Thursday, March 3, 2011
sabar itu hebat
bismillahirrahmanirrahim~
"Wahai Nabi (Muhammad) ! Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu, niscaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang (yang bersabar ) di antara kamu, niscaya mereka dapat mengalahkan 1000 orang kafir, kerana orang2 kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti." [ Al-Anfal:65]
"Sekarang Allah telah meringankan kamu kerana Dia mengetahui bahawa ada kelemaham padamu. Maka jika di antara kamu ada 100 orang yang sabar, niscaya mereka dapat mengalahkan 200 (orang musuh) ; dan jika di antara kamu ada 1000 (orang yang sabar) , niscaya mereka dapat mengalahkan 2ooo orang dengan seizin Allah. Allah berserta orang-orang yang sabar." [Al-Anfal:66]
p/s: dua ayat berturut2 Allah menceritakan tentang kehebatan orang yang bersabar. Jadi, amatlah dituntut sifat sabar ini dalam diri seorang muslim. kerana sabar itu sebahagian daripada cabang iman. :)
p/s/s: Ingat! ALLAH BERSERTA ORANG2 YANG SABAR. Maka, beruntunglah kita jika kita dapat menjadi orang yang sabar. :)
UsAha Lah. Nikmat ada di depan mata.
bismillahirrahmanirrahim.
Yang demikian itu kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah suatu nikmat yang telah diberikanNya kepada suatu kaum, sehingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.
[Al-Anfal:53]
p/s: so, jangan malas2 ye cik aisyah. chaiyok2! Ganbatte Kudasai! :)
Tuesday, March 1, 2011
selagi masih memohon keampunan
bismillahirrahmanirrahim~
Tetapi Allah tidak akan menghukum mereka, selama engkau (Muhammad) berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan menghukum mereka, sedang mereka masih memohon ampunan. [Al-Anfal:33]
Monday, February 28, 2011
nak balasan dunia ke akhirat?
bismillahirrahmanirrahim~
Diriwayatkan dari Anas bahwa Rasulullah bersabda;Apabila Allah menghendaki kebaikan pada seorang hamba-Nya maka Dia menyegerakan hukuman baginya di dunia; sedang apabila Allah menghendaki keburukan pada seorang hambaNya maka Dia menangguhkan dosanya sampai Dia penuhi balasannya nanti di hari Kiamat. [Hadits riwayat At-Tirmidzi dan Al-Hakim]
kesimpulan : lebih baik dapat balasan kat dunia ni kan? kan? kan?
Tuesday, February 22, 2011
stress ini membunuhku!!
bismillahirrahmanirrahim~
wwwoooaaaaaaaahh
stress!
stressssss!
stresssssssssssssss!
ssssstreeessssssssssssss!
erkkk..
ni memang tahap maksima

eeeerrrrrrrrrkkkkkkkkkkkkkkkkk....
saya tak suka seteres
sila pergi
kamu tak di jemput
sejak bila ntah saya kenal kamu
dulu2 hidup saya hepi je tanpa kamu
jadi,
shooooooh
sila pergi!!!!
p/s: banyak sangat ke keje aku nih? tak rasanya. ada orang lain lagi banyak. tapi kenapa aku stress sangat ni haa??????!
p/s/s/s: merepek je aku nih. sory sebab dah buang masa korang unt baca.hehe~ =P
salah ke bagi salam?
bismillahirrahmanirrahim.
salam.
salah ke aku bagi salam?
ada orang kata 'salam' means goodbye.
yeke?
apakah maksud 'salam' dalam bahasa arab?
tau ke?
pakai cakap je!!..
salam dalam bahasa arab bermaksud keamanan dan kesejahteraan. same goes to 'as-salam'.
kat sini kita boleh relate dengan ayat bm (yang dipinjam dari bahasa arab sebenarnya) yang kita selalu gunakan iaitu salam sejahtera
tengok tak berita kat tv?
salam sejahtera tu dia cakap time stat2 kan?
habes pun ada kot. tak sure :P
ah. persyaiton kan itu semua. yang penting maksud salam itu sendiri.
dia bukan bermaksud selamat tinggal.
ramai yang dah silap ni.
"Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). "[QS. 43:89]
menurut seorang yang ahli dalam bidang bahasa arab,
salam yang digunakan dalam ayat di atas ni digunakan untuk maksud majaz (iaitu maksud tersirat) yang membawa maksud selamat tinggal.
"Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan."
jadi, di sini rasa nya dah jelas maksud salam itu ialah keamanan dan kesejahteraan
dari segi maksud kita memberi salam pula terpulang pada intention kita sendiri..
namun begitu, sekiranya intention seseorang itu memberi salam untuk mengucapkan selamat tinggal, takpe je sebab maksudnya bukan buruk pun.. sekadar cuma ucapan untuk berpisah sementara.
regarding askum, samekom, wsalam, akum dan sewaktu dengannya
ayat ini tak memberi apa2 makna dalam bahasa arab. kalau dalam bahasa lain, wallahu'alam..
buat apa nak guna ayat yang tak memberi makna kan?
tak de makna nya!
dan sebaik-baiknya gunalah ayat seperti yang Rasulullah ajarkan pada kita :)
Assalamualaikum~
p/s: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]
Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?
Labels:
ingatan diri,
islam,
notadiri,
panduan,
santapan rohani
Monday, February 21, 2011
HDD
bismillahirrahmanirrahim.
sedih nya
gila kentang punya sedih
aku sayang kat kau
baru je sebulan kita bersama
alih2 kau buat hal pulak kan!
ish!!!
jangan a buat hal
plezzzzz!!!
i need u right now

kau banyak kot simpan assignment aku
janganla rosak sekarang.
nanti la, lagi 15 tahun ke..
p/s: adakah aku dah terbeli jenama cikai sebab terpedaya dengan design dy yang cantik? tapi takkan la samsung tu dikira cikai kan? sesungguhnya bab2 it ni aku memang agak jahil.
p/s/s: aku baru tau HDD and RMA tu ape.dodol betul! hehe.
Subscribe to:
Posts (Atom)
