Dari Abdullah bin 'Amr RodiyAllahu anh, Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Sunday, June 6, 2010

Pernah ke tak??

bismillahirrahmanirrahim~

pernahkah kita menghargainya?..

nikmat yang tidak terhingga besar yang pernah Allah kurniakan kepada seseorang itu...

apabila dia dilahirkan sebagai ISLAM!!


nikmat ini wajib disyukuri kerana tidak mampu dibayangkan jika dilahirkan atas agama lain..




pernahkah?

MySpace


Hargailah nikmat islam itu,



Kerana dirimu islam itu begitu berharga!! (ala2 iklan maybellin plak)~


Kenape berharga??


Kerana ia tiket yg dpt membawa kita ke syurga..InsyaAllah~

MySpace

.:: Syukur ya Allah, kerana ak dilahirkan sbg seorang ISLAM::.


Namun, setelah kita dilahirkan sbg seorang islam,

Haruslah pula kita menunaikan tuntutan sbg seorang muslim pula,

Jgn islam pada nama sahaja!!


Seperti di dlm article ni..

Seorang pemuda yang berambut ala-ala karat mak saleh, berseluar gelebeh hingga meleret ketanah, bajunya bercorak salib, berspek hitam diselangi dengan tin Carlsberg singgah dimulutnya. Bergelak ketawa bersama kekasih yang berpakaian menjolok mata datang menemui anda lalu berkata:

"Saya orang islam. Lahir sebagai islam dan duduk pun di Negara islam (kalau boleh dikatakan Negara islam)."

Jika jawapan begitu yang diberikan kepada seorang pakcik mat saleh diluar sana, saya pasti dia akan berkata:

"Oh yeah? really? sambil tersenyum kelakar."

Adegan ini rasanya telah bersepah-sepah di Negara kita,


Kadang2 tu susah nak bezakan antara org islam dan bukan..


Bukan ape.. sapela ak unt menilai mereka..


Tp bila rambut dah karat2, baju pulak seksi meksi

Haish! Camne nak bezakan eh?!

(peribahasa rambut sama hitam hati lain2 rasanye dah x bole gune sbb rmbut dah bermacam2 wrna dah skang, kaler pelangi pun ade!!)..

so, ia akan bertukar menjadi sedangkan rambut pun lain-lain warna apakan hati manusia

wah! memanndai ak jek!!

MySpace


Teringat pulak ade suatu masa kat kenduri doa selamat kat daerah rumah ak dulu,

Ada sorang sis ni rambutnye karat, kulitnye melayu ..

Kesimpulannya dia mmg melayu la.

Time tu adek bongsu pegi tegur org tu “along, tu org putih ye??”

Sambil menuding jarinya yg comel tu kea rah sis tersebut

MySpace -> lebih kurang camni la terkezut nye adek ak bile dy nmpak 'omputih' kat kenduri tu.. punye excited!!haha~

Dah la kuat pulak tu!!

Haha.. ape lg sis td pun tersipu2

MySpace

Sbb malu ke, bangga ke, hape ke, ak pun x taw

Then, sume yg ade kat sekitar tu pndg dy n ketawa..

Peristiwa ni berlaku beberapa thn dulu..

Time tu adek ak pun kecik lagi

And time tu ssh kot nak jmpe org rambut karat kat kenduri doa selamat daerah rumah ak ni..

time sekarang..ntahlah..

pikir sendiri..

wallahu'alam~

p/s: agak2 la sis tu, kenduri doa selamat tu!!ish2~




Friday, June 4, 2010

pengalaman aktivis LL4G~

bismillahirrahmanirrahim~





ulasan yg lebih lanjut di Free Our Mind

Thursday, June 3, 2010

tears~

bismillahirrahmanirrahim~

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Berbaloikah??

Air mata yg mengalir kerana result exam yg x memuaskan?? ->tp itula yg terjadi MySpace


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Nak kata x berusaha..tipula..

