Dari Abdullah bin 'Amr RodiyAllahu anh, Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Showing posts with label baiki diri. Show all posts
Showing posts with label baiki diri. Show all posts

Tuesday, January 31, 2012

ya, saya dah bertunang.

bismillahirrahmanirrahim~

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama. Negeri Barzakh, insyaAllah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

“Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?”

Aku menjawab tenang.. “Warna putih, bersih…”

“Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat.”

“Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan.”

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu. Helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama, sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang. As-Syifa’ aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

“Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?”

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

“Insya Allah, ‘dia’ tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama.”

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

“Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!”

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan ‘dia’ yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa’ ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

“Bila enti menikah?”

Aku tiada jawapan khusus.

“Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu…” Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

“Jemput ana tau!” Khalilah tersenyum megah.

“Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!” Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

“Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti…”

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu…

“Usah berlebihan ya…”

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

“Insyirah, jom makan!”

Aku tersenyum lagi… Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

“Tafaddal, ana puasa.”

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

“Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat… Tarikhnya tak tetap lagi ke?”

“Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi.”

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

————————————–

“Innalillahi wainna ilaihi rajiun…”

“Tenangnya… Subhanallah. Allahuakbar.”

“Ya Allah, tenangnya…”

“Moga Allah memberkatinya….”

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok ‘dia’ yang mendekatkan aku kepada Allah. Akhirnya, mereka kenali sosok ‘dia’ yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum. Akhirnya, mereka sama-sama mengambil ‘ibrah dari sosok ‘dia’ yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar…

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku. Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa’nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

“Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan ‘dia’ yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui.”

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian…

“Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?”

Ibu tenang menjawab… “Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh.”

“Allahuakbar…” Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

“Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama…”

Ibu angguk, tersenyum lembut… “Ini nak, bukunya.” Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr ‘Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk ‘Malam Pertama di Alam Kubur’.

“Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis… Khalilah tak tahu mak cik.”

“Dan sejak dari hari ‘khitbah’ tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan…”

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

“Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil ‘ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu.”


Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua’lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita… Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

sumber: sini


p/s: bukan saya saja, awak2 semua pun dah bertunang. ingat tu. jadi, jom siapkan diri kita supaya kita dalam keadaan yang cukup baik apabila tunang kita datang menjemput kita nanti. =)

Friday, December 9, 2011

jadikan islam cara hidup.

bismillahirrahmanirrahim.

>ISLAM ADALAH CARA HIDUP<

1.Jka kta marah-TOPUP wuduk untuk menyejukkan jiwa.

2.Jka kta bingung-KLIK doa agar tenang hati.

3.Jka kta dipuji-RELOAD syukur supaya tidak alpa.

4.Jka kta gagal-DOWNLOAD usaha untuk memberi semangat.

5.Jka kta kecewa-RESTART tenaga agar sentiasa sedar.

6.Jka kta bersedih-SELECT ibu bapa untuk meluah perasaan.

7.Jka kta berdosa-UNDO perangai itu dan bersolat taubat.

8.Jka kta berdendam-DELETE buruk sangka supaya bersih hati.

9.Jka kta berbohong-BACKSPACE kata-kata untuk memperbetulkan keadaan.

10.Jika kita buat maksiat-REGISTER SOFTWARE sikap baru dan bertaubat nasuha.


YA AZIZ, YA BAASITH, YA ALIYY, Buka hati dn lidah kami dan keluarga kami dikalangan yg sentiasa berzikir padaMU, tambahkan ilmu pengetahuan yg mendekatkan kami padaMU. Ampuni dosa kami YA GHOFFUR.

sumber: dari seseorang buat saya dan juga anda :)
moga bermanfaat.

Friday, October 28, 2011

tidur 100 tahun. al baqarah:259~



bismillahirrahmanirrahim~

tertarik dengan ayat 259; surah al-Baqarah. seperti ada cerita menarik di sebalik ayat ini.
usai bacaan, google2, terjumpa article di bawah ni.
semoga bermanfaat~

Dalam ayat ini, Allah memberikan perumpamaan lain, yang juga bertujuan untuk membuktikan kekuasaan-Nya. Akan tetapi tokoh yang dikemukakannya dalam perumpamaan ini bukanlah seorang yang ingkar dan tidak percaya kepada kekuasaan-Nya, melainkan seorang yang pada mulanya masih ragu tentang kekuasaan Allah. Akan tetapi setelah melihat bukti-bukti yang nyata, maka ia beriman dengan sepenuh hatinya dan mengakui bahwa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Disebutkan bahwa orang itu pada suatu kali berjalan melalui suatu desa yang sudah merupakan puing-puing belaka. Bangunan-bangunannya sudah roboh, sehingga atap-atap yang jatuh ke tanah sudah tertimbun oleh reruntuhan dindingnya. Karena masih meragukan kekuasaan Allah swt., maka ketika ia menyaksikan puing-puing tersebut ia lalu berkata: "Apa mungkinkah Allah menghidupkan kembali desa yang telah roboh ini, dan mengembalikannya kepada keadaan semula?"

