Dari Abdullah bin 'Amr RodiyAllahu anh, Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Thursday, October 20, 2011

Patah Hati

bismillahirrahmanirrahim~

Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Rupa hilang seri
manakah manisnya?

Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
madah tak berlagu
manakah girangnya?

Patah hati
jangan terdampar sepi
jangan tersungkur mati

Patah hati
jangan leburkan mimpi
jangan memakan diri

bukankah tuhan ciptakan malam
untuk beradu menanti siang
bukankah tuhan titiskan hujan
menanti limpah kemarau panjang.

(saujana,patah hati)

Wednesday, October 19, 2011

jangan salah pilih sahabat.


bismillahirrahmanirrahim~

parah jugak kalau dah tersalah pilih sahabat.

Sahabat Rasulallah SAW semasa remaja 'Uqaibah bin Mu'aid setelah memeluk islam tetapi terpengaruh dgn Abu Jahal dan mendengar nasihat Abu Jahal lalu mencari nabi SAW,ketika itu Nabi sedang solat lalu ia memijak tengkok Nabi kemudian meludah muka Nabi SAW.Nabi bersabda akan memenggal leher 'Uqaibah apabila berjumpa kelak.

Semasa perang Badar,'Uqaibah bin Mu'aid ditawan, setelah tawanan lain dibebaskan Rasulallah SAW memerintahkan Saidina Ali memenggal leher 'Uqabah, maka matilah ia dalam keadaan KAFIR.

Silap memilih sahabat ,pada zaman remajanya sahabat karib Rasulallah SAW tetapi terpengaruh dgn Abu Jahal (Bersahabat dgn Abu Jahal)

Al-Furqon (25) ayat 28 dan 29.Turunnya ayat ini ada peristiwa sedih Rasulallah SAW.


(fb mudahnya islam, 20 October 2011)


p/s:
begitulah bak kata saidina umar al-khattab: nikmat yang paling berharga setelah iman dan islam ialah mempunyai sahabat yang soleh/hah.Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah dia bersungguh-sungguh.

insyaAllah. saya ada sahabat yang solehah. =)




p/s/s:
~merajuk. takda sape nak pujuk. kesian~

kaitan perkembangan otak dan makanan (fe)


bismillahirrahmanirrahim.

nak tahu?
kalau kanak2 kekurangan zat besi (Fe) boleh mengganggu fungsi kognitif anak tersebut!
betul. tak tipu. lecturer saya, Prof Norimah ada membuat kajian tentang kaitan anemia dan fungi kognitif dan ternyata memang ada kaitan!

oh. apa itu fungsi kognitif?
fungsi kognitif adalah proses pemikiran/ secara mental memproses maklumat (imej,konsep, perkataan, undang2 dan simbol).

dan ibu2 seharusnya aware dengan pengambilan makanan anaknya
bahkan sebelum pregnant lagi ibu harus menjaga pemakanan. bukan bila dah tahu pregnant baru nak jaga pemakanan. itu terlambat juga lah. seharusnya BEFORE.

Fe sebenarnya digunakan oleh sel otak untuk fungsi normal otak. Jika kekurangan semasa kanak2 akan membawa kesan jangkamasa panjang. Sebenarnya, beberapa struktur dalam otak nih mempunyai kandungan Fe yang tinggi. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, 10% kandungan di dalam otak bayi adalah Fe dan apabila kanak-kanak berusia 10 tahun, separuh daripada kandungan Fe terdapat di dalam otak. Pada usia 20-30 tahun seperti saya ni sepatutnya Fe dalam otak telah mencapai jumlah yg optimum.

Kajian yang saya nyatakan di atas tadi menunjukkan bahawa kekurangan Fe boleh memberi kesan seperti

# gangguan pencapaian kognitif
# gangguan memori
# gangguan pembelajaran
# masalah dalam penumpuan (attention)

so, kesimpulannya, kalau nak anak yang bijak insyaAllah. kayakan makanan anda dengan Fe.

tapi, apa sumber makanan yang kaya dengan Fe?
nah. sini ada beberapa list makanan yang kaya Fe.