Mungkin belum cukup kot..MySpace

Berdoa pun sudah,

Mungkinkah doaku x dterima?? Ntah la.. hanya Allah yg tahu..

Tp ak pasti Allah telah merencanakan yg terbaik unt diri ini..

Mungkin yg terbaik itu ialah begini..

Kalau begitu, yep.. ak redha~

Dan akan terus berusaha unt mencari ilmu d bumi Allah ini sehingga nafas ak yg terakhir!!

insyaAllah.. akan ak cuba buat yg terbaik..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

unt renungan kita bersama..

wasiat Imam Hassan al- Banna
saudaraku..
janganlah engkau BERPUTUS ASA,
kerana putus asa BUKAN AKHLAK SEORANG MUSLIM,
ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah impian semalam,
dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok.
waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian
masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita,
meskipun fenomena-fenomena
kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka.
yang lemah tidak akan lemah di sepanjang hidupnya
dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.

****************
bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu
yang menciptakan segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuat keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu
kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya
untuk sesuatu yang sia-sia
bukan kerana Allah tidak tahu derita hidupmu,
retaknya hatimu,
tapi itu yang mungkin Dia mahu,
kerana Dia tahu
hati yang sebeginilah lebih lunak,
mudah untuk dekat dan akrab denganNya..

*************************

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." [Al-Baqarah:216 ]

****************************************

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman" [surah ali imran:139]


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Monday, May 31, 2010

doakan saudara kita!!!!

PEMBUNUHAN TERBUKA DI LAUT LEPAS
Dunia Menjadi Saksi Atas Kekejaman Dan Sikap Keganasan Israel Di Perairan Antarabangsa Laut Mediterranean
KUALA LUMPUR, Mei 31 – PERBUATAN jijik dan amat memalukan yang dilakukan oleh rejim Israel pada hari ini dengan mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu.
HALUAN Malaysia selaku ketua NGO delegasi Malaysia ke LL4G dengan ini mengajak seluruh lapisan masyarakat, tidak kira kaum ataupun agama, agar segera mengutuk dan mencela Israel atas sikap kurang ajar mereka ke atas pelayaran damai (Freedom Flotilla) yang membawa barangan keperluan hidup harian kepada penduduk Gaza yang semakin terhimpit dek tekanan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan oleh rejim Israel di bawah pemimpin-pemimpin mereka yang mendapat dokongan kuat Amerika Syarikat dan Britain.
“Kami ingin menegaskan bahawa penindasan Israel ke atas rakyat Palestin dan kini pembunuhan terbuka di atas kapal penumpang “MV Mavi Marmara” dengan penggunaan peluru hidup ke atas penumpang yang sedang tidur telah menzahirkan sikap ganas Israel yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan mahupun undang-undang maritim antarabangsa yang menegaskan bahawa tiada suatu negara pun berhak bertindak sewenang-wenangnya di perairan antarabangsa. Jelaslah Israel telah bertindak ala samseng dunia. Kini satu dunia mengutuk Israel dan konco-konconya,” tegas Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman, Presiden HALUAN Malaysia.
“Kami ingin menegaskan bahawa seluruh penduduk dunia yang diwakili oleh para sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dari lebih 50 buah negara yang berada di atas kapal tersebut itu, mengutuk sikap Apartheid yang ditunjukkan Israel itu sebagai satu tindakan yang amat kejam. Israel telah sedar bahawa modus operandinya selama ini untuk decimate ataupun meluluhkan bilangan rakyat sah warga Palestin daripada tanah tumpah darah mereka sendiri sebagai suatu tindakan bangsa yang bangkrap adab, akhlak, idea dan tamadun. Israel sudah tahu bahawa sudah ada gerakan antarabangsa yang kini sedang menjadi arus penentangan ke atas polisi luarnya yang amat menindas dan amat tidak berperikemanusiaan. Dakwaan mereka sebagai negara “underdog” yang dikepungi negara-negara Islam sudahpun lapuk dan kini Israel mahu mempamerkan yang ia mampu berlagak samseng di mata dunia untuk melangsungkan agenda kejinya itu. Ketahuilah, bahawa warga dunia tidak akan berpeluk tubuh terhadap sikap Apartheid Israel itu. Dunia TIDAK akan memaafkan Israel,” ujarnya lagi.
Pada bulan April yang lepas, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman menegaskan di dalam suatu sidang akhbar bahawa penglibatan HALUAN di dalam misi LL4G ini adalah untuk “expose to the public the crimes which is being inflicted by the Zionist Israel regime and its allies upon the citizens of Gaza and the Palestinian Nation as a whole”. Kini, buktinya telahpun jelas lagi nyata.
Rejim Israel mengisytiharkan bahawa permusuhan mereka bukan hanya kepada orang Islam tetapi semua bangsa dan agama yang menentang agenda zionisnya. Sebab itulah tanpa rasa malu mereka telah memusnahkan masjid, gereja, hospital, sekolah, universiti, kompleks pentadbiran, stesen janakuasa elektrik, tadahan air minuman dan semua yang diperlukan untuk kelangsungan hidup.
Rejim ganas ini PERLU disekat oleh kita semua, rakyat Malaysia.
HALUAN dengan ini menegaskan bahawa kami melalui gabungan semua NGO dan badan-badan lain yang menentang sikap degil dan kejam Zionis Israel akan “Bersatu Untuk Palestin”. Kami menyeru semua lapisan rakyat Malaysia agar menulis surat atau emel kepada Duta Besar Amerika, Britain dan Mesir di Malaysia untuk menyatakan solidariti kita menentang sikap mereka yang menyokong bangsa dan negara Israel yang terang-terangan amat keji itu.
Akhirnya kami memohon dan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya berdoa dan bermunajat kepada Allah agar menyelamatkan semua sukarelawan yang menyertai LL4G dan menghancurkan Israel laknatullah.
sumber:di sini