Keraguannya tentang kekuasaan Allah untuk dapat mengembalikan desa itu kepada keadaannya semula, dapat pula kita terapkan kepada sesuatu yang lebih besar dari masalah itu, yakni "kuasakah Allah untuk menghidupkan makhluk-Nya kembali di hari berbangkit setelah mereka semua musnah di hari kiamat?"

Oleh karena orang tersebut bukan orang kafir, melainkan seseorang yang masih berada dalam tingkat keragu-raguan tentang kekuasaan Allah swt., dan ia memerlukan bukti-bukti dan keterangan-keterangan, maka Allah telah berbuat sesuatu yang akan memberikan keterangan-keterangan dan bukti-bukti tersebut kepadanya. Kejadian tersebut adalah sebagai berikut: Setelah ia menemukan desa itu sunyi-sepi dan bangunan-bangunannya sudah menjadi puing, ia masih menemukan di sana pohon-pohon yang sedang berbuah. Lalu ia berhenti di suatu tempat, dan setelah menambatkan keledainya, maka ia mengambil buah-buahan itu dan dimakannya. Sesudah makan ia pun tertidur. Pada saat itu Allah swt. mematikannya, yaitu dengan mengeluarkan ruhnya dari jasadnya seratus tahun kemudian Allah swt. menghidupkan-Nya kembali dengan mengembalikannya seperti keadaan semula dan mengembalikan ruhnya kepadanya. Proses "menghidupkan kembali" ini berlangsung dengan cepat dan mudah, tanpa melalui masa kanak-kanak dan sebagainya. Sementara itu sisa makanan yang ditinggalkannya sebelum ia dimatikan, ternyata masih utuh dan tidak menjadi rusak, sedang keledainya sudah mati, tinggal tulang-belulang belaka. Setelah ia dihidupkan seperti semula, maka Allah mengajukan suatu pertanyaan kepadanya: "Sudah berapa lamakah kamu berada di tempat itu?" Allah swt. mengajukan pertanyaan itu adalah untuk menunjukkan kepadanya bahwa ia tidak dapat mengetahui segala sesuatu, termasuk hal-ihwal dirinva sendiri. Hal ini telah ternyata benar. Orang itu menyangka bahwa ia berada di tempat itu barulah sebentar saja, yaitu sehari atau setengah hari saja. Sebab itu ia menjawab: "Aku berada di tempat ini baru sehari atau setengah hari saja." Lalu Allah menerangkan kepadanya bahwa ia telah berada di tempat itu seratus tahun lamanya. Kemudian Allah swt. menyuruhnya untuk memperhatikan sisa-sisa makanan dan minuman yang ditinggalkannya seratus tahun yang lalu yang masih utuh dan tidak rusak. Ini membuktikan kekuasaan Allah swt. sebab biasanya makanan menjadi rusak setelah dua atau tiga hari saja. Allah swt. juga menyuruhnya untuk memperhatikan keledainya yang telah menjadi tulang-belulang itu pada tempat itu. Kemudian Allah swt. memperlihatkan kepadanya bagaimana Dia menyusun tulang-tulang itu pada tempat dan susunannya semula. Sesudah itu diberi-Nya daging dan kulit serta alat tubuh lainnya serta dimasukan-Nya roh ke tubuh keledai itu sehingga ia hidup kembali. Setelah melihat kenyataan-kenyataan itu semua, maka orang tersebut menyatakan imannya dengan ucapan, "Sekarang aku yakin benar-benar bahwa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu termasuk menghidupkan kembali makhluk yang sudah mati." Dan berdasarkan keyakinan itu hilanglah keragu-raguan tentang hari berbangkit.

Dalam ayat ini Allah swt. tidak menjelaskan nama orang tersebut serta nama negeri yang dilalui itu yang dipentingkan dalam ayat ini adalah pelajaran yang dapat diambil dari peristiwa itu.

