya nak update blog??
sebenarnya banyak benda saya nak cerita
pengalaman2 stat dari saya teman kawan saya berubat secara tradisional,bekam,henset rosak,baucer 1 malaysia,laptop rosak bertubi2,kene tipu..bla bla bla...
banyak lah soalnya.
agak menarik pengalaman2 tu (bagi saya la)
tapi, tak tertulis. kata2 tersekat2. terblock.
writer block.


p/s: writer block seolah2 'sign' untuk saya stop menulis dan berblog. mungkin lepas ni copy paste saje.

Saturday, December 17, 2011

walimah kita nanti.


bismillahirrahmanirrahim~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

**amaran: sesetengah orang mungkin memerlukan antiemetic sebelum membaca entry ini akibat keromantisan yang berlebih-lebihan. (heee) =P


Assalammualaikum,
Ku tujukan warkah ini buat bakal zaujku yang aku masih belum pasti siapakah orangnya cuma aku hanya ingin memesan sesuatu yang sangat penting bagiku. Semoga kau memahaminya.


Duhai bakal zaujku
Inginku memesan sesuatu kepadamu. Sungguhku mahu kau ketahui bahawa akulah orang yang sangat bahagia ketika walimah kita nanti. Sungguh daku menantikan saat ini dari tempoh yang lama dahulu andai kau ketahui dan fahami.
Apa yang daku ingin tekankan di sini adalah tentang moment kita nanti. Walaupun bukanlah ia satu keperluan tetapi pasti, daku ingin segala memori walimah kita dipaterikan dalam bentuk foto juga video. Mana mungkin walaupun daku seorang jurufoto, pasti mahu walimahku dilakarkan kenangannya untukku tatap di masa hadapan sebagai kenangan saat berbahagia kita mula bertemu. Mulakan hidup baru sebagai suami isteri, kau halal bagiku juga daku halal bagimu. Segala sentuhan mendapat pahala daripada dosa yang menambah murka-Nya.


Duhai bakal zaujku

JANGAN kau biarkan daku dinoda jurufoto lelaki yang akan menangkap gambar kemesraan kita yang akan memalukan diri ini juga akan mencemari permulaan hidupku sebagai isterimu. Kemesraan antara kita biarlah menjadi rahsia kita dan Allah, tak perlu ia dicemarkan oleh orang lain yang ajnabi bagiku juga dirimu.


Pertahankanlah daku daripada bersalaman dengan lelaki ajnabi yang berada dalam kalangan keluargamu. Daku terlalu takut jari jemari yang mulus ini bersentuhan dengan lelaki ajnabi yang haram menyentuhku selain daripada menyentuh dirimu yang halal bagiku.


Fahamilah daku jika daku kelihatan malu untuk bergambar bermesra-mesraan denganmu agar maluku tidak berkurang, juga imanku tidak dicemar hanya kerana ingin merakam gambar untuk tatapan kita pada masa akan datang.


Duhai bakal zaujku
Dahulu daku sering tertanya-tanya juga daku risau,
"Adakah pengantin yang bersanding pada waktu Zuhur sudah menunaikan solat sebelum bersanding?"
Dan hari ini kita akan disandingkan selepas Zuhur, daku berharap kau akan terlebih dahulu menunaikan solat sebelum itu agar ia menjadi permulaan yang baik kepada kita dalam meniti hidup bersama. Daku tidak permulaan kita dicemari hanya kerana kita ingin bersanding. Lebih ku rela tidak bersanding daripada meninggalkan suruhan-Nya. Sebaiknya solatlah secara berjemaah, insyaAllah lebih ganjaran dan keberkatan-Nya.
"Peliharalah kehormatanku sebagai isterimu di kala walimah kita nanti agar ia menjadi permulaan yang baik kepada kita dalam meniti hidup bersama."

p/s: eh. eh. tapi... saya tanak sanding.. huhu


gambar2: google~
sesungguhnya, article di atas sudah tentunya bukan karya tangan saya. diambil dari ilmiislam.com~

p/s: apa kes saya ni kan? tetiba cerita tentang walimah yang entah bila akan terjadi.
saya bukan apa, rasa seronok temankan sahabat saya beli tudung nikah dia, sambil survey baju2 nikah. sekurang2 nya nanti saya tahu mana nak beli baju pengantih yang murah tahu?