Our hearts and prayers are with them~

bismillahirrahmanirrahim~
lagi kisah kekejaman yahudi laknatullah..
tak cukup dgn menyeksa rakyat palestin, bantuan disekat malah turut menyerang kapal bantuan ke gaza..
*******************************

ISTANBUL, 31 Mei — Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam serangan terbaru tentera laut Israel terhadap konvoi kapal yang dalam perjalanan ke Gaza hari ini.

Sumber memberitahu angka kematian kemungkinan antara 14 dan 16 orang.

Rakyat Malaysia yang menyertai misi membantu rakyat Palestin juga dikatakan berada dalam konvoi itu.

Bagaimanapun tidak pasti sama ada ada yang cedera dalam kejadian itu.

Saluran televisyen Israel, Channel 10 dan CNN melaporkan konvoi enam kapal yang membawa bekalan bantuan untuk rakyat Palestin dengan diketuai oleh kapal Turki bersama 600 orang penumpang diserang ketika meneruskan perjalanan ke Gaza tanpa mempedulikan halangan dan amaran rejim Yahudi semalam.

Dalam pada itu Turki dengan keras protes tindakan ketenteraan Israel tersebut.

“Tindakan ini tidak boleh diterima... Israel perlu berhadapan dengan kes tindakan ini,” demikian menurut Kementerian Luar Turki.

Justeru, Ankara telah memanggil duta Israel untuk menyatakan bantahan secara rasmi.

Sementara itu, Menteri Perdagangan dan Industri Israel Binyamin Ben-Eliezer memberitahu Army Radio negara itu bahawa beliau kesal dengan kejadian tersebut.

“Saya hanya boleh mengatakan kesal dengan kejadian ini,” kata beliau.

*****************************************

mari sama2 kita mmbaca qunut nazilah

bismillahirrahmanirrahim~

Maksudnya “ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan
Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari
Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami
memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak
mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka
kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami
bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas,
kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana
azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah
segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara
kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka
kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah
Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami
dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya
melainkan Engkau, ya Allah.”