* kurma/ buah tamar
* organ seperti hati (namun ini tak digalakkan. kan makan organ tu tak eloks)= walaupun inilah sumber yang terkaya sekali
*sayuran hijau ; bayam terutamanya
* ikan bilis
* serbuk kari
* oat
* apricot
* hazelnut, almonds
* soya beans
* daging pun oke jugak
* kerang
* udang
* brocolli
* kismis

dan sebenarnya banyak lagi. macam pelik bila sebenarnya ada kanak2 yang kurang Fe ni. sebenarnya, mungkin kanak2 tu terlalu memilih makanan. ini tanak, itu tanak. kat sini ibu yang berperanan, sepatutnya ajar anak2 makan makanan sihat terutamanya sayur.

bukan apa, melalui pemerhatian saya, terlalu banyak kanak2 yang tak makan sayur dan ibu dia macam turutkan saje! tu yang rasa nak marah! haih. kalau sayang anak pun berpada-pada la.. bukan apa, makan sayur kan untuk kebaikan.. ajar sejak kecil anak2 tu suka makan sayur. nanti sampai besar suka la budak tu makan sayur.

beruntung saya mak saya memang ajar kami adik beradik makan sayur sejak kecil. tips yang mak saya bagi:
- blander nasi dengan sayur untuk baby. biarkan campuran tu berwarna hijau. bagi anak2 makan. dan psiko budak tu, cakap "eemmmm..sedapnya"... walaupun tak menariks langsung! hoho
- selalu galakkan anak makan sayur dan cakap perkataan yg sama "sedaaap, rugi tau kalau tak makan"
- dan makan semeja dengan anak2.. ibu bapa pun kena la makan sayur juga. tunjuk contoh yang baik untuk anak2. nanti bila dia tengok mak ayah dia makan sayur tu macam sedap je, dia pun makan jugak

*menurut mak saya, tak perlu manjakan anak bukan2 hala. bila dia tanak makan sayur, sesetengah ibu macam siap tolong anak dia ketepikan sayur dari makanan. apekah?
nanti kesan buruknya, pada anak kesayangan jugak kan..

melentur buluh biarlah dari rebungnnya. tak gitu? hoho~

tapi kalau anak tu picky eater jugak, pastikan dia makan beberapa jenis sayur dan buah. jangan tak makan langsung. saya pun picky eater tapi saya makan jugak sayur dan buah. cuma ada beberapa sayur dan buah yang saya elak demi menjaga kesihatan sbg pesakit asthma dan ada yang saya tak ambil atas faktor lain. hehe.

ehem. ini percubaan untuk menjadi seorang nutrinionist. mungkin, insyaAllah..heee~



kenapa cipta neraka?


bismillahirrahmanirrahim.

cuma sebuah perkongsian.




pic credit to fb (sory tak ingat amek dr account fb sape, huhu)

  • 0digg

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: “Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.

“Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu’alaikum.”

credit: feryco.com

Wednesday, October 12, 2011

perkara yang menyebabkan bala~

bismillahirrahmanirrahim

dari H.R Termizi

Ertinya:

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

  • Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
  • Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
  • Zakat dijadikan hutang.
  • Suami memperturutkan kehendak isteri.
  • Anak derhaka terhadap ibunya,
  • Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
  • Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
  • Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
  • Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
  • Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
  • Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
  • Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
  • Para artis-artis disanjung-sanjung.
  • Muzik banyak dimainkan.
  • Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain" .

kebanyakkan maksiat diatas telah banyak dilakukan pada zaman sekarang..adakah kita sedar atau pun tidak..atau buat2 tak sedar..atau tak nak sedar..