p/s/s:seorang sahabat lagi pula akan menyusul survey cincin tunang. waaahh. ( * * ) *mata tetiba bertukar shining* saya? err.. saya belum jumpa lagi putera agama saya (wahaha. tolong jangan termuntah ye kawan2) dalam usia2 sebegini, kawan2 semua bincang hal2 macamni. mahu tak mahu, saya juga terjebak sama. bukan apa, kadang2 saya rasa awkward sebenarnya *pura2 innocent. hehe* sampai ada satu malam tu, tak tahu camne terus termasuk bab kenduri kahwen. saya pun join, macam tak percaya saya boleh join bukan? *sebenarnya, saya sangaaat malu nak bincang hal2 kawen ni*sireyes!!* (tapi, malu2 saya pun saya post jugak kan isu ni?. oke. mungkin ni post pertama dan terakhir saya akan sentuh isu kahwen2 ni) eh. eh. tapi saya dah pegi kursus kahwen tahu? saya hanya dalam proses bersedia, dan saya berharap dia (entah siapa yang Allah kurniakan untuk menjadi imam bagi saya dan anak2 nanti) juga sedang membuat persiapan. (wah.) bila waktunya? itu urusan Allah. saya pun tak tahu. huhu.

p/s/s/s: saya baru nak tengok balik gambar yang kawan saya pakai tudung yang dibeli tu. dah la tudung tu saya yang pilih (ngeee).. gambar pun saya yang ambil tahu? rupanya dia dah delete semua dari simpanan saya semasa saya tak sedar. pandai ya kamu? saya baru nak tengok..sob3~ *bau2 sedih*

p/s/s/s/s: seriyes, ini yang terakhir kali!

p/s/s/s/s/s: harap antiemetic itu berkesan untuk anda. haha.

Tuesday, November 22, 2011

ibrah dari pengumpulan data (data collection) hari ini

Bismillahirrahmanirrahim

Saat saya sedang menulis entry ini saya baru sahaja pulang daripada mengumpulkan data (data collection) bagi peringkat yang pertama.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Ada beberapa ibrah yang saya kutip pada hari ini di samping mengutip data. Haha. (Menyelam sambil minum air limau =P ).err..


1. “Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan” [Al-Insyirah: 5-6]


Janji Allah itu sentiasa benar. Daripada semalam saya asyik memikirkan kemungkinan yang negative untuk saya mengutip data hari ini. Saya amat risau jika tiada orang yang ingin memberikan kerjasama. Sungguh! Sudahlah saya ni tak pandai nak bermesra dengan orang2, tiada ayat2 manis untuk memerangkap menarik minat mereka menjadi subjek saya. Cukup risau.


Saya bukan mahu fikir negative sangat sebenarnya, saya hanya tidak mahu memberi harapan setinggi gunung everest dan kemudian harapan itu berkecai2. Saya hanya mahu beri gambaran perkara paling buruk yang bakal terjadi (the worst thing tat will happen) -à (cubaan membela diri =P)


Tapi, hari ini segala yang saya risaukan itu tidak berlaku dengan dasyatnya (maksudnya still ada insan2 yang baik hati dan sudi mrnjadi subjek saya. ) =) Alhamdulillah.


Lagipula, ada rakan2 yang sudi membantu. Malah, ada pula yang masak untuk lunch. Terima kasih. Alhamdulillah. =) sedap sungguh rasanya dapat makan nasi minyak percuma =P


Untuk sesi petang pula, baru hendak bermula, kami diduga. Seorang demi seorang kakitangan UKM (adakah terlalu spesifik? Haha. Saya tak bagi tahu bahagian mana kan? =P) menolak untuk menjadi subjek saya. Saya agak hampa di situ. Hati bagaikan disiat2 dengan pisau (errr...tipu.) tapi saya series sedih sampaikan hilang keyakinan diri. (Oh! Saya tipu lagi) =P


Saya Cuma sedih la. Alamak. Kesian kawan2 saya. Hari dah mula memetang, kerja kat bilik pun banyak lagi. Jadi, saya nekad nak pulang awal. Tak kiralah berapa saja subjek yang dapat. Saya redha. Tapi ni saya cakap dalam hati je, belum pun beritahu kat diorang. Huhu.


Alih2 kat library, akak tu suruh saya tinggalkan 20 borang soal selidik, dan ambil no fon (phone) saya sekali, katanya bila dah siap dia akan kontek (contact) saya. Weeeee... Alhamdulillah lagi =) gembira. Weee... Sesungguhnya, Allah telah mengaturkan yang terbaik buat kami. Alhamdulillah. Weeee lagi!