Bukti-bukti kekuasaan Allah swt. yang diperlihatkan dalam ayat ini adalah sebagai berikut:

  1. Orang yang dihidupkan kembali setelah mati seratus tahun lamanya. Tulang-tulang keledainya menjadi bukti untuk memastikan bahwa keledainya itu benar-benar telah mati sejak waktu yang lama. Dan Allah swt. kuasa menghidupkannya kembali.
  2. Sisa-sia makanan dan minumannya seratus tahun yang lalu ternyata masih utuh tentu saja atas kehendak dan kekuasaan Allah swt. Ini membuktikan kekuasaan-Nya sebab dalam keadaan biasa, makanan dan minuman akan rusak setelah beberapa hari. Atau makanan itu memang telah rusak tetapi Allah swt. dapat mengembalikannya seperti semula. Inipun menjunjukkan kekuasaan-Nya.

  3. Keledainya yang telah lama mati dan tinggal tulang-belulang belaka oleh Tuhan dihidupkan kembali seperti semula. Dan hal ini dilakukan dihadapan mata orang tersebut agar dapat disaksikannya dengan nyata.

Semua hal itu merupakan bukti-bukti yang nyata tentang kekuasaan Allah dan bahwa Allah swt. kuasa menciptakan sesuatu dan kuasa pula untuk mengulangi kejadian makhluk-Nya itu. Maka sirnalah segala macam syubhat dan keragu-raguan dan timbullah keyakinan yang kokoh tentang keesaan dan kekuasaan Allah. Ia Maha Kuasa atas segala sesuatu, termasuk membangkitkan dan menghidupkan kembali makhluk-Nya di akhirat sesudah kiamat.

sumber: sini

selain itu, mahu kongsi ayat ini juga.

peringatan buat saya dan anda :)

Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui. [2:261]

Perkataan yang lebih baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi tindakan yang menyakiti. Allah Mahakaya, Maha Penyantun. [2:263]

saya sedang membuat bacaan di surah al-baqarah. sebab tu lah semua nya pun dari surah al-baqarah =)

Sunday, March 20, 2011

NHMS 4 will be held this year


bismillahirrahmanirrahim

NHMS stands for The National Health And Morbidity Survey and this survey were usually held once in every 10 years, which is starts from 1986 and the last was conducted in 2006.

But, what happen now?

Kenapa tiba2 nak buat tahun ni?

Belum 10 years lagi kan? Suppose to be in 2016..

*eh tetiba bahasa rojak*ampun*

Nak tau sebab ape?


sebab KITA la

ye.. sebab KAU

dan aku juga kot (hehe)

haa tu la

tak jaga kesihatan

pakai main makan je?

tau tak apa masuk dalam perut tu?

last2 nanti jadi darah daging kan

dan jadi penyakit?

kan Rasullullah dah pesan kat kita

perut tu adalah punca bagi pelbagai penyakit!!


leka la lagi kan..

sebab kita tak dengar la, jadi dapat macam2 sakit ni

prevalens untuk penyakit 3 serangkai (kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung) makin lama makin meningkat.

sedarkah?

mungkin bagi sesiapa yang belum kene/ takde famili dia yang kene lagi

so, dia tak sedar la

aku pun tak kene

famili aku pun takkk ok

tapi kita kene aware la

sebab masalah ni dah semacam epidemic (penyakit berjangkit ala2 denggi gitu)

walhal ia bukanlah penyakit berjangkit!

kenapa begini?


penyakit 3 serangkai yang macam dah diterangkan di atas ni sebenarnya adalah penyakit kronik

maksud di sini ialah penyakit yang boleh bawa maut.

Penyakit 3 serangkai ni biasanya berisiko untuk orang yang dalam golongan obesity.

Sedarkah kita?

Semasa kita ber jalan-jalan keluar rumah.

Dalam 5 orang yang kita jumpa, pasti 2 di antara mereka adalah obese???

Lain kali sila kira ok. =P

Percayalah. Malah, mungkin lebih dari 2 orang!


Kementerian Kesihatan amat bimbangkan hal ini

Sebab itulah NHMS yang sepatutnya diadakan pada 10 tahun sekali dicepatkan

Dan mungkin selepas ini 4 tahun sekali pula

Kita pula?

Hai

Orang lain pula yang beria2 nak kisahkan hal kesihatan kita ?

Jadi lepas ni ubah sikap

Ya, semuanya bermula dari sikap kita

Kita yang semakin malas

Malas nak jalan, malas nak naik tangga, malas nak makan, malas nak bersenam dan macam2 malas lagi lah..

anda beginikah??