YA ALLAH SELAMATKAN LA KAMI DARI SEBARANG BENCANA MU DIATAS KESILAPAN KAMI SENDIRI...AMIN....

nota khyalan : orang yang berilmu adalah orang yang memerhatikan setiap ciptaan Allah dan bersyukur dengan nikmat-NYA.

copy paste: fb~

Monday, October 10, 2011

kritikal thinking~



bismillahirrahmanirrahim.

perjalanan sudah semakin dekat
tapi, diri ini menjadi lelah
seperti tak mampu untuk meneruskan baki perjalanan
yang semakin sudah terlihat arah tuju

(jalan yang ditemani awan nano yang kadangkala membuatkan hati ceria walaupun kelelahan gambar:google)


kaki semakin penat melangkah
namun akan ku gagah
semoga ada perhentian di pertengahan jalan nanti
untuk menghilangkan lelah ini.

p/s: harini, hidup tonggang terbalik. semua pun serba tak kena.

(ibarat hidup yang tonggang terbalik. gambar: google)


p/s/s: ataupun, aku berharap punya kenderaan bagi memudahkan perjalanan ini, jadi takperlu la lelah. kan naik 'kereta 'rilex je, jauh mana lagi pun boleh.. hu hu.
p/s/s/s: kadang2, nak memotivate orang senang, tapi bila nak memotivate diri sendiri. payah benar rasanya. ( T T )
p/s/s/s/s: cepatlah sampai ke destinasi dengan selamat dan jayanya.. ameen~

" Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang2 yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan" (an-Nahl:96)

"Sedang malaikat2 masuk ke tempat2 mereka dari semua pintu. Sambil mengucapkan "Salam sejahtera ke atas kamu kerana kesabaranmu". Maka, alangkah baiknya tempat kesudahan itu" (ar-Radh: 23-24)


dari Sa'd bin Abi Waqqas r.a, dia bertanya:

"Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W. tentang siapakah orang yang paling berat cubaannya?" Jawab Rasulullah:

"(Di antara orang2 yang paling berat cubaannya) adalah para nabi, kemudian orang2 yang semisal dan seterusnya. Seseorang diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dalam agamanya ada kekuatan, maka beratlah ujian dalam agamanya itu, sedang jika agamanya lemah, tentu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, sementara tidak ada kesalahan padanya".


oh ya, melihatkan tajuk yang tonggang terbalik (bm+eng) sudah menunjukkan penulis ni serabut. tajuknya pun tak de kena mengena pun dengan isi. langsung tak! baru perasan. biarlah. malas dah nak tukar tajuk lain. ni lah yang berlaku bila letak tajuk dulu, baru tulis isi~

menurutku, bila waktu pagi kita rosak, seluruh hari akan binasa. itulah yang terjadi pada hari ini. sekian, terima kasih.

Sunday, October 2, 2011

siapa lelaki dalam surah 'Abasa?

bismillahirrahmanirrahim~

Abdullah bin Ummi Maktum (wafat 14 H)

Abdullah bin Umar bin Syuraikh, seorang sahabat asal Quraisy ini termasuk peserta hijrah ke Madinah rombongan pertama. Beliau sampai di Madinah sebelum kedatangan Rasulullah Shalalahu ‘alaihi Wassalam. Beliau meninggal dalamperang Qadisiah membawahi sebuah brigade.

‘Abdullah bin Ummi Maktum, orang mekah suku Quraisy. Dia mempunyai ikatan keluarga dengan Rasululah Shalalahu ‘alaihi Wassalam. Yaitu anak paman Ummul Mu’minin Khadijah binti Khuwailid Ridhwanullah ‘Alaiha. Bapaknya Qais bin Zaid, dan ibunya ‘Atikah binti ‘Abdullah. Ibunya bergelar “Umi Maktum” karena anaknya ‘Abdullah lahir dalam keadaan buta total.