Jadi, banyak tak banyak pun harini adalah dalam 41 orang. Cukup cukup bersyukur. Sebab mula2 saya bajet 25 orang je =)


“Bersama Kesulitan itu ada kemudahan” =)


“Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah urusan yang lain dengan bersungguh-sungguh. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap “ [Al-Insyirah: 7-8].


Jadi, kami pun pulang saja lepas tu. Hari pun mula kepetangan kan. Nanti bolehlah kami focus pada growth chart(urusan lain) pula =) . (padahal, balik2 update blog dulu? Apa kes saya ni??? (--- __---)”””)


Err.. saya bukan apa, saya nak melepaskan tekanan (release tension)-cubaan membela diri lagi? (* __ * )’’



2. Jangan menilai buku hanya daripada melihat kulitnya (don’t judge a book by its cover)

Sebelum ni (semalam) saya rasa risau sangat nak collect data dari pak guard n beberapa pekerja ukm lain yang saya dah target takut nak tanya diorang sebab muka diorang..err..muka diorang... errr... garang. Huhu... mungkin juga kurang dengan manisan seperti senyuman barangkali. Huhu. Jadi, saya pun membuat konklusi mereka itu garang dan sukat untuk didekati. Jadi, bagaimana untuk saya yang juga tidak peramah ini mahu mengutip data? Arghhh! Dilemma. Seriyes saya rasa risau.


Tapi itulah, hari ni semuanya telah terbongkar. Rupanya yang muka garang yang paling saya takut tu la yang baik. Yang bantu saya. Yang bagi senyuman. Yang boleh buat lawak lagi sambil2 menjawab soal selidik. Alhamdulillah.


Fuhh.. sedikit lega dan menambah kakuatan saya. Hehe. Itulah saya ni, berdosa su’uzon pada orang. ( TT TT )


3. S Sudah beri air kotak, mahu Ferrari (errrr..)

Bersyukur. Walaupun saya hanya dapat 42 orang je harini. Saya tetap bersyukur. Sekurang2 nya ada yang sudi menjadi subjek kan =)


Errr? Ada kaitan ke dengan ‘sudah beri air kotak mahu Ferrari?’


-Ada lah! =P


4. Husnuzon and always positive.

Lepas ni saya nak sentiasa husnuzon and always positive. Positive and kekal positive. Biiznillah.

Semoga urusan selanjutnya juga dipermudahkan Allah hendaknya =)


p/s: saya tak boleh lagi menarik nafas lega. sesungguhnya perjalanan ini masih panjang lagi. banyak lagi jalan2 yang berlobang yang perlu saya elak supaya tidak jatuh dan tersungkur (oh! sungguh hiperbola!)


p/s/s: sesungguhnya, percayalah, data collection itu bukan sesuatu yang mudah. amat berbeza dengan teori yang kita belajar kita dalam dewan kuliah. ia adalah tentang komunikasi kita di dalam masyarakat. ia adalah tentang bagaimana kita dapat memujuk mereka menjadi subjek kita. ia adalah tentang kesabaran kita melayan kerenah mereka yang bermacam ragam. ia adalah tentang errrr....errr.... cukuplah tu . hehe~

Tuesday, September 27, 2011

pesanan buat kita

bismillahirrahmanirrahim

pesanan buat saya dan anda dari dia

"Pesan pada DIRI.. Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi.. Pada insan yang tak mengerti.. Kerana, sekali kau memberi, selamanya dia di HATI.. Kerana, sekali kau dilukai, sampai bila2 tetap kau ingati..Pesan lagi pada diri, hati2lah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI.."
[bella, september 2011]

Saturday, August 20, 2011

cartoon dan masyarakat.

bismillahirrahmanirrahim~

Tarzan hidup separuh bogel..
Cinderella balik lewat malam..
Pinocchio menipu manjang..
Aladdin suka mencuri..
Batman memandu 320 km/j..
Superman pakai underwear kat luar..
Sleeping Beauty pemalas asyik tidur..
Snow White tinggal serumah dgn 7 lelaki..
Mcm mana budak2 sekarang tak terpengaruh dgn perbuatan2 tak bermoral macam ni.


bunyi macam kelakar kan?
tapi ada mesej yang terselit di situ.

saje nak share ayat ni
diambil dari status fb ex- lecturer saya di kmpk

Monday, April 4, 2011

makan durian dan ambil iktibar~

bismillahirrahmanirrahim~


Durian. Durian. Durian.

Musim durian sekarang ni. Perasan tak??