Ni semua sebab teknologi (eyh, jangan salah sangka, aku tak salahkan teknologi)

Aku nak cakap yang semakin kita canggih dalam dunia yang moden ni, makin manusia jadi malas (errrkk.)


Sekarang, shopping pun pakai internet je

Tak payah penat2 keluar

Nak makan?

Calling2 sudah.

Tup2 makanan depan mata.

Rajinkah ini?


mungkin kalau takde inisiatif yang diambil

menjelang 5 tahun akan datang

semua warga malaysia ni gemuk2 belaka


tengok siti, gemuk2 pun comeyy .. ngeee

tapi jangan ye, walaupun comey, tak sihat!

diambil dari google.sekadar gambar hiasan. jangan gelakkan. berdosa!




p/s: aku cakap kita. Maksudnya aku pun termasuklah.

p/s/s: lect Dr Zit tadi sangat member kesan =) tentang ni lah + obesiti

p/s/s/s: kalau kita betul2 ikut ajaran Allah dan sunah Rasulullah. Ni mesti tak berlaku,insyaAllah. Sebab Allah lebih tahu keadaan fisiologi kita.

p/s/s/s/s: time nak tulis entry ni, berjam2 duk depan laptop ni, tak tau nak tulis guna ayat yang "umppphh"... sorry la, setakat ni je termampu..skill penulisan aku sangat terukkk!!!!!!!!sangaaaat!!!! i wonder macamana boleh dapat A time SPM dulu?? mungkin rezeki...so, thanks sebab baca entry yang kurang berkualiti ni... ( T T ) jadi, lepas ni kene banyakkan latihan.. yah!!

nah! bukti ye kawan2..from NST..


LABIS: The fourth national health and morbidity survey will be carried out this year to help stop the up trend of non-communicable diseases in the country.


Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said today that non-communicable diseases had increased from eight per cent in 1996 to 14.9 per cent in 2009, prompting the decision to hold another survey focusing on NCD.

The surveys were usually held once every 10 years, the last of which was conducted in 2006.

The ministry has decided to carry out a national health and morbidity survey once every fours years from now, Liow told reporters after visiting the Air Panas health clinic near here.


"The survey will give us the latest statistics and other information to plan action to curb NCD, especially diabetes and high blood pressure," he said.

Liow said that studies by his ministry showed that an unhealthy diet and physical inactivity were among the main reasons Malaysians suffered from NCD.

He said that his ministry had allocated RM5,000 to every district to promote awareness of NCD at the community level.

Liow referred to the national strategic plan for non-communicable diseases which he announced last year to prevent or delay the onset of NCD like diabetes and cardiovascular ailments.

He also said the 1Malaysia Mobile Clinic for Johor will be launched in April after three more mobile units are completed in March. -- BERNAMA



Monday, February 14, 2011

janjiku

Bismillahirrahmanirrahim..

Korang penah mungkir janji tak??

Aku? Banyak kali..

Kesian kekasih aku.

Tapi sabar je dengan perangai aku yang loqlaq.

Janji, lepas tu mungkir janji

Janji balik

Lepas tu mungkir lagi, lagi dan lagi

Kalau korang mesti dah tanak percaya dah kan kat orang camni

Tapi kekasih aku ni lain

Dia sangat baik.. sangat2

Oh ye. Entah layak ke tak aku jadi kekasih dia

Macam2 dia bagi kat aku

Tapi.. dia tak pernah mintak aku apa2 pun

Aku tak pernah nak bersyukur

Sedih la..

Bila la aku takkan nak mungkiri janji aku

Aku tanak sampai time tu nanti

Dah terlambat

Dah tak boleh janji lagi

Tanak2.... ( T T )




Semalam ku berjanji
Pada diriku ini & jua kepada diriMu
Daku telah berjanji
Tak akan mengulangi kesilapan kulakukan kelmarin

Tapi hari ini Kau saksikan
Diri ini telah lakukan
Dosa yang kujanji takkan ku ulangi

Rasa seperti telah hilang percaya pada diri
Dan rasa amat malu untuk menghadapMu
Kerna ku sering mungkir janji pada diri sendiri
Oh Tuhanku kuharap ampunan dariMu

Oh Ya Allah,
Telah kurasa seluruh nikmatMu
Umpama istidraj yang menggunung tinggi
Kerna kesilapanku yang sendiri tak mampu
Untuk Iltizam pada taubatku...Oh Tuhan

Oh Tuhan
kuharapkan..Kau ampunkan dosaku
Hulurkanlah padaku maghfirahMu
Ku sedar diri ini hanya hamba yang lemah
Oh Tuhan Kau terimalah taubatku.