‘Abdullah bin Ummi Maktum menyaksikan ketika cahaya Islam mulai memancar di Makkah. Allah melapangkan dadanya menerima agama baru itu. Karena itu tidak diragukan lagi dia tidak termasuk kelompok yang pertama-tama masuk Islam. Sebagai muslim kelompok pertama, ‘Abdullah turut menanggung segala macam suka duka kaum muslimin di Makkah ketika itu. Dia turut menderita siksaan kaum Quraisy seperti diderita kawan kawannya seagama, berupa penganiayaan dan berbagai macam tindakan kekerasan lainnya. Tetapi apakah karena tindakan-tindakan kekerasan itu Ibnu ummi Maktum menyerah? Tidak……! Dia tidak pernah mundur dan tidak lemah iman. Bahkan dia semakin teguh berpegang pada ajaran Islam dan Kitabullah. Dia semakin rajin memepelajari syariat Islam dan seringh mendatangi majelis Rasulullah.

Begitu rajin dia mendatangi majelis Rasulullah, menyimak dan menghafal Al-Qur’an, sehingga setiap waktu senggang selalu disinya, dan setiap kesempatan yang baik selalu disebutnya. Bahkan dia sangat rewel. Karena rewelnya, dia beruntung memperoleh apa yang diinginkannya dari Rasulullah, di samping keuntungan bagi yang lain lain juga.

Pada masa permulaan tersebut, Rasulullah sering mengadakan dialog dengan pemimpin-pemimpin Quraisy, mengharapkan semoga mereka masuk Islam. Pada suatu hari beliau bertatap muka dengan ‘Utbah bin Rabi’ah, Syaibah bin Rabi’ah, ‘Amr bin Hisyam alias Abu Jahl, Umayyah bin Khalaf dan walid bin Mughirah, ayah saifullah Khalid bin walid.

Rasulullah berunding dan bertukar pikiran dengan mereka tentang Islam. Beliau sangat ingin mereka menerima dakwah dan menghentikan penganiayaan terhadap para sahabat beliau.

Sementara beliau berunding dengan sungguh-sungguh, tiba-tiba ‘Abdullah bin Ummi maktum datang mengganggu minta dibacakan kepadanya ayat-ayat Al-Qur’an.

Kata ‘Abdullah, “Ya, Rasulullah! Ajarkanlah kepadaku ayat-ayat yang telah diajarkan Allah kepada Anda!”

Rasul yang mulia terlengah memperdulikan permintaan ‘Abdullah. Bahkan beliau agak acuh kepada interupsinya itu. Lalu beliau membelakangi ‘Abdullah dan melanjutkan pembicaraan dengan pemimpin Quraisy tersebut. Mudah-mudahan dengan Islamnya mereka, Islam tambah kuat dan dakwah bertambah lancar.

Selesai berbicara dengan mereka, Rasulullah bermaksud hendak pulang. Tetapi tiba tiba penglihatan beliau gelap dan kepala beliau terasa sakit seperti kena pukul. Kemudian Allah mewahyukan firman-Nya kepada beliau: “Dia ( Muhammad ) bermuka masam dan berpaling, karena seorang buta dating kepadanya, Tahukah kamu, barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa), atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya? Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya. Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau mereka tidak membersihkan diri (beriman). Adapun orang yang dating kepadamu dengan bergegas (untuk mendapatkan pengajaran), sedangkan ia takut kepada (Allah), maka kamu mengabaikannya. Sekali kali jangan (begitu)! Sesungguhnya ajaran Allah itu suatu peringatan. Maka siapa yanag menghendaki tentulah ia memperhatikannya. (Ajaran ajaran itu) terdapat di dalam kitab-kitab yang dimuliakan, yang ditinggikan lagi disucikan, di tangan para utusan yang mulia lagi (senantiasa) berbakti.” (QS. 80 : 1 – 16).

Enam belas ayat itulah yang disampaikan Jibril Al-Amin ke dalam hati Rasulullah sehubungan dengan peristiwa ‘Abdullah bin Ummi maktum, yang senantiasa dibaca sejak diturunkan sampai sekarang, dan akan terus dibaca sampai hari kiamat.