D27,d24-durian kawen,durian 5jari,durian remang,durian tembaga,durian kucing tido,durian susu,durian mangkor (erkkk!)

Tambah2 pulak kat Perak ni.. woooh..

Setiap pelosok ada saje orang jual durian.

Selang dua hari, mesti ada durian kat rumah ni.

Habes peti es berbau durian.. wuwuwu

Kene beli charcoal banyak2.

Tapi. Durian sedaaaaap.

sebelum dapat merasai nikmat kelazaatan durian yang tak terhingga sehingga menjillat jari tu

Terpaksa bertungkus-lumus membuka kulit durian

Ada yang senang je nak bukak

Ada yang susah gileeex!

belah durian pun kene ada skill.. =P

Tapi selalunya yang susah tu yang tersedaap

Jadi sebenarnya durian ni mengajar kita beberapa pengajaran

Berusaha sebelum mendapat merasai nikmat nye.

Makin kita susah berusaha, makin nikmat hasilnya.

Walaupun kadang2 isinya tak sedap, pahit la, masam la.. sangat jarang sekali orang membuang isi yang tak sedap itu kerana kita boleh membuat tempoyak dengan isi tersebut. Dengan itu, nanti terhasil lah sambal tempoyak yang dimakan bersama gulai tempoyak ikan patin. Atau pun bubur durian yang boleh dimakan bersama pulut! Hmmmppppp.. mantap sekali rasanya! =P

Ini bermakna, walaupun kadang2 usaha yang kita dah lakukan tak mendatangkan hasil seperti yang kita kehendaki, mungkin ada jalan penyelesaian untuk kita mendpatkan hasil yang lebih baik sebelum kita terus menerus berputus asa.

Yang tak tolong bukak kan durian pula, kene banyak2 bersabar menunggu sampai durian tu dibuka oleh abah..( macam aku jek kan..huhu)

Lagi? Mungkin tolong menolong. Kita akan sama2 berusaha bukak kulit durian dan makan beramai2. Tiada sellfish di sini. Walaupun kadang2 sorang je yang bukak durian, isinya pasti dikongsi bersama2 orang di sekitarnya.

Lagi? Mungkin jangan tamak haloba dan berlebih2 dalam sesuatu perkara. Durian sebenarnya dapat memberi effect pada suhu badan kita di mana dia boleh meningkatkan suhu badan kita. Akibat makan durian terlalu banyak boleh menyebabkan kita demam. Jadi, dia mengajar kita supaya bersederhana semasa makan dan berkongsi bersama orang lain.

Waah. Durian dah dibuka oleh abah penulis.

Oke. Nak makan durian XD

Sedikit tips: lepas makan durian, minum sikit oren sunquick yang pekat (lebih kurang 1 satu camca teh ) untuk elakkan sakit tekak. Setakat ni tips ni agak Berjaya bagi keluarga penulis. J

p/s: kenapa durian ni raja segala buah yep?? Hmmm~

p/s/s: gambar semua dari google. Tak sempat nak amik gambar, tinggal biji je! Huhu

p/s/s/s: makan durian di musim durian. Perkara biasa. Makan rambutan di musim durian. Ini luar biasa!

Sunday, March 6, 2011

henfon oh henfon!


bismillahrirrahmanirrahim~

oleh kerana hari ni hari Ahad.

mari kita jangan berat2 kan otak.

jom lapangkan minda dengan peribahasa ni


1. Bagai handphone dengan simkad.

- Ahmad dan Ali memang berkawan baik sejak keci lagi, dan hubungan mereka tidak dapat dipisahkan seperti kata pepatah, BAGAI HANDPHONE DENGAN SIMKAD.

2. Alang-alang beli hanphone, biarlah ada internet.

- Ahmad dan Ali datang ke kuala lumpur untuk melawat tempat-tempat yang menarik. Mereka juga tidak melepaskan peluang untuk membeli-belah, bak kata pepatah , ALANG-ALANG MEMBELI HANDPHONE, BIARLAH ADA INTERNET.

3. Jika kredit handphone ciput, jangan hendak berbual panjang.

- Mamat menasihati Marzuki supaya menambahkan dulu ilmunya sebelum mengajak ketua kampung berdebat, seperti kata pepatah, JIKA KREDIT HANDPHONE CIPUT, JANGAN HENDAK BERBUAL PANJANG.

4. Lain handphone lain ringtonenya.

- Maimunah terpinga-pinga apabila sampai di Jeran,kerana perbezaan bahasa, budaya, adat dan agama. Umpama kata pepatah, LAIN HANDPHONE, LAIN RINGTONENYA.