Sejak hari itu Rasulullah tidak lupa memberikan tempat yang mulia bagi ‘Abdullah apabila dia datang. Beliau menyilahkan duduk ditempat duduk beliau. Beliau tanyakan keadaannya dan beliau penuhi kebutuhannya. Tidaklah heran kalau beliau memuliakan ‘Abdullah demikian rupa; bukankah tegoran dari langit itu sangat keras!

Tatkala tekanan dan penganiayaan kaum Quraisy terhadap kaum muslimin semakin berat dan menjadi jadi, Allah Ta’ala mengizinkan kaum muslimin dan Rasul-Nya hijrah. ‘Abdullah bin Ummi maktum bergegas meninggalkan tumpah darahnya untuk menyelamatkan agamanya. Dia bersama sama Mus’ab bin Umar sahabat-sahabat Rasul yang pertama tama tiba di Madinah, setibanya di Yatsrib (Madinah), ‘Abdullah dan Mush’ab segera berdakwah, membacakan ayat-ayat Al-Qur’an dan mengajarkan pengajaran Isalam.

Setelah Rasulullah tiba di Madinah, beliau mengangkat ‘Abdullah bin Ummi Maktum serta Bilal bin rabah menjadi Muadzin Rasulullah. Mereka berdua bertugas meneriakkan kalimah tauhid lima kali sehari semalam, mengajak orang banyak beramal saleh dan mendorong masyarakat merebut kemenangan. Apabila Bilal adzan, maka ‘Abdullah qamat. Dan bila ‘Abdullah adzan, maka Bilal qamat.

Dalam bulan Ramadhan tugas mereka bertambah. Bilal adzan tengah malam membangunkan kaum muslimin untuk sahur, dan ‘Abdullah adzan ketika fajar menyingsing, memberi tahu kaum muslimin waktu imsak sudah masuk, agar menghentikan makam minum dan segala yang membatalkan puasa.

Untuk memuliakan ‘Abdullah bin Ummi maktum, beberapa kali Rasulullah mengangkatnya menjadi Wali Kota Madinah menggantikan beliau, apabila meninggalkan kota. Tujuh belas kali jabatan tersebut dipercayakan beliau kepada ‘Abdullah. Salah satu diantaranya, ketika meninggalkan kota Madinah untuk membebaskan kota Makkah dari kekuasaan kaum musyrikin Quraisy.

Setelah perang Badr, Allah menurunkan ayat-ayat Al-Qur’an, mengangkat derajat kaum muslimin yang pergi berperang fi sabilillah. Allah melebihkan derajat mereka yang pergi berperang atas orang-orang yang tidak pergi berperang, dan mencela orang yang tidak pergi karena ingin bersantai-santai. Ayat-ayat tersebut sangat berkesan di hati ‘Abdullah bin Ummi Maktum. Tetapi baginya sukar mendapatkan kemuliaan tersebut karena dia buta. Lalu dia berkata kepada Rasulullah, “Ya, Rasulullah! Seandainya saya tidak buta, tentu saya pergi berperang.”

Kemudian dia bermohon kepada Allah dengan hati penuh tunduk, semoga Allah menurunkan pula ayat-ayat mengenai orang-orang yang keadaannnya cacat (udzur) seperti dia, tetapi hati mereka ingin sekali hendak turut berperang. Dia senantiasa berdoa dengan segala kerendehan hati. Katanya, “Wahai Allah! Turunkanlah wahyu mengenai orang-orang yang udzur sepertiku!” Tidak berapa lama kemudian Allah memperkenankan doanya.

Zaid bin Tsabit, sekertaris Rasulullah yang bertugasmenuliskan wahyu menceritakan, “ku duduk di samping Rasulullah. Tiba tiba beliau diam, sedangkan paha beliau terletak di atas pahaku. Aku belum pernah merasakan beban yang paling berat melebihi berat paha Rasulullah ketika itu. Sesudah beban berat yang menekan pahaku hilang, beliau bersabda, “Tulislah, hai Zaid!”

Lalu aku menuliskan, “Tidak sama orang-orang mukmin yang duduk (tidak turut berperang) dengan pejuang-pejuang yang berjihad fi sabilillah…..” (QS. 4 : 95).