5. Sudah dapat handphone canggih, public phone tidak berguna lagi.

- Mek Jah berasa sungguh sedih melihat sikap Maimun terhadapnya selepas berkawan dengan Minah yang kaya raya. Benar sekali kata pepatah, SUDAH DAPAT HANDPHONE PUBLIC PHONE TIDAK BERGUNA LAGI.

ok. sekian sampai di sini.

p/s: sape dah baca sila belanja saya berger. hekhekhek

p/s/s: adik2 yang sedang bersekolah, jangan guna peribahasa ni time buat karangan okey! XD
p/s/s/s: ni bukan saya yang reka okey. saya cilok jeee kat forum. hehe ;P

Sunday, November 28, 2010

usai program kami =)

bismillahirrahmanirrahim~



"Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu daripada berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenalan (beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunannya atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan amal kamu)".
[al-Hujurat: 13]




alhamdulillah,
akhirnya selesai juga program kami
Program Pemakanan Sihat di Kampung Bharu,KL
gembira dapat bertemu komuniti Kampung Bharu dan berkhidmat untuk mereka
walaupun hanya memberikan perkhidmatan yang kecil sahaja
moga kita berjumpa lagi ^ ^


atas dasar kerjasama
kami berjaya melakukannya
tak kira bangsa, agama, jantina mahupun warna kulit
kami bergabung tenaga
dan akhirnya
fuhhhh!
selesai sudah program ini!! ^ ^


"Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam perkara-perkara kebaikan dan ketaqwaan dan janganlah kamu tolong-menolong dalam perkara-perkara kejahatan dan permusuhan."
[al-Maidah: 2]




Wednesday, October 20, 2010

rivi: komunikasi ~

bismillahirrahmanirrahim~

amaran lagi: entry ni bukan sume org boleh faham.hanya insan2 yang Allah pilih unt faham saje boleh faham..

dan siapa yg faham. tahniah! sebab bila penulis baca balik apa yg ditulis, dia sendiri x faham..


Penat sudah otak ini bermain2 dgn dadah

Cukup2

Nanti bila2 sambung balik

(ntah bile ntah..huhu)

“Mari kte mengaji komunikasi pulak ye..”

Ni adalah salah satu intrapersonal communication penulis setelah melihat buku Communication d atas meja..

Time2 otak jam begini elok juga ya buat bacaan yg ringan2 (ringan la sangat kan!)

“ok. Sila ke tepi buku farmako” – lagi satu contoh intrapersonal skill yg digunakan

Nah..

Topic 1: communication and its barrier~

Komunikasi ni adalah penghantaran maklumat/emosi/skill/etc melalui symbol samada bahasa/perkataan/gambar/muzik

Ada beberapa prinsip yg perlu diketahui dlm komunikasi iaitu:

1. Sebab – komunikasi perlulah bersebab..

2. Berterusan

3. Berhubungan

4. Mendapat ilmu

5. Bertukar messange- ini bergantung kpd receiver.. klo dy jenis yg pasif, kire msg x dapat la ditukar.


Ade beberapa andaian dlm komunikasi

1. Proses yg dinamik-jgn tnye kenapa,penulis sendiri pun x paham.. hoho

2. Transaction- maksudnya pertukaran yg bagi manfaat bg kedua2 pihak iaitu source and receiver

3. Shared code- org yg berkomunikasi tu shared code yg sama. Contoh: sama agama, kebudayaan mahupun bahasa ibunda.

Kenapa nak berkomunikasi?

1. Keperluan asas

2. Keperluan social

3. Sbb nak share sesuatu information/ belajar sesuatu yg baru

Komunikasi pun ada model mereka seperti

1. Social penetration model- maksudnye komunikasi akan jadi lebih rapat dan intim bila hubungan seseorang tu makin rapat.

2. Magic bullet theory- lebih bincangkan tentang media dan kuasa media kpd audience.

3. 2 step theory of mass com- maksudnye sebelum sesuatu info tu dtg kat kte semua melalui media, info itu akan ditapis oleh org tengah contoh mcm ahli politik.

4. Rules theory- teori dlm group com. Selalunya dah ade bebrapa rules supaya kumpulan tu x berkomunikasi di luar lines yg telah ditetapkan.

dah la.. barrier baca sendiri. malas dah nak tulis~

Sekadar pemahaman penulis. Tak semestinya betul pun.