Ibnu Ummi berdiri seraya berkata, “Ya Rasulullah! Bagaimana dengan orang-orang yang tidak sanggup pergi berjihad (berperang karena cacat)?”

Selesai pertanyaan ‘Abdullah, Rasulullah berdiam dan paha beliau menekan pahaku, seolah-olah aku menanggung beban berat seperti tadi. Setelah beban berat itu hilang, Rasulullah berkata, “Coba baca kembali yang telah engkau tulis!”

Aku membaca , “Tidak sama orang-orang mukmin yang duduk (tidak turut berperang).” lalu kata beliau. Tulis! “Kecuali bagi orang-orang yang tidak mampu.” Maka turunlah pengecualian yang diharap harapkan Ibnu Ummi Maktum.

Meskipun Allah telah memaafkan Ibnu Ummi Maktum dan orang-orang udzur seperti dia untuk tidak berjihad, namun dia enggan bersantai-santai beserta orang-orang yang tidak turut berperang. Dia tetap membulatkan tekat untuk turut berperang fi sabilillah. Tekad itu timbul dalam dirinya, karena jiwa yang besar tidak dapat dikatakan besar, kecuali bila orang itu memikul pula pekerjaan besar. Maka karena itu dia sangat gandrung untuk turut berperang dan menetapkan sendiri tugasnya di medan perang.

Katanya, “Tempatkan saya antara dua barisan sebagai pembawa bendera. Saya akan memeganya erat-erat untuk kalian. Saya buta, karena itu saya pasti tidak akan lari.” Tahun keempat belas Hijriyah, Khalifah ‘Umar bin Khaththab memutuskan akan memasuki Persia dengan perang yang menentukan, untuk menggulingkan pemerintahan yang zalim, dan menggantinya dengan pemerintahan Islam yang demokratis dan bertauhid. ‘Umar memerintahkan kepada segenap Gubernur dan pembesar dalam pemerintahannya, ‘Jangan ada seorang jua pun yang ketinggalan dari orang orang bersenjata, orang yang mempunyai kuda, atau yang berani, atau yang berpikiran tajam, melainkan hadapkan semuanya kepada saya sesegera mungkin!”

Maka berkumpulah di Madinah kaum Muslimin dari segala penjuru, memenuhi panggilan Khalifah ‘Umar. Di antara mereka itu terdapat seorang prajurit buta, ‘Abdullah bin Ummi maktum. Khalifah ‘Umar mengangkat Sa’ad bin Abi Waqash menjadi panglima pasukan yang besar itu. Kemudian Khalifah memberikan intruksi-intruksi dan pengarahan kepada Sa’ad.

Setelah pasukan besar itu sampai di Qadisiyah. ‘Abdullah bin Ummi maktum memakai baju besi dan perlengkapan yang sempurna. Dia tampil sebagai pembawa bendera kaum muslimin dan berjanji akan senantiasa mengibarkannya atau mati di samping bendera itu.

Pada hari ke tiga perang Qadisiyah, perang berkecamuk dengan hebat, yang belum pernah disaksikan sebelumnya. Kaum muslimin berhasil memenangkan perang tersebut dengan kemenangan paling besar yang belum pernah direbutnya. Maka pndahlah kekuasaan kerajaan Persia yang besar ke tangan kaum muslimin. Dan runtuhlah mahligai yang termegah, dan berkibarlah bendera tauhid di bumi penyembah berhala itu.

Kemenangan yang meyakinkan itu dibayar dengan darah dan jiwa ratusan syuhada. Diantara mereka yang syahid itu terdapat ‘ Abdullah bin Ummi Maktum yang buta. Dia ditemukan terkapar di medan tempur berlumuran darah syahidnya, sambil memeluk bendera kaum muslimin.

Sumber: Shuwar min Hayaatis Shahabah, Doktor ‘Abdurrahman Ra’fat Basya

subhanAllah~hebat~